17/07/2020
Assalamualaikum,wr.wb
LEPUH ATAU "BLISTER" KESAN DARIPADA TERAPI BEKAM: PETANDA BAHAYA ATAU TERAPEUTIK??
Lepuh atau "blister" adalah satu kondisi kerosakan/ kecederaan pada kulit di mana lapisan epidermis terpisah drp lapisan dermis pada "subcellular level" samada akibat daripada geseran, haba, jangkitan kuman, kebakaran kimia ataupun tekanan negatif daripada penyedutan kulit. Sejurus berlaku "dermo-epidermal seperation" ini, mekanisme sistem pertahanan tubuh diaktifkan di mana sejumlah cecair daripada pembuluh² limfa superfisial mengalir keluar mengisi ruang di antara epidermis & dermis sebagai "emergency response" untuk mengelakkan kecederaan/ kerosakan lanjut pada lapisan kulit yg terpisah. Z.Liu et al (2018) melalui analisa makmal mendapati cecair lepuh bekam terdiri drp 85% air & 15% bahan² protein imun seperti immunoglobulin, neutrophil granulocyte secretion IgA, lysozyme, globulin, oxidative stress & metabolic related proteins dsbnya, sedikit berbeza dengan komponen² molekul yang terdapat pada cecair lepuh yang disebabkan oleh kebakaran.
Dalam terapi bekam, lepuh yang merupakan kondisi yang jarang² berlaku boleh berpunca daripada tekanan negatif atau penyedutan yang terlalu kuat, melebihi 420mmHg atau tempoh penyedutan yang terlalu lama, melebihi 5 minit umpamanya, samada kedua²nya berlaku secara serentak atau hanya salah satu yang berlaku. Kebanyakan pelanggan memang tidak menyukai lepuh ini berlaku pada kulit mereka kerana ianya cukup menyakitkan terutama sekali apabila ia pecah & terdedah. Kekadang mereka akan menyalahkan jurubekam dan mengesyaki jurubekam berkenaan tidak mahir & melakukan kesalahan tertentu. Fenomena ini sebenarnya boleh dielakkan dengan cara mengurangkan kekuatan tahap penyedutan atau tempoh penyedutan. Namun masalah ini kadangkala tetap timbul walaupun kawalan lebih baik pada tahap kekuatan penyedutan & tempoh penyedutan telah dilakukan. Kenapa fenomena terpencil ini kadangkala berlaku?
H.Y. Yun et al (2011) menerusi kajiannya mendapati lepuh bekam lebih kerap berlaku kpd orang tua berbanding orang muda dan suhu persekitaran yang panas didapati mempunyai kaitan dengan pembentukan lepuh ini. Arghavan A. et al (2018) p**a mendapati lepuh ada kaitan dengan masalah autoimun di mana antibodi/ sistem imun secara silap menyerang tisu² kulit sehingga menyebabkan pembentukan lepuh (Bullous pemphigoid) mudah berlaku sebaik penyedutan kulit oleh terapi bekam. Beberapa kajian lain agak kontroversi. Kajian oleh X.H. Chen et al (2018) merumuskan bahawa lepuh oleh bekam mempunyai kesan² penyembuhan penyakit/ "curative effects" melalui mekanisne pengurangan tahap kesakitan, peningkatan sirkulasi darah, pengaktifan tindakbalas sistem pertahanan tubuh dsbnya. C.X.Hong et al (2018) juga berpendapat bahawa lepuh pada bekam mendatang kesan² yang lebih terapeutik. Z. Liu et al (2018) merumuskan bahawa bahan² yang terdapat dalam cecair lepuh menjadikan terapi bekam dengan lepuh lebih bersifat anti-oksidan, anti-apoptosis, lebih berkeupayaan membaiki tisu yang rosak & mengaktifkan proses metabolik ("tissue repairing and metabolic regulation").
Sebagai kesimp**an, lepuh mungkin boleh dielakkan dengan mengadakan kawalan lebih baik kepada tahap kekuatan penyedutan atau tempoh penyedutan selain mengelak daripada suhu persekitaran yang agak panas. Usah terlalu risau jika fenomena ini gagal dikawal, sebab ia juga merupakan antara petunjuk terbaik yang boleh meyakinkan bahawa sistem pertahanan tubuh anda masih aktif dan berfungsi dengan berkesan. Jika pendapat kontroversi para pengkaji seperti CX Hong & XH Chen diambilkira, lepuh bekam juga mungkin sangat berfaedah untuk membantu proses penyembuhan sesuatu penyakit/ kondisi atau setidaknya berupaya menyumbang sejumlah kesan terapeutik kepada tubuh. Diharap semua penjelasan di atas boleh "memujuk" pelanggan yang risau atau kurang berpuas hati apabila terdapat lepuh pada kulit mereka selepas menjalani terapi bekam.
P/s: Lepuh seharusnya tidak dipecahkan atau dikeluarkan kandungan cecairnya sebab ia bertentangan dengan prinsip sistem pertahanan tubuh & boleh melambatkan proses penyembuhan tisu yang cedera. Jika lepuh terlalu besar dan berisiko untuk pecah secara tidak sengaja & berisiko mendapat jangkitan kuman apabila lapisan dermis terdedah, mengeluarkan sejumlah cecair dengan mengenakan tus**an jarum steril, menutupnya dengan kain kasa steril yang sudah dibubuh dengan antiseptik adalah lebih praktikal, selamat & aseptik!.
Medic Sabri
Ref:
1. Is cupping blister harmful?—A proteomical analysis of blister fluid induced by cupping therapy and scald. Zhidan Liu, Chunlan Chen, Xiaoyan Li, Chuang Zhao, Zunyuan Li, Wei Liang, Yufang Lin: Complementary therapies in medicine 36, 25-29, 2018
2. The study of blister caused by cupping therapy. Hye-Yeon Yun, Sun-Oh Kwon, Seung-Tae Kim, Hi-Joon Park, Dae-Hyun Hahm, Hye-Jung Lee: Korean journal of acupuncture 28 (3), 141-150, 2011
3. Preliminary studies on the mechanism of blistering cupping therapy. Chen Xiang-Hong, Chen Bo, Chen Ze-Lin, Li Meng-dan, Long Qin
TMR Non-drug Therapy 1 (2), 53-59, 2018
4. Bullous pemphigoid induced by Hijama therapy (cupping).Arghavan Azizpour, Maryam Nasimi, Safoura Shakoei, Fariba Mohammadi, Arsalan Azizpour: Dermatology practical & conceptual 8 (3), 163, 2018