Careclinics Al-Amin

Careclinics Al-Amin Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Careclinics Al-Amin, Medical Center, KM 16-1, Jalan JELATANG 1, PUSAT PERNIAGAAN JELATANG, Alor Gajah.

Jom Buat Saringan Pemeriksaan Kencing Manis !!!Tahukah Anda? Saringan Kencing Manis Semakin Mudah!Anda boleh mengesan ri...
01/06/2025

Jom Buat Saringan Pemeriksaan Kencing Manis !!!
Tahukah Anda? Saringan Kencing Manis Semakin Mudah!

Anda boleh mengesan risiko kencing manis melalui pelbagai kaedah saringan, seperti:
- Pemeriksaan gula darah puasa
- Ujian darah rawak
- Ujian air gula
- Ujian HbA1c (bacaan gula jangka panjang)

Kenapa Penting?
- Saringan ini membantu doktor mengenalpasti tahap kesihatan anda
-Merancang rawatan terbaik untuk mengawal gula darah

Siapa Perlu Buat Saringan?
- Berumur 30 tahun ke atas
- Ada sejarah keluarga dengan kencing manis
- Mengalami obesiti

Tip Kesihatan: Pastikan anda menjalani saringan sekurang-kurangnya setahun sekali untuk langkah pencegahan awal.

Jom dapatkan pemeriksaan di Careclinics Al-Amin Alor Gajah
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di
+06 -556 6000

Salam takziah kepada seluruh keluarga Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5.Semoga roh Allahyarham di...
15/04/2025

Salam takziah kepada seluruh keluarga Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Pemergian seorang tokoh yang banyak berjasa kepada negara amat dirasai.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada,
Seluruh warga kerja
Careclinics Healthcare Services Sdn Bhd

Selamat Hari Kesihatan Sedunia! Jaga diri, jaga kesihatan!Sempena Hari Pemeriksaan Kesihatan Sedunia, kami menawarkan pa...
08/04/2025

Selamat Hari Kesihatan Sedunia!
Jaga diri, jaga kesihatan!

Sempena Hari Pemeriksaan Kesihatan Sedunia, kami menawarkan pakej darah istimewa. Matlamat kami adalah untuk menyediakan seberapa banyak ujian saringan darah asas kepada pesakit yang mungkin.

Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun untuk memperingati penubuhan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization, WHO) dan meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu kesihatan global.

Setiap tahun, WHO menekankan tema khusus untuk memberi tumpuan kepada pelbagai aspek kesihatan, seperti kesihatan mental, penyakit tidak berjangkit, atau akses kepada penjagaan kesihatan yang lebih baik.


Jawatan Kosong Pembantu klinik / Nurse / Medical Assistant *MALE ONLY*REQUIREMENT- Lelaki- Kelayakkan min SPM-Boleh beke...
20/03/2025

Jawatan Kosong Pembantu klinik / Nurse / Medical Assistant

*MALE ONLY*

REQUIREMENT
- Lelaki
- Kelayakkan min SPM
-Boleh bekerja shift

Lokasi : Careclinics Al-Amin Jelatang Alor Gajah Melaka 24Jam

Hantar resume di whatsapp no : 06-556 6000

14/03/2025

🎀 BULAN KESEDARAN KESIHATAN BUAH PINGGANG 🎀

Jumpa doktor secepat mungkin sekiranya anda mengalami simptom-simptom berikut

Penyakit buah pinggang selalunya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda awal. la hanya boleh didiagnosis dengan ujian darah dan ujian air kencing

Jika dikesan awal, penyakit yang dialami lebih mudah untuk dirawat dengan berkesan

Masalah buah pinggang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat. la didapati sering berpunca daripada gaya hidup serta tabiat pemakanan yang tidak sihat.

Ini seterusnya boleh membuatkan ramai cenderung untuk alami kencing manis dan tekanan darah tinggi. Sekiranya tidak dikawal dengan baik, kedua-dua penyakit ini boleh menjadi penyumbang kepada masalah buah pinggang.


HARI KESEDARAN KESIHATAN BUAHPINGGANG SEDUNIA🎀Sempena Hari Kesedaran Kesihatan Buah Pinggang Sedunia, Careclinics akan m...
08/03/2025

HARI KESEDARAN KESIHATAN BUAH
PINGGANG SEDUNIA🎀

Sempena Hari Kesedaran Kesihatan Buah Pinggang Sedunia, Careclinics akan mengadakan satu promosi khas sempena bulan MARCH ini sahaja.

"RENAL PROFILE " ialah satu ujian darah untuk menilai fungsi buah pinggang dan mengesan tanda awal penyakit buah pinggang.

Siapa yang Perlu Diuji?
1) Individu yang menghidap diabetes atau darah tinggi
2) Mereka yang mempunyai sejarah keluarga penyakit
buah pinggang
3) Sesiapa yang mengalami keletihan, bengkak, atau perubahan dalam kencing

Boleh datang segera dan dapat kan rawatan di Careclinics yang berhampiran sementara harga promosi masih dijalankan

Hubungi kami di +606-556 6000



Hi, Salam Careclinics!!Careclinics sedang membuat promotion “Travel Kit”Kit Perjalanan, Solusi Kecemasan Anda!Siap sedia...
06/03/2025

Hi, Salam Careclinics!!

Careclinics sedang membuat promotion
“Travel Kit”
Kit Perjalanan, Solusi Kecemasan Anda!

Siap sedia untuk sebarang kecemasan semasa perjalanan dengan Travel Kit kami.
Lengkap dengan ubat-ubatan asas untuk keselesaan anda sepanjang perjalanan.

Kelebihan Travel Kit
• Mudah Dibawa
• Mudah Disimpan
• Lengkap & Praktikal
• Perjalanan Tanpa Halangan

Untuk Info Lanjut

Hubungi kami
06-556 6000

Alamat klinik
Klinik Careclinics Al-Amin (Alor Gajah), KM 16-1, Jalan Perniagaan Jelatang 1, Pusat Perniagaan Jelatang, 78000 Alor Gajah, Melaka

Human metapneumovirus (HMPV) adalah sejenis virus yang tergolong dalam keluarga Paramyxoviridae dan menyebabkan jangkita...
13/01/2025

Human metapneumovirus (HMPV) adalah sejenis virus yang tergolong dalam keluarga Paramyxoviridae dan menyebabkan jangkitan saluran pernafasan pada manusia. Ia biasanya menyerang kanak-kanak, orang tua, dan individu dengan sistem imun yang lemah. Jangkitan HMPV boleh menyebabkan pelbagai simptom, termasuk batuk, demam, selsema, sesak nafas, dan dalam kes yang lebih teruk, pneumonia atau bronkiolitis. Gejala-gejalanya hampir serupa dengan jangkitan virus pernafasan lain, seperti influenza atau RSV (respiratory syncytial virus). Virus ini biasanya merebak melalui titisan udara apabila seseorang yang dijangkiti batuk atau bersin.

Glaukoma adalah sejenis penyakit mata yang merosakkan saraf optik, yang penting untuk penglihatan yang baik.Ia biasanya ...
03/01/2025

Glaukoma adalah sejenis penyakit mata yang merosakkan saraf optik, yang penting untuk penglihatan yang baik.

Ia biasanya disebabkan oleh peningkatan tekanan dalam mata (tekanan intraokular) yang tidak normal. Jika tidak dirawat, glaukoma boleh menyebabkan kehilangan penglihatan secara beransur-ansur dan akhirnya boleh mengakibatkan buta.

Terdapat dua jenis utama glaukoma:

1. Glaukoma sudut terbuka – tekanan dalam mata meningkat secara perlahan dan tidak menyebabkan gejala awal.
2. Glaukoma sudut tertutup – berlaku secara mendadak dan disertai dengan gejala seperti sakit mata yang teruk, sakit kepala, penglihatan kabur, dan loya.

Rawatan untuk glaukoma termasuk penggunaan titisan mata, ubat-ubatan, terapi laser, atau pembedahan untuk mengurangkan tekanan mata.

JAWATAN KOSONG JURU X-RAY / RADIOGRAPHER DI KLINIK CARECLINICS AL-AMIN JELATANG ALOR GAJAH
02/01/2025

JAWATAN KOSONG JURU X-RAY / RADIOGRAPHER
DI KLINIK CARECLINICS AL-AMIN JELATANG ALOR GAJAH

Cheers to a New Year filled with new opportunities, growth, and endless possibilities. Happy 2025!
31/12/2024

Cheers to a New Year filled with new opportunities, growth, and endless possibilities. Happy 2025!

Wishing you a season of blessings, a heart full of love, and a home filled with warmth. Merry Christmas! 🎄
25/12/2024

Wishing you a season of blessings, a heart full of love, and a home filled with warmth. Merry Christmas! 🎄

Address

KM 16-1, Jalan JELATANG 1, PUSAT PERNIAGAAN JELATANG
Alor Gajah
78000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Careclinics Al-Amin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Careclinics Al-Amin:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category