09/07/2021
BLACK GARLIC; PRODUK KESIHATAN VIRAL 🔥🔥🔥
Bawang putih hitam (Black Garlic) adalah bawang putih tunggal yang telah melalui proses penapaian dan pembakaran perlahan pada haba yang tinggi.
Ia adalah satu proses yang panjang dan ada yang memakan masa sehingga 90 hari. Selepas proses ini, bawang putih tunggal ini alan berubah dari segi tekstur, rasa, warna, khasiat dan cara penggunaannya yang berbeza dari bawang putih tunggal biasa.
Rasanya sangat berbeza dari bawang putih biasa. Ia mempunyai tekstur yang lembut dan kenyal. Rasanya manis seperti asam jawa atau prune yang sangat sedap.
Semasa proses fermentasi, karbohidrat yang tersimpan didalam bawang dipecah menjadi gula yang memberikan rasa manis. Walaubagaimanapun, rasa manis ini selamat kerana ia adalah kemanisan asli bawang tersebut tanpa gula tambahan.
Warna hitam terhasil daripada tindak balas kimia biasa yang melibatkan gula yang dipanggil ‘Proses Maillard’. Ini adalah proses biasa bagi makanan bermasak sama seperti bawang tumis, steak, roti panggang, pretzels, dan juga biji kopi panggang.
Bawang putih hitam dari setiap pengeluar akan mempunyai profil rasa yang berbeza bergantung kepada kualiti bawang dan proses yang tersendiri. Thebawang Premium Black Garlic hanya menggunakan bawang putih tunggal premium yang diproses bagi mendapat rasa dan khasiat yang maksimum.
Black Garlic mempunyai kandungan Allicin yang jauh lebih tinggi dari Bawang Putih Biasa. Ia adalah hasil daripada proses fermentasi, ia akan ditukar menjadi sebatian anti-oksidan, seperti alkaloid bioaktif dan sebatian flavonoid.
Perubahan sifat fizikokimia adalah sebab utama peningkatan bioaktiviti Black Garlic yang menjadikannya lebih berkhasiat dari bawang putih.
Proses pembakaran dan fermentasi telah mengubah banyak komponen kimia dalam bawang putih mentah. Reaksi kimia menyebabkan tahap S-allylcysteine yang tinggi. Nilai kapasiti penyerapan radikal oksigen (ORAC) adalah kira-kira dua kali ganda daripada bawang putih biasa. Menurut beberapa penyelidikan, bawang putih hitam telah terbukti dapat membantu menurunkan tekanan darah, kolesterol, tahap gula, membuang lebihan angin dalam badan, masalah insomnia dan sebagainya.
Harga bermula RM20 sahaja, InsyaAllah nilainya pasti berbaloi dgn harga😊
Sila tekan link di bawah ya
http://www.wasap.my/60172495516/Thebawang_info