03/03/2026
Apa kelebihan menginap di homestay semasa pulang beraya?
๐ 1. Selesa & Luas Untuk Keluarga Besar
Balik raya mesti datang satu keluarga โ mak ayah, adik-beradik, anak-anak.
Homestay lebih luas berbanding hotel, boleh kumpul ramai-ramai tanpa rasa sempit.
๐ณ 2. Ada Dapur โ Boleh Masak & Panaskan Juadah Raya
Nak panaskan rendang, lemang, kuah kacang? Senang.
Tak perlu keluar makan tiap kali lapar. Jimat dan lebih selesa, especially ada anak kecil.
๐ถ 3. Lebih Mesra Anak-Anak
Budak boleh bergerak bebas, ada ruang main, tak ganggu tetamu lain macam di hotel.
Kalau ada kolam (lagi best ๐), memang jadi highlight cuti raya.
๐ฐ 4. Lebih Jimat Untuk Ramai Orang
Bayar satu rumah, bukan satu bilik.
Kalau bahagi ramai-ramai, memang jauh lebih berbaloi berbanding tempah beberapa bilik hotel.
๐ 5. Suasana Macam Rumah Sendiri
Balik kampung tapi masih ada privasi.
Boleh solat berjemaah, makan atas lantai ramai-ramai, sembang sampai lewat malam tanpa rasa segan.
๐ 6. Sesuai Untuk Majlis Kecil Raya
Nak buat makan-makan, jamu sanak saudara terdekat, buat open house kecil-kecilan โ homestay lebih fleksibel.
Tapi untuk no 4 & 6 tu kena berbincang dengan owner dulu tau. Takut nanti jadi isu selepas check out. ๐