NutriHeal Wellness

NutriHeal Wellness Education : Awareness : Prevention

23/08/2023

Nutritional Medicine is now common-sense ,mainstream, preventive medicine

Kami di NutriHeal Wellness ingin mengajak kepada sesiapa yg berminat untuk menyertai Team kami dalam : πŸ‘‡πŸ»1. Meningkatkan...
21/08/2023

Kami di NutriHeal Wellness ingin mengajak kepada sesiapa yg berminat untuk menyertai Team kami dalam : πŸ‘‡πŸ»

1. Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kesihatan melalui program Saringan Darah bagi penyakit2 seperti Kencing Manis,Darah Tinggi & Kolestrol dll.

2. Memberi pengetahuan ringkas tentang penyakit2 kronik yg membahayakan kehidupan dengan menyebarkan info2 yg akan di berikan oleh Team

Call kami di Whatapps 011-2893 1551

Contoh Nutrisi Suku Suku Separuh βœ…
11/08/2023

Contoh Nutrisi Suku Suku Separuh βœ…

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”-Suku Suku Separuh: Panduan Hidangan Sihat & Seimbangβ€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”-Pinggan Sihat Malays...
11/08/2023

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”-
Suku Suku Separuh: Panduan Hidangan Sihat & Seimbang
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”-

Pinggan Sihat Malaysia yang menekankan konsep Suku Suku Separuh merupakan teknik visual pantas yang membantu anda untuk serta-merta mengenal pasti sama ada sesuatu hidangan itu sihat dan seimbang atau tidak.

Suku Suku Separuh ialah panduan pengambilan hidangan tunggal. Anda hanya perlu β€œmembahagikan” pinggan anda seperti berikut:

> ΒΌ pinggan bijirin atau produk bijirin, semestinya bijirin penuh seperti nasi perang atau roti mil penuh.

> ΒΌ pinggan ikan atau ayam itik, daging atau telur

> Β½ pinggan buah-buahan dan sayur-sayuran

Minumlah air, ia lebih baik daripada minuman manis dan tanpa kalori.

Oleh :

Team Nutriheal Wellness,Dr Talib : Dr Farid : Dr Nazil : Dr Fahmi

Diabetes Mellitus atau Kencing Manis adalah penyakit yang di sebabkan oleh pemakanan dan lifestyle seseorang. Persoalan ...
10/08/2023

Diabetes Mellitus atau Kencing Manis adalah penyakit yang di sebabkan oleh pemakanan dan lifestyle seseorang.

Persoalan sekarang…Adakah seseorang yang telah mengalami Diabetes ini boleh di baikkan atau reverse?

JAWAPANNYA = Sudah Tentu 100%

Nak tau lanjut tentang Reverse Diabetes Program…boleh hubungi kami

Team Doktor Kami akan guide dan follow up anda setiap hari !!!

Oleh :

Team Nutriheal Wellness,Dr Talib : Dr Farid : Dr Nazil : Dr Fahmi




KENCING MANIS  DAN SEL BADANβ€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”Pada para sebelumnya ada menyentuh kegagalan sel menyerap banyak insuli...
10/08/2023

KENCING MANIS DAN SEL BADAN
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”

Pada para sebelumnya ada menyentuh kegagalan sel menyerap banyak insulin semulajadi yang berfungsi menarik gula dalam darah untuk dijadikan tenaga supaya gula tadi tidak berada dalam saluran darah. Persoalannya kenapa sel-sel tadi gagal menyerap insulin-insulin tersebut?

Menurut para saintis dalam bidang nutrisi makanan mendapati amalan pemakanan yang tidak sihat ini akan memberi kesan kepada pengump**an radikal bebas atau toksin untuk jangka panjang.

Antara makanan yang berisiko mengwujudkan radikal bebas dalam badan ialah makanan yang banyak mengandungi bahan kimia seperti pengawet, perisa tiruan, makanan segera, ubat-ubatan yang tidak dikawal pengambilannya dan lain-lain lagi.

Radikal bebas tadi akan bertindak melemah dan mematikan sel-sel badan menyebabkan ianya tidak lagi berfungsi dengan sempurna.

Dalam konteks kencing manis ianya tidak lagi mampu menyerap insulin yang dihasilkan badan dan seterusnya menarik gula untuk dibakar menjadi tenaga.

Oleh :

Team Nutriheal Wellness,Dr Talib : Dr Farid : Dr Nazil : Dr Fahmi




KENCING MANIS RINTANGAN INSULIN ( Insulin Resistance )Sebanyak 95 peratus pengidap diabetes di Malaysia merupakan kes ak...
10/08/2023

KENCING MANIS RINTANGAN INSULIN ( Insulin Resistance )

Sebanyak 95 peratus pengidap diabetes di Malaysia merupakan kes akibat berlakunya rintangan insulin dalam badan.

Kenapa ini berlaku? Adakah diabetes tahap 2 ini merupakan penyakit yang diwarisi daripada generasi ke generasi?

Para pengamal perubatan percaya gaya hidup yang tidak sihat merupakan faktor utama yang meyumbang kepada berlakunya rintangan insulin dalam badan ini.

Kurang bersenam dan pengamalan makanan yang mengandungi banyak gula dan berlemak merupakan punca utama kepada berlakunya situasi tersebut.

Bagaimana ianya berlaku p**a tidak dinyatakan, ada sesetengah mengatakan metabolisme badan atau kekuatan badan semakin menurun akibat amalan pemakanan yang tidak sihat ini dan seterusnya berisiko mengidapnya.

Oleh :

Team Nutriheal Wellness,Dr Talib : Dr Farid : Dr Nazil : Dr Fahmi




Apakah yang patut saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat penyakit diabetes?β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”Diabetes boleh dic...
10/08/2023

Apakah yang patut saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat penyakit diabetes?
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”

Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat:

1. Makan makanan berkhasiat dan kalori terkawal dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah, mengekalkan berat badan, mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mencegah penyakit jantung.

2. Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori dan oleh itu dapat mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik.

3. Kajian menunjukkan obesiti mempunyai hubungkait dengan diabetes. Kekalkan berat badan yang unggul

4. Banyakkan makan buah-buahan dan sayu-sayuran mengikuti Konsep Suku Suku Separuh

5. Jauhi dari merokok dan pengambilan alkohol

6. Rehat yang mencukupi

Oleh :

Team Nutriheal Wellness,Dr Talib : Dr Farid : Dr Nazil : Dr Fahmi




10/08/2023
Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan ( Kronik)β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”Ini menyebabkan kerosakan jangka panja...
10/08/2023

Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan ( Kronik)
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”

Ini menyebabkan kerosakan jangka panjang:

1. Mata - Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta.

2. Saraf - Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene. Sekiranya melarat, mungkin perlu menjalankan pembedahan amputasi untuk mengelakkan jangkitan daripada merebak ke seluruh badan.

3. Otak - Angin ahmar

4. Buah pinggang - Kegagalan buah pinggang

5. Jantung - Sakit jantung

Team Nutriheal Wellness,Dr Talib : Dr Farid : Dr Nazil : Dr Fahmi




Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”Sesiapa saja tidak kira umur boleh ...
10/08/2023

Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”

Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walau bagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:

1. Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes.

2. Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.

3. Impaired glucose tolerance (IGT).
Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes

4. Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.

5. Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ).

6. Tekanan darah tinggi

7. Tidak aktif -gaya hidup sedentari

8. Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat

9. Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .

Team Nutriheal Wellness,Dr Talib : Dr Farid : Dr Nazil : Dr Fahmi




Address

Kuala
Alor Setar
05460

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NutriHeal Wellness posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram