27/03/2024
Antara tindakan terbodoh PSM adalah apabila bersetuju menerima tajaan rumput Zeon.
Rumput jenis ni kita tahu sangat sensitif dan memerlukan penjagaan rapi serta kos yang tinggi untuk maintenance setiap bulan berikutan keadaan cuaca dan iklim di Malaysia.
Sangatlah tidak sesuai digunakan di Stadium Bukit Jalil berikutan statusnya adalah sebagai multipurpose stadium, bukan hak milik FAM dan pasukan negara.
Stadium ini p**a memiliki acara tahunannya sendiri yang boleh menjana pendapatan jutaan ringgit hasil dari income yang diperolehi.
Kau ingat stadium ni nak tolak p**angan berjuta yang dia boleh dapat semata-mata nak selamatkan rumput bodo kau? Hahaha.
Jadi cowgrass sebenarnya adalah rumput terbaik untuk SNBJ.
Selain tahan lasak, ia juga terbukti sesuai dengan iklim di Malaysia, dan boleh pulih dengan cepat selepas digunakan.
Jadi, tidak menghairankan apabila beberapa persatuan bola sepak menolak tajaan rumput zeon berikutan banyak permasalahan yang bakal timbul di kemudian hari.
Masalah gaji pun sampai sudah tak selesai, kau nak harap dia keluar duit jaga rumput tiap bulan? Hahaha.
Jadi kembali kepada realiti.
Kita ni orang Malaysia, kita hidup cara Malaysia, kita main padang Malaysia, kita pakai rumput Malaysia.
Rumput eropah tu kau nak, kau tanam sendiri, kau pakai sendiri, kau jaga sendiri, kau berangan la sendiri seolah-olah kau tengah main kat eropah.
Dan stadium tu...
Bukan milik bapa siapa-siapa.
Kau menyewa buat cara menyewa.