04/06/2022
π£ππ‘π§ππ‘π πππ₯ππ‘π π ππππ‘ πππ π¨
1. Minum air masak secukupnya. Kata orang minum 8 gelas satu hari. Hakikatnya, anda perlu ambil air mengikut jumlah berat badan. ( Rujuk info dan gambaran )
2. Jangan campur makan dengan jamu lain. Contoh kalau anda sedang amalkan jamu perapat, jangan campur p**a dengan jamu-jamumyang lain. Sesetengah jamu ada campuran bahan lain yang mungkin tidak dinyatakan. Bimbang, ia akan beri kesan pada tubuh badan. Pertembungan herba ini boleh sebabkan ia overdose dalam badan.
3. Ketika haid anda tidak perlu amik jamu. Biarkan rahim anda berehat dari sebarang bantuan ubat-ubatan dan bekerja secara semulajadi.
4. Jika mahu mengambil jamu yang lain, sebaiknya jarakkan selama sebulan. Bermakna anda biarkan tubuh anda rehat daripada ambil mana-mana jamu selama sebulan. Selepas itu, barulah cuba jamu yang baru.
5. Jika anda makan ubat-ubatan. Jika demam atau tidak sihat berhenti dari makan jamu. Sehingga anda dah benar-benar sihat, barulah kembali makan jamu.
6. Sesetengah jamu yang anda amalkan tak membenarkan pengamalnya mencampur dengan pengambilan jamu-jamu atau herba yang lain. Yang ini, anda kena berjaga-jaga. Perlu minta detail daripada penjual sebelum anda mengambil jamu tersebut.
7. Jangan kerap mengambil ais. Ini kerana ia sumber kepada angin dalam badan dan boleh melemahkan badan.
8. Jangan minum air kelapa. Air kelapa bersifat alkali, dia akan meneutralkan semula jamu yang diambil. Akhirnya ia tidak beri apa-apa kesan pada tubuh.
9. Jangan minum alkohol, air bergas dan bikarbonat ketika makan jamu.
10. Elakkan makan tembikai, tebu mahupun tapai. Ini kerana makanan ini bersifat sejuk. Jika baru selesai pantang, bimbang ia akan menyebabkan peranakan kembali kembang.
11. Jangan makan durian jika anda makan jamu. Ini kerana durian bersifat panas. Jika anda makan durian pastikan anda tidak mengambil jamu pada hari yang sama.