Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Perlis

Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Perlis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Perlis, Medical Service, Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Malaysia Perlis, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra, Arau.

27/04/2026
Liputan media sempena lawatan kerja YB Menteri Pendidikan Tinggi ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
27/04/2026

Liputan media sempena lawatan kerja YB Menteri Pendidikan Tinggi ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

UniMAP, FKC, komputeran cerdas, Zaliman Sauli, Zam

27/04/2026
27/04/2026
27/04/2026
πŸŽ‰ MAJLIS PERASMIAN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (PKU) UNIMAP πŸŽ‰25 April 2026 | Kampus Alam Pauh Putra, PerlisSatu detik ber...
27/04/2026

πŸŽ‰ MAJLIS PERASMIAN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (PKU) UNIMAP πŸŽ‰
25 April 2026 | Kampus Alam Pauh Putra, Perlis

Satu detik bersejarah buat Universiti Malaysia Perlis apabila YB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UniMAP sempena lawatan kerja rasmi ke UniMAP.

Bangunan tetap Pusat Kesihatan Universiti (PKU) di Kampus Alam Pauh Putra telah siap dibina sepenuhnya pada 17 Ogos 2024 di bawah projek pembangunan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dengan kos pembinaan sebanyak RM12,336,476.00 di atas tapak seluas 3.4 hektar.

Perkhidmatan kesihatan di bangunan baharu ini mula beroperasi sepenuhnya pada 26 Ogos 2024, menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kesihatan di bawah satu bumbung demi kemudahan seluruh warga kampus.

Sebagai fasiliti moden dan inklusif dengan ciri mesra OKU, PKU menyediakan pelbagai perkhidmatan komprehensif merangkumi:
🩺 Perubatan
🦷 Pergigian
πŸš‘ Kecemasan
πŸ₯ Kesihatan Awam
πŸ’Š Farmasi
🩻 X-Ray
πŸ”¬ Makmal
πŸ§˜β€β™‚οΈ Fisioterapi

Perkhidmatan ini memberi manfaat kepada pelajar, staf, tanggungan staf serta pesara UniMAP.

Turut menjadi kebanggaan ialah inisiatif Medic On Wheels (MOW) yang memperluaskan akses kesihatan melalui klinik bergerak ke kolej kediaman, perkhidmatan luar waktu bekerja bagi kes kecemasan pelajar serta pasukan tunggu sedia untuk program universiti. Bagi tempoh 2025/2026, inisiatif ini telah memberi manfaat kepada 2,869 pesakit.

Melalui MoW , PKU juga telah melaksanakan 16 program komuniti yang memberi manfaat kepada 987 ahli masyarakat, sejajar dengan komitmen tanggungjawab sosial universiti.

Selain itu, bangunan PKU turut menempatkan BrewLab@UniMAP, sebuah ruang niaga di bawah program MySiswa Job on Campus yang diuruskan pelajar sebagai platform pembangunan kemahiran keusahawanan, kepimpinan dan pengalaman kerja sebenar.

Semoga perasmian rasmi PKU ini menjadi pemangkin kepada penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih cemerlang, efisien dan berdaya saing demi kesejahteraan seluruh warga UniMAP.

WASPADA CUACA PANASCuaca panas melampau sekarang menuntut kita untuk lebih peka. Sehingga Mac 2026 ini, sebanyak 15 kes ...
30/03/2026

WASPADA CUACA PANAS

Cuaca panas melampau sekarang menuntut kita untuk lebih peka. Sehingga Mac 2026 ini, sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas telah dilaporkan, termasuk satu kes kematian yang melibatkan seorang kanak-kanak.

Jabatan Metereologi telah mengeluarkan kemaskini Status Cuaca Panas (pada 6 pagi, 25 Mac 2026) dengan amaran Gelombang Haba Tahap 1 (35 - 37 C) dan Tahap 2 (37 - 40 C) di beberapa kawasan di utara Semenanjung Malaysia.

Justeru, ketahui langkah Pencegahan dan kenalpasti Tanda Awal Strok Haba. Elakkan aktiviti luar ketika cuaca panas dan JANGAN SESEKALI tinggalkan kanak-kanak bersendirian di dalam kenderaan walaupun hanya seketika kerana suhu di dalam kenderaan boleh melonjak naik lebih tinggi daripada suhu luar dalam tempoh yang singkat. Kepada ibubapa bekerja, amalkan periksa kenderaan sebelum dikunci.

Sila awasi tanda-tanda awal strok haba seperti:
i. Pening berpanjangan,
ii. Rasa dahaga yang luar biasa, dan
iii. suhu badan yang semakin meningkat.

Sekiranya ada tanda-tanda ini, amalkan langkah-langkah pencegahan segera dengan mencari tempat yang teduh, banyakkan minum air kosong, dan sejukkan badan dengan segera.

Kekal sihat, kekal hidrat.

πŸŒ™βœ¨ Salam Aidilfitri 1 Syawal 1447H daripada Warga Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UniMAPβœ¨πŸŒ™Pergi ke taman memetik melati...
19/03/2026

πŸŒ™βœ¨ Salam Aidilfitri 1 Syawal 1447H daripada Warga Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UniMAPβœ¨πŸŒ™

Pergi ke taman memetik melati,
Harum baunya di pagi hari,
Syawal menjelma penuh bererti,
Maaf dipohon setulus hati.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan kesihatan yang berpanjangan buat semua.

-----

πŸ’‘ Pesanan Kesihatan:
Raikan Syawal dengan berhemah. Kawal pengambilan makanan manis dan berlemak, serta pastikan minum air kosong secukupnya. Bagi yang pulang ke kampung, utamakan keselamatan di jalan raya dan ambil rehat yang mencukupi.

πŸ“’ FORUM & CERAMAH KESIHATAN SEMPENA PROGRAM IHYA' RAMADAN 2026 πŸŒ™βœ¨Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kesihatan Universiti ...
02/03/2026

πŸ“’ FORUM & CERAMAH KESIHATAN SEMPENA PROGRAM IHYA' RAMADAN 2026 πŸŒ™βœ¨

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UniMAP dengan kerjasama Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) akan menganjurkan Program Ihya’ Ramadan 2026 seperti ketetapan berikut:

πŸ“… 4 Mac 2026 (Rabu)
πŸ•˜ 9.00 pagi – 1.00 tengah hari
πŸ’» Platform: Google Meet
πŸ”— Link penyertaan: https://meet.google.com/vph-bwgx-ojk

Program ini merangkumi:
πŸ•Œ Forum Kesihatan
β€œAmal Selepas Tiada: Pendermaan Organ Mengikut Perspektif Islam”

πŸ₯— Ceramah Kesihatan
β€œKekal Sihat di Bulan Ramadan: Tips Penjagaan Pemakanan”

----

πŸ“Œ Untuk makluman, kehadiran staf melayakkan penerimaan mata CPD dan kehadiran pelajar akan diberikan Pillars 4.

Semua staf dan pelajar UniMAP dijemput untuk menyertai program ini.

Jumpa anda secara dalam talian! πŸŒ™βœ¨

πŸ”₯ CERAMAH STROK HABA BERSAMA KADET PALAPES UNIMAP πŸ”₯Pada 23 Februari 2026, satu ceramah berkaitan Strok Haba telah disamp...
02/03/2026

πŸ”₯ CERAMAH STROK HABA BERSAMA KADET PALAPES UNIMAP πŸ”₯

Pada 23 Februari 2026, satu ceramah berkaitan Strok Haba telah disampaikan di Dewan Kuliah 5, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra sempena Latihan Berterusan dan Latihan Kem Tahunan Siri 1/2026 melibatkan seramai 282 anggota Kadet PALAPES UniMAP.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Dr. Shareez Sani bin Abdullah Sani, Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan Universiti (PKU).

Perkongsian ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai risiko strok haba, tanda-tanda awal yang perlu diberi perhatian serta langkah pencegahan dan tindakan segera yang perlu diambil, khususnya ketika menjalani latihan fizikal intensif dalam cuaca panas.

Semoga sesi ini memberi manfaat kepada para kadet dalam memastikan aspek keselamatan dan kesihatan sentiasa menjadi keutamaan sepanjang latihan.

Terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini. πŸ’ͺ🌞

24 FEBRUARI 2026 |πŸŒ™ Penglibatan PKU dalam Persiapan Majlis Iftar Jamaie UniMAP 2026/1447H πŸŒ™Pusat Kesihatan Universiti (P...
25/02/2026

24 FEBRUARI 2026 |

πŸŒ™ Penglibatan PKU dalam Persiapan Majlis Iftar Jamaie UniMAP 2026/1447H πŸŒ™

Pusat Kesihatan Universiti (PKU) telah turut sama menyumbang dalam persiapan Majlis Iftar Jamaie UniMAP 2026/1447H melalui penglibatan dalam penyediaan menu masakan bagi majlis tersebut.

Komitmen ini adalah sebahagian daripada sokongan dan kerjasama PKU dalam menjayakan program universiti.

Semoga Majlis Iftar Jamaie ini berjalan dengan lancar serta terus mengeratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga UniMAP.

✨ Ramadan diraikan, kebersamaan dieratkan. ✨

πŸŒ™ WAKTU OPERASI PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI SEPANJANG RAMADAN 2026 πŸŒ™Berikut adalah waktu operasi Pusat Kesihatan Universi...
16/02/2026

πŸŒ™ WAKTU OPERASI PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI SEPANJANG RAMADAN 2026 πŸŒ™

Berikut adalah waktu operasi Pusat Kesihatan Universiti (PKU) sepanjang bulan Ramadan tahun 2026.

✨ Pusat Kesihatan Universiti mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada seluruh warga Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Semoga Ramadan ini membawa keberkatan, kesihatan dan kesejahteraan buat kita semua.

----------------------------

πŸ’š Peringatan Kesihatan Sepanjang Ramadan:

β€’ Minum air secukupnya ketika sahur dan berbuka (8 gelas sehari).
β€’ Ambil makanan seimbang dan kurangkan makanan terlalu manis atau berminyak.
β€’ Jangan tinggalkan sahur.
β€’ Dapatkan rehat yang mencukupi.
β€’ Bagi pesakit penyakit kronik, teruskan pengambilan ubat seperti diarahkan dan dapatkan nasihat pegawai perubatan jika perlu.

Address

Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Malaysia Perlis, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra
Arau
02600

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
Thursday 14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6049885068

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Perlis:

Share