16/02/2025
๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ง๐๐ก๐ ๐ ๐จ๐ฅ๐๐-๐ ๐จ๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐ฆ๐ง๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
Alhamdulillah, esok adalah hari yang dinanti-nantikan.PASTI Arau, mengalu-alukan kehadiran semua murid, guru dan ibu bapa ke sesi persekolahan tahun 2025.
๐ ๐ฝ๐ช๐๐ฉ ๐๐๐๐ -๐๐๐๐ ๐ข๐ช๐ง๐๐ ๐๐ผ๐๐๐ ๐ฎ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ง๐ช๐จ๐๐ 4, 5 ๐๐๐ฃ 6 ๐ฉ๐๐๐ช๐ฃ
Selamat datang ke dunia pembelajaran yang penuh ceria dan bermakna! Hari pertama mungkin ada yang rasa teruja, gembira, atau sedikit gementar, tetapi jangan risau! Guru-guru PASTI semuanya penyayang dan sedia membantu.
Di PASTI, adik-adik akan belajar 5M: Membaca, Menulis, Mengira, Menghafaz & Mengamal. Bukan sekadar belajar ABC dan 123, tetapi juga mengenal ayat-ayat suci Al-Quran, doa harian, kisah Nabi, adab serta akhlak mulia. Setiap hari di PASTI akan menjadi peluang untuk menjadi anak yang lebih baik, lebih pintar dan lebih soleh.
Untuk murid 6 tahun, ini adalah tahun terakhir sebelum melangkah ke sekolah rendah. Jadilah contoh terbaik kepada adik-adik yang lebih kecil dengan berdisiplin dan rajin belajar.
๐ฉโ๐ซ ๐ฝ๐ช๐๐ฉ ๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐ช๐ง๐ช ๐๐ผ๐๐๐
Terima kasih atas kesungguhan dan dedikasi mendidik anak-anak ini dengan penuh kasih sayang. Teruskan usaha dalam membentuk generasi celik Al-Quran yang berilmu dan berakhlak mulia.
๐จโ๐ฉโ๐งโ๐ฆ ๐ฝ๐ช๐๐ฉ ๐๐๐ช ๐๐๐ฅ๐
Terima kasih kerana memilih PASTI sebagai tempat pendidikan awal anak-anak. PASTI bukan sekadar tempat belajar akademik, tetapi juga pusat membentuk sahsiah anak-anak menjadi insan yang beradab, berilmu, dan beriman. Sokongan ibu bapa sangat penting dalam perjalanan pendidikan anak-anak ini.
๐ PASTI Arau komited untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi akademik dan akhlak. Mari kita mulakan sesi baru ini dengan penuh semangat dan doa agar keberkatan sentiasa mengiringi perjalanan anak-anak kita.
๐๐๐๐ผ๐๐๐๐๐ผ๐ ๐๐๐๐๐๐ผ๐๐ ๐พ๐๐๐๐ ๐ผ๐-๐๐๐๐ผ๐.