Klinik Medipertama Aulong - DSH Medical Group

Klinik Medipertama Aulong - DSH Medical Group Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Medipertama Aulong - DSH Medical Group, Medical and health, NO. 306(GF), Jalan TAMAN PERTAMA 7, TAMAN PERTAMA, Aulong.
(6)

✅ Rawatan penyakit umum
✅ Pengurusan penyakit kronik
✅ Pemeriksaan darah
✅ Penyakit lelaki dan wanita
✅ Penurunan berat badan

Kami dikenali dengan fokus dalam merawat masalah kulit dan rambut seperti ekzema, jerawat dan lain-lain. ✨💙

28/05/2026

【Folikulitis】

Folikulitis ialah masalah kulit yang berlaku apabila folikel rambut mengalami keradangan atau jangkitan.

Ia biasanya kelihatan seperti bintik merah kecil atau jerawat bernanah, dan sering disalah anggap sebagai “jerawat belakang” atau “jerawat dada”.
Kawasan biasa termasuk belakang badan, dada dan bahu yang mudah berpeluh dan bergesel.

Punca termasuk peluh, cuaca panas, bakteria, kulat, pengeluaran minyak berlebihan atau pori tersumbat.

Walaupun biasanya tidak berbahaya, keadaan yang berulang boleh menyebabkan kesan hitam atau parut.
Penjagaan kulit dan rawatan perubatan yang sesuai boleh membantu mengawal dan mengurangkan masalah ini.

【Folliculitis】

Folliculitis is a skin condition caused by inflammation or infection of the hair follicles.

It often appears as small red bumps or pus-filled pimples, commonly mistaken as “back acne” or “chest acne”.
Common areas include the back, chest, and shoulders where sweating and friction occur easily.

Triggers may include sweating, heat, bacteria, fungi, excess oil, or clogged pores.

Although usually not dangerous, repeated episodes may lead to dark marks or scarring.
Proper skincare and medical treatment can help improve the condition and reduce recurrence.

📢 NOTIS CUTI HARI RAYA AIDILADHA 📢Untuk makluman, klinik kami akan bercuti pada 27/5/2026 (Rabu) dan 28/5/2026 (Khamis) ...
26/05/2026

📢 NOTIS CUTI HARI RAYA AIDILADHA 📢

Untuk makluman, klinik kami akan bercuti pada 27/5/2026 (Rabu) dan 28/5/2026 (Khamis) sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Klinik akan beroperasi semula pada 29/5/2026 (JUMAAT)

Terima kasih. Selamat Hari Raya Aidiladha 🌙✨

       Ramai pesakit kulit selalu tertanya-tanya: 😥 “Masalah kulit saya boleh sembuh sepenuhnya ke?”Sebenarnya, setiap p...
19/05/2026

Ramai pesakit kulit selalu tertanya-tanya: 😥 “Masalah kulit saya boleh sembuh sepenuhnya ke?”

Sebenarnya, setiap penyakit kulit memang berbeza.

Ada masalah kulit yang dapat cari punca sebenar & dirawat dengan betul, memang ada peluang untuk pulih dengan baik & kurang berulang. 🙏

Ada juga yang lebih berkait dengan:
👉 Sistem imun
👉 Kulit sensitif / alahan
👉 Faktor genetik atau hormon

Keadaan seperti ini mungkin susah untuk “hilang 100%”, tetapi ramai pesakit sebenarnya boleh hidup seperti biasa apabila kulit semakin stabil & flare semakin berkurang. 💙

🌿 Secara umum。。

🦠 Jangkitan kulat kulit
Kalau dirawat dengan lengkap serta menjaga kebersihan & gaya hidup, ramai pesakit boleh sembuh dengan baik.

😣 Jerawat / acne
Ada yang sementara waktu remaja, ada juga yang berkait dengan hormon, stress, tidur & gaya hidup. Rawatan awal dapat membantu mengurangkan parut & masalah berulang.

🌬️ Ekzema / urtikaria kronik / psoriasis
Masalah ini selalunya bukan sekadar di permukaan kulit sahaja.
Kadang-kadang berkait dengan sistem imun, alahan, stress, tidur, pemakanan, faktor persekitaran & skin barrier yang rosak.

Sebab itu rawatan kulit bukan sekadar:
👉 “Sapu ubat apa”

Tetapi bagaimana kita membantu kulit & badan kembali lebih stabil secara perlahan-lahan. ✨

Ramai pesakit mula nampak perubahan apabila:
✔ Faktor pencetus dikurangkan
✔ Skin barrier dipulihkan
✔ Keradangan kulit lebih terkawal
✔ Rawatan dipantau secara konsisten

Flare akan semakin kurang & kulit boleh masuk ke fasa lebih stabil (remission). 🙏

🌿 Klinik Medipertama - DSH Medical Group
merupakan klinik keluarga berasaskan komuniti yang turut memberi fokus kepada rawatan kulit & rambut.

Kami bukan sekadar memberi krim atau ubat semata-mata.

Apa yang kami fokus:
✔️ Mengenal pasti punca & faktor pencetus
✔️ Penilaian kulit secara lebih menyeluruh
✔️ Mengurangkan flare berulang
✔️ Penggunaan steroid secara lebih terkawal
✔️ Follow-up & pemantauan berkala

Kerana dalam banyak masalah kulit,
cabaran sebenar bukan sekadar “rawat sekali”…

Tetapi bagaimana untuk menjadikan kulit lebih stabil dalam jangka panjang. 💙

━━━━━━━━━━━

1️⃣ Masalah kulit apa yang kami banyak rawat?

• Ekzema / dermatitis / kulit alergi
• Urtikaria
• Jerawat / acne
• Pigmentasi, freckles & tompok hitam
• Jangkitan kulat kulit
• Psoriasis
• Masalah kulit kepala & keguguran rambut

━━━━━━━━━━━

2️⃣ Apa yang membezakan rawatan kami?

Ramai pesakit alami situasi:
👉 Datang → Ambil ubat → Baik sekejap → Datang balik

Di Klinik Medipertama - DSH Medical Group, kami menggunakan pendekatan “Medical Skin Management System”:

• Cari punca sebenar
• Rawatan disesuaikan ikut keadaan kulit
• Teknik occlusion untuk bantu penyerapan ubat
• Pengurangan steroid secara lebih selamat
• Ajar penjagaan kulit yang betul
• Follow-up sehingga kulit lebih stabil

Fokus kami bukan sekadar “baik sementara”,
tetapi membantu pesakit mengawal masalah kulit dengan lebih baik & mengurangkan flare berulang. ✨

━━━━━━━━━━━

🏥 Klinik Medipertama - DSH Medical Group (Taiping)

📍 No 306 (GF), Jalan Taman Pertama 7,
Taman Pertama,
Kampung Aulong Lama,
34000 Taiping, Perak

📞 05-8103410
📲 WhatsApp:
wa.me/+60167200319

🌐 drskinhair.com

🕒 Waktu Operasi:
Isnin–Jumaat 🕗 8:00AM – 1:00PM | 2:00PM – 5:00PM
Sabtu 🕗 8:00AM – 12:00PM
Ahad & Cuti Umum ❌ Tutup

      Kadang-kadang memang susah untuk pesakit kulit mencari klinik yang doktor berpengalaman dan memberi rawatan kulit ...
17/05/2026

Kadang-kadang memang susah untuk pesakit kulit mencari klinik yang doktor berpengalaman dan memberi rawatan kulit di kawasan Taiping, Kuala Kangsar dan kawasan sekitar.

🌿 Kini warga Taiping dan kawasan sekitar boleh datang ke Klinik Medipertama - DSH Medical Group untuk mendapatkan rawatan kulit dengan pendekatan yang lebih sistematik & menyeluruh.

Kami bukan sekadar fokus pada permukaan kulit sahaja.

💙 Apa yang membuatkan rawatan kami berbeza?

✔ Pemeriksaan lebih menyeluruh
Kami mengambil masa memahami sejarah kulit, gaya hidup, stress, pekerjaan, hormon & faktor persekitaran yang mungkin menjadi pencetus.

✔ Fokus kepada punca, bukan sekadar simptom
Matlamat kami bukan sekadar “baik sekejap”, tetapi membantu mengurangkan flare berulang & menstabilkan kulit untuk jangka panjang.

✔ Rawatan disesuaikan mengikut keadaan kulit individu
Setiap kulit berbeza. Rawatan juga perlu disesuaikan mengikut tahap keradangan, lokasi kulit & sensitiviti pesakit.

✔ Repair skin barrier kulit
Ramai pesakit kulit mempunyai skin barrier yang rosak. Sebab itu kulit mudah pedih, merah & sensitif. Kami fokus membantu memulihkan skin barrier dengan betul.

✔ Penggunaan steroid secara lebih selamat
Kami memahami kebimbangan ramai pesakit tentang steroid cream. Sebab itu kami lebih fokus kepada penggunaan yang terkawal & pengurangan secara berperingkat bila sesuai.

✔ Follow-up & pemantauan berkala
Masalah kulit bukan biasanya selesai dalam satu kali rawatan. Kami percaya pemantauan & pelarasan rawatan sangat penting untuk mendapatkan hasil yang lebih stabil.

🌿 Kami merawat pelbagai masalah kulit seperti:
✔ Ekzema
✔ Psoriasis
✔ Urtikaria
✔ Jerawat
✔ Jangkitan kulat kulit
✔ Jeragat
✔ Kulit sensitif
✔ Masalah kulit kepala & rambut

💙 DSH Medical Group
Kami percaya rawatan kulit yang baik bukan sekadar buat kulit “nampak baik sementara”…

Tetapi membantu pesakit mendapatkan kembali:
✨ Kulit yang lebih stabil
✨ Keyakinan diri
✨ Kehidupan yang lebih selesa

📍 Untuk warga Taiping & kawasan sekitar,
jangan tunggu sampai kulit semakin teruk 🙏

Klinik keluarga + fokus masalah kulit & rambut
👉 Bukan sekadar bagi ubat… kami cari punca

👨‍⚕️ 10+ doktor bertauliah
💯 Dah bantu 50,000+ pesakit

👉 Pendek kata, kalau masalah kulit susah settle — boleh datang jumpa kami

📲 WhatsApp kami sekarang untuk temujanji —
doktor akan bantu nilai & cadangkan rawatan terbaik untuk anda 💙✨
📍 - DSH Medical Group (Taiping)
No 306 (GF) Jalan Taman Pertama 7, Taman Pertama,
Kampung Aulong Lama, 34000 Taiping, Perak 📍
📞 05-8103410
📲 WhatsApp: wa.me/+60167200319
🌐 drskinhair.com
🕒 Waktu Operasi:
Isnin–Jumaat 🕗 8:00AM – 1:00PM | 2:00PM – 5:00PM
Sabtu 🕗 8:00AM – 12:00PM
Ahad & Cuti Umum ❌ Tutup
💙

【Cellulitis】Cellulitis ialah jangkitan bakteria pada lapisan kulit yang lebih dalam.  Kulit boleh menjadi merah, bengkak...
16/05/2026

【Cellulitis】

Cellulitis ialah jangkitan bakteria pada lapisan kulit yang lebih dalam.

Kulit boleh menjadi merah, bengkak, panas dan sakit, kadang-kadang disertai demam.
Ia sering berlaku pada kaki, tapak kaki atau kawasan kulit yang terluka.

Jika tidak dirawat awal, jangkitan boleh merebak dengan cepat dan menyebabkan komplikasi serius.

Rawatan awal dengan antibiotik sangat penting.
Jika kulit tiba-tiba menjadi merah, bengkak atau sakit, segera dapatkan pemeriksaan doktor.

【Cellulitis】

Cellulitis is a bacterial skin infection that affects the deeper layers of the skin.

The skin may become red, swollen, warm, and painful, sometimes with fever.
It commonly affects the legs, feet, or areas with skin injury.

Without early treatment, the infection can spread quickly and lead to serious complications.

Early medical treatment and antibiotics are important.
If you notice sudden redness, swelling, or pain on the skin, seek medical attention early.

【Ichthyosis】Ichthyosis is a skin condition that causes dry, thick, and scaly skin.The skin may appear rough with visible...
14/05/2026

【Ichthyosis】
Ichthyosis is a skin condition that causes dry, thick, and scaly skin.

The skin may appear rough with visible scaling and cracks, sometimes with itching or tightness.
It commonly affects the arms and legs but can involve larger areas of the body.

Many cases are genetic, while some may develop later in life.
Although not curable, regular moisturising and medical care can help control the condition.

【Kulit Bersisik】
Ichthyosis ialah keadaan kulit yang menyebabkan kulit menjadi kering, tebal dan bersisik.

Kulit kelihatan kasar dengan pengelupasan yang jelas dan kadang-kadang retak, serta boleh menyebabkan kegatalan atau rasa tegang.
Selalunya melibatkan tangan dan kaki, tetapi boleh berlaku di seluruh badan.

Kebanyakannya berpunca daripada genetik, tetapi ada juga yang berlaku kemudian dalam hidup.
Walaupun tidak boleh sembuh sepenuhnya, penjagaan kulit dan rawatan perubatan dapat membantu mengawal keadaan.

【Sebenarnya, ia bukan “Tangan Mewah”...  tetapi “Tangan Mama”. 🥺】Tangan ramai ibu…  selalu kering, kasar, merekah dan pe...
10/05/2026

【Sebenarnya, ia bukan “Tangan Mewah”...
tetapi “Tangan Mama”. 🥺】

Tangan ramai ibu…
selalu kering, kasar, merekah dan pedih.

Basuh pinggan terasa sakit,
kena air rasa gatal,
musim panas merekah, musim hujan pun merekah.

Kadang-kadang sampai nak pegang anak, basuh rambut atau memasak pun terasa pedih.

Tapi ramai cuma senyum dan cakap,
“Alaa… tangan mewah lah tu.”

Tapi… mana mewahnya?

Kalau betul mewah,
tangan itu sepatutnya dijaga, dibelai dan direhatkan.
Bukan tangan yang hari-hari kena sabun, pencuci, air dan kerja rumah tanpa henti.

Sejak anak lahir,
ramai ibu hampir tak pernah “rehat” dengan tangan mereka.

Tengah malam basuh botol susu,
anak muntah kena cuci cadar,
pinggan mangkuk, baju, lantai, tandas…
tangan mereka sentiasa bekerja untuk keluarga.

Kadang-kadang sampai kulit pecah dan berdarah pun,
mereka cuma sapu sikit krim… dan sambung buat kerja semula.

Sebab dalam hati seorang ibu selalu ada ayat ini:
“Tak apa… saya tahan dulu.”

Lama-lama,
tangan yang dulu lembut dan cantik,
mula jadi kasar, sensitif dan mudah luka.

Dalam perubatan, “tangan mewah” sebenarnya ialah sejenis eczema tangan.
Kerap terkena air, sabun, bahan pencuci dan geseran berulang
akan merosakkan skin barrier dan membuat kulit semakin lemah.

Ia bukan tanda kemewahan.
Ia tanda pengorbanan seorang ibu. ❤️

🌿 Kalau ibu anda ada masalah seperti ini, cuba ingatkan mereka:
• Pakai sarung tangan semasa buat kerja rumah (Nitrile atau Vinyl lebih sesuai)
• Kurangkan sentuhan dengan pencuci kuat
• Jangan terlalu kerap basuh tangan jika tidak perlu
• Sapu hand cream / moisturiser dengan kerap
• Jangan tunggu sampai kulit pecah berdarah baru nak jaga

Sebab ibu selalu menjaga semua orang…
tetapi paling selalu terlupa menjaga diri sendiri.

Tahun ini, jangan cuma hadiahkan bunga. 🌸
Peganglah dan hargailah tangan yang sudah penat menjaga kita bertahun-tahun lamanya.

【Warts】Ketuat ialah jangkitan kulit biasa yang disebabkan oleh virus HPV (human papillomavirus).Ia kelihatan sebagai ben...
30/04/2026

【Warts】
Ketuat ialah jangkitan kulit biasa yang disebabkan oleh virus HPV (human papillomavirus).

Ia kelihatan sebagai benjolan kecil yang kasar dan timbul, sering berlaku pada jari tangan, jari kaki dan tapak kaki.
Sesetengah ketuat boleh menyebabkan sakit, terutama di kawasan yang menerima tekanan seperti tapak kaki.

Ia boleh berjangkit melalui sentuhan atau permukaan yang dikongsi.

【Warts】
Warts are a common skin infection caused by the human papillomavirus (HPV).

They appear as rough, raised bumps on the skin, commonly affecting the fingers, toes, and soles.
Some warts can be painful, especially in pressure areas like the feet.

They are mildly contagious and can spread through direct contact or shared surfaces.

Address

NO. 306(GF), Jalan TAMAN PERTAMA 7, TAMAN PERTAMA
Aulong
34000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 12:00

Telephone

+6058103410

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Medipertama Aulong - DSH Medical Group posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Medipertama Aulong - DSH Medical Group:

Share