Jom Sihat Selalu

Jom Sihat Selalu Kesihatan merupakan aset terbesar kita. Mari sama-sama jaga tahap kesihatan sekaligus membahagiakan hidup.

12/11/2021

7 kg Ikan Siakap Untuk 7 orang makan⁉️

Berapa banyak satu sajian protein? 🤔

Mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia 2020, setiap hari kita disarankan untuk mengambil protein sebanyak :
🟡Ayam / telur / daging - 1-2 sajian
🟠Ikan - 1 sajian
🟣Legum atau kekacang - 1 sajian
🔵Susu dan Produk Tenusu - 2 sajian

Untuk ikan bersaiz besar seperti ikan siakap, 1 sajian yang perlu diambil adalah sebanyak 5 sudu makan isi ikan iaitu bersamaan dgn 1 ekor ikan kembung/selar bersaiz sederhana..

Ambil protein mengikut saranan yg ditetapkan mengikut keperluan individu.

Pilihan di tangan anda!





11/11/2021

Setiap tahun kita berazam untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan kerana kesihatan adalah adalah satu anugerah yang tidak ternilai.

Minggu pertama tahun 2021 ini, mulakan dengan gaya hidup sihat dan jadikan ia amalan setiap hari ini.

Jom sihat!

Sumber Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

03/11/2021

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) setakat ini hanya meluluskan penggunaan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer untuk dos penggalak COVID-19.

Sehingga 2 Nov 2021, sebanyak 407,607 dos telah diberikan.


01/11/2021

Kadang kadang semasa menerima barang Shoppee tanpa kita sedari, jari jari pantas meletupkan bubble wrapped satu persatu.

Tahukah anda aktiviti meletupkan bubble wrapped memang dapat membantu mengurangkan stress dan kerisauan. Bagi kanak kanak, ia dapat membantu untuk meningkatkan skill otot halus.

30/10/2021

Tengah sakit kepala ke tu?

Tahukah anda, terdapat lebih 150 jenis sakit kepala yang berbeza karektor, punca dan rawatan. 4 jenis sakit kepala ini adalah antara yang paling biasa berlaku.

Bila anda perlu jumpa doktor untuk rawatan segera untuk masalah sakit kepala?

✔️ Sakit kepala secara mengejut dan sangat sakit
✔️ Kanak kanak sering mengadu sakit kepala
✔️ Sakit kepala dengan gangguan penglihatan, keliru, hilang keimbangan tubuh dan pertuturan.
✔️ Sakit kepala dengan rasa kebas dan lemah
✔️ Sakit kepala dengan deman, sawan atau pengsan
✔️ Sakit kepala dengan tengang di tengkuk dan ruam

28/10/2021

Tabiat merokok merosakkan paru-paru dan melemahkan daya tahan badan terhadap jangkitan kuman.

Tidak pernah terlewat untuk berhenti merokok. 👉 jomquit.com

21/10/2021

Pengembara luar negara merujuk kepada warganegara, pemastautin tetap Malaysia, ekspatriat atau kor diplomatik atau mana-mana orang asing lain yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah Imigresen memasuki Malaysia dari luar negara.

Sempadan antarabangsa Malaysia masih ditutup.

22/09/2021
22/09/2021

Jom semua like page ni. Kita sama2 hidup sihat dan ceria.!

Address

27-1 Jalan KNMP 2A, Kompleks Niaga Melaka Perdana, Jalan Tun Hamzah, Bukit Katil
Ayer Keroh
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jom Sihat Selalu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Jom Sihat Selalu:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram