Klinik DR ANI

Klinik DR ANI Klinik mesra wanita dan keluarga yang komited dalam memberikan perkhidmatan berkualiti dan selesa.

Hubungi kami 0103356355/06-2325801
https://www.facebook.com/profile.php?id=61564209060732

✨ Rakam detik terindah si manja anda! ✨Scan 5D membantu ibu bapa melihat wajah bayi dengan lebih jelas sebelum kelahiran...
27/09/2025

✨ Rakam detik terindah si manja anda! ✨
Scan 5D membantu ibu bapa melihat wajah bayi dengan lebih jelas sebelum kelahiran 💕
📸 Kenangan manis ini pasti akan menjadi momen berharga buat anda dan keluarga.

📍 Kunjungi Klinik Dr. Ani
📞 06-2325801 | 📱 WhatsApp: 010-3356355

Seorang kawan cerita, setiap kali dia order nasi kandar, ayat wajib keluar dari mulut dia: ‘Bang, kuah banjir!Memang sed...
27/09/2025

Seorang kawan cerita, setiap kali dia order nasi kandar, ayat wajib keluar dari mulut dia: ‘Bang, kuah banjir!

Memang sedap. Nasi jadi harum, lauk lebih berperisa. Tapi dalam setiap senduk kuah tu, tersembunyi minyak, santan, garam yang senyap-senyap terkumpul dalam badan.

Hari ini rasa sihat, esok pun masih ok. Tapi bila jadi rutin bertahun-tahun, itulah yang perlahan-lahan banjirkan tubuh dengan penyakit.

Kalau tetap nak banjir juga, ada cara lebih bijak: minta nasi separuh, kuah asing, pilih lauk kurang lemak, tambah sayur, dan jangan jadikan habit harian.

Kuah sikit = pilihan bijak.
Kuah banjir = risiko jangka panjang.

😊

Senarai panel kami🤗
26/09/2025

Senarai panel kami🤗

26/09/2025

✨ Makluman Penting! ✨
Kami kini mempunyai page Klinik yang baru 🎉
Sila follow page ini untuk dapatkan info terkini, tips kesihatan, promosi istimewa dan makluman aktiviti klinik.

👉 Klik “Follow” supaya anda tidak terlepas sebarang update daripada kami!

Terima kasih atas sokongan anda 💕

Adakah anda mengalami pelbagai gejala fizikal  BERTERUSAN yang tidak dapat dijelaskan?✔️ Pemeriksaan doktor p**a mendapa...
26/09/2025

Adakah anda mengalami pelbagai gejala fizikal BERTERUSAN yang tidak dapat dijelaskan?

✔️ Pemeriksaan doktor p**a mendapati anda TIDAK mempunyai sebarang masalah kesihatan dan sihat tubuh badan.
✔️ Namun gejala tersebut benar benar menganggu dan memberi kesan kepada kehidupan anda seharian.
✔️ Masalah tersebut telah berlanjutan selama 6 bulan
Ini mungkin salah satu dari masalah mental yang dikenali sebagai Somatic Symptom Disorder.
Bukan semua masalah emosi dan kemurungan dipaparkan menerusi gejala biasa kemurungan.. ada yang mengalami gejala fizikal seperti ini.

Dapatkan rujukan dan pemeriksaan ya 💕

Salam semua! Ini antara senarai perkhidmatan kami, ada banyak lagi.. Nanti kami update lagi🤗
25/09/2025

Salam semua! Ini antara senarai perkhidmatan kami, ada banyak lagi.. Nanti kami update lagi🤗

Jom momies scan bersama kami 😍
25/09/2025

Jom momies scan bersama kami 😍

Narcissistic Personality Disorder (NPD) bukan sekadar s**a dipuji.Ia jadi gangguan bila keyakinan melampau, empati hilan...
25/09/2025

Narcissistic Personality Disorder (NPD) bukan sekadar s**a dipuji.
Ia jadi gangguan bila keyakinan melampau, empati hilang, dan hubungan runtuh.
Kadang orang yang nampak paling yakin, sebenarnya paling kosong di dalam.
Bercakap mungkin kecil, tapi itu langkah besar untuk sembuh. 😊

PERIUK & KUALI , KESIHATAN KITA BERMULA DI DAPURKita selalu pilih sayur segar, minyak sihat, lauk terbaik. Tapi pernah t...
24/09/2025

PERIUK & KUALI , KESIHATAN KITA BERMULA DI DAPUR

Kita selalu pilih sayur segar, minyak sihat, lauk terbaik. Tapi pernah tak terfikir… periuk yang kita guna hari-hari tu, selamat ke tidak?

Kajian menunjukkan, periuk aluminium murah boleh lepaskan logam berbahaya bila masak kari atau kuah berasid.

Malah kuali non-stick kalau dah tercalar atau dipanaskan terlalu panas, boleh keluarkan asap toksik.

Stainless steel dan iron cast bukan sekadar periuk. Ia dianggap pelaburan jangka panjang untuk dapur sihat. Bahan ini lebih stabil, kurang risiko logam meresap ke dalam makanan, dan tahan lasak walaupun digunakan bertahun-tahun.

Kalau periuk murah mungkin perlu ditukar setiap kali calar atau rosak, periuk stainless steel dan besi tuang p**a boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya. Sekali beli, boleh jaga kesihatan keluarga dalam tempoh yang lama
✅ Tips :
• Kalau periuk non-stick dah calar, jangan sayang – tukar.
• Kalau masih guna aluminium biasa, elok fikirkan alternatif.
Stainless steel gred baik, seramik tulen, dan iron cast memang lebih berbaloi.
Periuk & kuali di rumah sekarang jenis apa?

Pernah semak keadaan salutan atau masih guna walau dah calar?

Diabetes bukan hukuman. Ia bukan pengakhiran, tapi satu titik mula untuk hidup lebih sihat.Ramai yang bila baru disahkan...
23/09/2025

Diabetes bukan hukuman. Ia bukan pengakhiran, tapi satu titik mula untuk hidup lebih sihat.

Ramai yang bila baru disahkan diabetes, terus jadi takut nak makan. Ada yang sampai tak berani sentuh nasi, ada juga yang katanya tak boleh makan apa-apa yang ada tepung.

Kalau terlalu menyekat sampai rasa tertekan, akhirnya ramai yang kecundang terlepas kawalan, lalu makan lebih banyak tanpa sedar. Itu yang lebih bahaya.

Ada pesakit yang selepas disahkan diabetes sebenarnya jadi lebih disiplin makan lebih seimbang, rajin bersenam, tidur lebih teratur. Hidup mereka malah lebih berkualiti berbanding sebelum tahu mereka ada penyakit ini.

Ya, ada cabaran.

Perlu jaga gula, perlu disiplin ubat, perlu kawal gaya hidup. Tapi dalam cabaran itu juga ada peluang: peluang untuk hargai tubuh, peluang untuk lebih dekat dengan keluarga yang risaukan kita, peluang untuk buktikan bahawa kita mampu kawal hidup kita sendiri.

Diabetes bukan hukuman, ia satu peringatan. Supaya kita sayang diri sendiri sebelum terlambat. 😊

Address

50, Jalan Lingkaran Mitc, Kompleks Perniagaan MITC Perdana
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 19:00
Tuesday 08:00 - 19:00
Wednesday 08:00 - 19:00
Thursday 08:00 - 19:00
Friday 08:00 - 19:00
Saturday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik DR ANI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram