Penawar Buaser

Penawar Buaser Menyediakan informasi untuk mengatasi masalah buasir dan sembelit

27/10/2022

HAPUS DARI AKAR BUASER DENGAN EKSTRAK HERBA KAYU SEPANG
Kayu sepang sangat tinggi dengan anti radang dimana ia dapat menyurutkan bengkak benjolan sekitar dubur (Buaser)
Info lebih lanjut klik link >>https://kesihatankini.cc/

𝗞𝗛𝗔𝗦𝗦 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗬𝗚 𝗔𝗟𝗔𝗠𝗹 𝗕𝗨𝗪𝗔𝗦𝗹𝗥 & 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗘𝗟𝗹𝗧 Percaya atau tak, jika abang2 kakak2 tak rwat boleh kena kanserr usus atau ...
17/10/2022

𝗞𝗛𝗔𝗦𝗦 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗬𝗚 𝗔𝗟𝗔𝗠𝗹 𝗕𝗨𝗪𝗔𝗦𝗹𝗥 & 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗘𝗟𝗹𝗧
Percaya atau tak, jika abang2 kakak2 tak rwat boleh kena kanserr usus atau kritikall sekali boleh bawa mautt.
Kalini ikhtiar dengan JUS CEDA:
✔ membantu penghadaman
✔ bantu berak b'drah
✔ kecutkan benjolan hingga akar
✔ leegakan sakiit dan pedih di dbur
✔ kurangkan sembeIit
Kami akan bantu anda dengan segera jangan malu jangan segan. Boleh terus tekan Iink di bwah :
TEKAN SINI>> https://hi.jomwasap.my/orderjc
TEKAN SINI>> https://hi.jomwasap.my/orderjc

Sebarang pertanyaan untuk mendapatkan Jus Ceda sila klik link wasap dibawah >>wasapp.me/60195748521/JusCeda
03/08/2022

Sebarang pertanyaan untuk mendapatkan Jus Ceda sila klik link wasap dibawah >>wasapp.me/60195748521/JusCeda

20/07/2022

Buasir terbentuk daripada tisu bahagian dubur yang bengkak akibat aliran darah yang tidak lancar. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko buasir ialah:

sembelit
kurang senaman
berat badan berlebihan
penuaan
Buasir boleh menyebabkan tanda-tanda lain seperti kegatalan dan perdarahan dari dubur.

Selain mempunyai khasiat perubatan yang lain, Kayu sepang juga mempunyai khasiat bagi mengatasi masalah buasir...
01/06/2022

Selain mempunyai khasiat perubatan yang lain, Kayu sepang juga mempunyai khasiat bagi mengatasi masalah buasir...

01/06/2022

Buasir dan rawatannya. Antara malu dan mahu.

Buasir merupakan masalah kesihatan yang agak biasa terjadi, namun disebabkan perasaan malu, penghidap buasir jarang menceritakannya. Apakah itu buasir? Buasir atau dikenali juga sebagai hemorrhoids terjadi apabila salur darah yang berdekatan dengan dubur menjadi bengkak.
Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua kategori bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Antara gejala buasir yang biasa dialami oleh pesakit adalah lendir yang mengalir daripada buasir, bengkak, gatal, berdarah atau sakit semasa membuang air besar, ketidakselesaan serta panas atau pedih pada dubur.
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kejadian buasir. Pada awalnya, pengkaji merumuskan tabiat, sikap, adat, kehidupan sedentari dapat mempengaruhi kejadian buasir. Hasil kajian terkemudian mendapati kelemahan graviti pada dinding pembuluh darah, kehamilan, sembelit, duduk lama di dalam tandas, pengaruh genetik dan meneran semasa membuang air besar juga boleh menyebabkan berlakunya buasir.

Kerap kali, buasir akan hilang dengan sendiri ataupun dengan rawatan yang minimum. Namun begitu, komplikasi yang mungkin timbul daripada penyakit buasir adalah seperti thrombosis (darah beku di dalam salur darah), jangkitan kuman, ulser, bernanah dan hilang kawalan terhadap pembuangan najis.

Rawatan bagi penyakit buasir

Pesakit perlu mendapatkan khidmat nasihat pakar sekiranya mengalami pendarahan semasa atau selepas membuang air besar. Doktor akan melakukan pemeriksaan dan diagnosis sama ada pendarahan tersebut berpunca daripada buasir atau daripada penyakit serius yang lain seperti kanser usus sebelum memberi rawatan yang sepatutnya.
Rawatan akan diberikan kepada pesakit yang mempunyai masalah buasir bagi menangani ketidakselesaan dan menghindari komplikasi yang lebih teruk. Ini adalah penting kerana buasir mungkin membesar dan membahayakan kesihatan jika dibiarkan tanpa rawatan. Buasir biasanya dirawat melalui pengubahsuaian diet dan gaya hidup pesakit, pengambilan ubat-ubatan makan atau sapuan atau prosedur pembedahan.

Pengubahsuaian diet dan gaya hidup

Tindakan meneran semasa buang air besar boleh menyebabkan kerosakan kepada dinding dubur dan seterusnya menyebabkan berlakunya buasir. Oleh itu, beberapa garis panduan rawatan buasir menekankan keperluan mengubahsuai diet dan gaya hidup sebagai langkah pertama dan terpenting bagi menangani isu ini.
Secara umumnya, pengambilan serat merupakan satu kaedah rawatan yang selamat, berkesan dan murah. Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan anda dengan makan buah-buahan, sayur-sayuran hijau dan bijirin bagi memastikan kelancaran proses pembuangan najis. Serat akan melembutkan dan meningkatkan saiz najis serta mengurangkan kebarangkalian pesakit untuk meneran semasa membuang air besar. Keadaan ini seterusnya dapat mengurangkan tekanan pada dubur dan kejadian buasir dapat dielakkan.

Selain daripada pengambilan makanan yang kaya dengan serat, pengubahsuaian gaya hidup yang boleh dilakukan bagi mencegah dan merawat buasir adalah pengambilan air yang banyak, kurangkan pengambilan lemak, kerap bersenam, menjaga kebersihan dubur, kurangkan meneran semasa di dalam tandas dan sebagainya.
Ubat-ubatan

Pelembut najis

Pelembut najis bertindak sebagai pelincir dan melembutkan najis. Ia diberikan kepada pesakit yang mempunyai masalah buasir bagi membantu mengurangkan sembelit dan peneranan semasa proses penyahtinjaan.

Ubat-ubat topikal

Tujuan utama penggunaan ubat-ubat topikal seperti krim dan supositori adalah untuk mengawal dan melegakan simptom seperti kesakitan dan kegatalan buasir tersebut. Sediaan seperti ini biasanya mengandungi pelbagai jenis bahan seperti ubat tahan sakit, steroid, antibiotik atau ubat antiradang.

Namun begitu, keberkesanan ubat-ubatan topikal dalam rawatan penyakit buasir masih dipersoalkan memandangkan kekurangan bukti kukuh yang menyokong keberkesanannya. Selain itu, penggunaan ubat-ubatan topikal yang mengandungi steroid perlu diguna atas nasihat daripada doktor kerana pengambilan steroid dalam tempoh yang panjang adalah tidak digalakkan.

Flavonoid

Flavonoid adalah ubat berasaskan tumbuhan yang dikatakan mampu mengukuhkan dinding salur darah vena dan mempunyai kesan antiradang terhadap buasir. Selain itu, kajian menunjukkan bahawa pengambilan flavonoid secara oral juga dapat memberikan kesan positif terhadap pendarahan dan kegatalan buasir.

Pembedahan

Pilihan rawatan bagi penyakit buasir adalah bergantung kepada tahap dan keterukan gejala penyakit tersebut. Jika pengambilan ubat-ubatan ini tidak berkesan, buasir tersebut perlu dirawat oleh doktor sama ada melalui prosedur ringkas mahupun pembedahan pembuangan buasir tersebut.

Kesimpulan

Pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat pakar sekiranya mengalami pendarahan semasa atau selepas membuang air besar untuk menentukan diagnosis sebenar supaya rawatan yang berkesan dapat diberikan. Amalan diet yang seimbang dan gaya hidup yang sihat adalah penting bagi memastikan penyakit buasir tidak berulang.
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1800-88-6722, Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 5.00 petang untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Disediakan oleh:

En. Rosdi Bin Md Zin
Pegawai Farmasi
Hospital Melaka

01/06/2022
01/06/2022

Selamat Datang

01/06/2022
01/06/2022
01/06/2022

Address

No 99B Kampung Iboi
Baling
09200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penawar Buaser posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Penawar Buaser:

Share