30/04/2017
Quote
Ramai rakan-rakan saya telah mulai menapak di dalam bidang perniagaan. Ada yang terlibat di dalam perniagaan butik bayi dan ibu, ada yang terlibat di dalam bidang hartanah, membuat perniagaan barang kemas dan juga pemakanan.
Tengahari ni saya nak buat sikit review produk oleh sahabat sekolah saya Tuan Hafiz Taring.
Beliau approach saya beberapa tahun lalu jika tak silap. Minta saya berikan pandangan akan produk yang ingin dikeluarkannya. Dan saya dengan senang hati memberikan sedikit ilmu yang saya punya. Tapi sebelum itu habis saya siasat dahulu apa kandungan, berapa bacaannya, apa benefit, Ada kandungan terlarang atau tidak, dan siapakah target pelanggannya. Ingat senang-senang saya nak berikan review saya? Nehiiii....
Jika produk tiada manfaat, saya pun tak nak bersekongkol memberikan pandangan. Taknak p**a dijadikan dietitian yang mengguna pakai tiket dietitian untuk menjual sebarangan produk p**a. Sudah puas hati dengan penerangan beliau dan cuba pakai, baru senang hati mahu kongsikan,
Tuan Hafiz mengeluarkan produk Probacto 5. Ia merupakan suplemen probiotik yang mengandungi 5 jenis bakteria utama yang dapat membantu kesihatan tubuh iaitu:-
1-Lactobacillus acidopholus
2-Lactobacillus casei
3-Lactobacillus bulgaricus
4-Bifidobacterium longum
5-Streptococcus thermophilus
Probiotik seperti yang kita tahu adalah bakteria yang baik yang dapat membantu tubuh dalam membantu melancarkan pencernaan dengan meningkatkan penyerapan nutrisi, mengatasi gangguan pencernaan seperti diarea, sembelit dan tidak lawas buang air, melancarkan pembuangan sisa perkumuhan tubuh.
Apabila sistem pencernaan berjalan lancar, secara tak langsung masalah inflamasi tubuh, ekzema dapat dikurangkan.Probiotik juga dapat meningkatkan imuniti tubuh.
Di hospital sendiri kami memang menggunakan probiotik di dalam perawatan pesakit. Terutama apabila pesakit mengalami diarea dan juga sembelit.
Saya, pada mulanya agak skeptikal pada apa-apa suplemen selagi belum cuba. Dan prinsip saya, jika ia bagus saya akan sebarkan dan kongsikan dengan sahabat sekeliling serta orang lain. Jika tidak, saya akan diamkan sahaja hanya untuk pengetahuan saya sahaja.
Maka, saya mencuba Probacto5 untuk anak saya. Anak saya memang seorang penggemar buah dan sayur, Namun kurang minum air kosong menyebabkan dia mempunyai sembelit. Adiknya p**a walaupun sudah dicuba pelbagai kaedah untuk mengurangkan sembelit, seperti tukar susu formula kepada formula yang mempunyai probiotik, tambahkan pengambilan air setiap hari, tambahkan prebiotik yang merupakan makanan untuk probiotik ini, dan tambahkan sayur dan buat dari diet.
Namun, masih tidak berjaya. setiap kali dia mahu buang air, menangis-nangis, berpeluh-peluh di dalam bilik air. " Macam nak bersalin p**a, " kata ibu saudaranya apabila melihat keadaanya. Berdarah akibat luka bukan sekali. Malah sehingga dia agak serik mahu ke bilik air.
Memang kasihan. Acapkali juga saya menangis sekali dengannya di dalam bilik air. Rasa gagal sebagai seorang ibu, yang seorang dietitian namun anaknya menderita sebegini sekali.
Saya cuba berikan probiotik yang kami gunakan untuk pesakit di hospital. Nampak ada perubahan dari segi konsistensi najisnya. Tapi tak praktikal untuk saya p**a kerana ia dalam bentuk serbuk. Sukar untuk berikan pada anak saya minum dan habiskan dos yang diperlukan setiap hari.
Probiotik tidak boleh menggunakan air panas kerana ia akan mati apabila menggunakan suhu yang tinggi. Mungkin itu sebabnya meskipun menggunakan susu yang ada kandungan probiotik, tapi cara pembuatan susu formula yang tidak betul menyebabkan ia tidak berkesan. Maka, saya perlu cari cara lain untuk atasi masalah anak ini.
Saya cuba gunakan Yakult namun harganya p**a agak tak praktikal. Dan entah banyak mana aja probiotik yang tinggal selepas di bawa p**ang dari supermarket akibat terkorban di tengah jalan sebelum sampai ke destinasi tujuannya.
Saya cuba berikan Probacto5 untuk anak. Dua tablet setiap hari, Dihisap olehnya di awal pagi dan malam. Alhamdulillah nampak ada kesannya. Najisnya semakin lembut. Dan kurang sembelit dan nampak anak sendiri lebih tenang apabila mahu ke bilik air. Kemudian baru saya berikan satu tablet sahaja sehari. Maka, setiap hari, secara konsisten saya berikan satu tablet. Namun, air mesti banyak diberi untuk pastikan najisnya lembut, buah dan sayur setiap hari. Probacto hanya suplemen. Pengurusan diet harus diteruskan juga. Tapi out of 5 stars. saya beri full stars. Sebab sangat membantu anak saya.
Nampak sangat macam testimoni produk kan?
Tidaklah. Ini sekadar perkongsian sahaja benda yang baik. Pada pandangan saya, untuk anak yang ada masalah sembelit dan diarea yang berpanjangan boleh diambil untuk mengatasi masalah.
Bukan anak saja boleh makan, ibu mengandung, dan di dalam pantang yang mengalami masalah pembuangan air pun boleh cuba. Kalau ayah apatah lagi. Namun demgan syaratnya minum air cukup, makan buah dan sayur juga ya...
Jangan lupa tuuuu.....
Harganya RM50 untuk 60 tablet sangat berbaloi sekali. Berbanding probiotik yang dijual di farmasi, harganya boleh mencecah RM15 untuk satu sachet sehari.
Tak percaya? boleh servei sendiri.
Kalau nak order, boleh contact Tuan Hafiz Taring sendiri ya. 0194881487.
Boleh tanya apa saja pada beliau selaku big boss Probacto5. Termasuk kenapa nama dia ada Taring. haha.
Itu saya pun taktahu sebab dari zaman sekolah lagi memang kenal dia nama Taring aja.
sekian review dari Kakak Diet ini hari.
next tunggu review produk Doodeen p**a dari Mak Dg Srikyna.
Mrs Dietitian RUQAYYAH MUHD
Unquote