National Metrology Institute of Malaysia

National Metrology Institute of Malaysia The National Centre of Excellence of International Recognition in Metrology

Dr. Faridah binti Hussain, Chief Metrologist, National Metrology Institute of Malaysia (NMIM), mengucapkan Selamat Hari ...
21/03/2026

Dr. Faridah binti Hussain, Chief Metrologist, National Metrology Institute of Malaysia (NMIM), mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Di musim perayaan ini, pandulah dengan berhemah dan sentiasa utamakan keselamatan di jalan raya. Semoga semua selamat sampai ke destinasi dan bergembira bersama keluarga tercinta.

Semoga hari-hari kita dipenuhi kasih sayang, rezeki yang melimpah serta hubungan yang semakin erat. πŸŒ™πŸš—βœ¨

Salam Aidilfitri πŸŒ™βœ¨Semoga Syawal kali ini dipenuhi dengan kebahagiaan, ketenangan jiwa, dan keberkatan yang tidak putus-...
20/03/2026

Salam Aidilfitri πŸŒ™βœ¨

Semoga Syawal kali ini dipenuhi dengan kebahagiaan, ketenangan jiwa, dan keberkatan yang tidak putus-putus. Maaf zahir & batin dari kami semua. ☺️

Raikan momen indah bersama yang tersayang, kerana itulah kenangan paling bermakna.

19/03/2026

Raya mood: ON ✨

Team NMIM pun tak lepaskan peluang join Raya Check dance challenge!

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin dari kami πŸŒ™βœ¨

19/03/2026

Seloka Raya bersama team NMIM πŸŒ™βœ¨πŸŽΆπŸŽ΅

Gelak tawa bersatu hati,
Syawal diraikan penuh harmoni.
Maaf dipinta setulus nurani,
Moga ukhwah kekal hingga ke nanti 🀍

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin daripada kami semua.

Credit song - Seloka Hari Raya Cover Guitar Instrument Version by Hendrisaputra

Makluman penutupan operasi sempena Hari Raya Aidilfitri πŸŒ™βœ¨NMIM akan bercuti dari 20 Mac hingga 25 Mac 2026. Semoga Aidil...
17/03/2026

Makluman penutupan operasi sempena Hari Raya Aidilfitri πŸŒ™βœ¨

NMIM akan bercuti dari 20 Mac hingga 25 Mac 2026. Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan dan keberkatan buat semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin buat semua πŸ’–

5-6 March 2026: Dr. Anton WIDARTA from NMIJ, Japan, visited NMIM for a technical visit. He was welcomed by Dr. Faridah a...
11/03/2026

5-6 March 2026: Dr. Anton WIDARTA from NMIJ, Japan, visited NMIM for a technical visit. He was welcomed by Dr. Faridah and Dr. Arshad. The visit aimed to explore potential areas for technical collaboration and knowledge exchange in RF metrology, including calibration techniques, measurement standards, uncertainty evaluation, traceability, and emerging technologies in high-frequency measurements. Strengthening cooperation between NMIM and NMIJ is expected to enhance our collective capabilities and support the advancement of metrology services in the region.

07/03/2026
National Metrology Institute of Malaysia (NMIM) berbesar hati menerima jemputan daripada TCSENS Sdn Bhd untuk menyampaik...
06/03/2026

National Metrology Institute of Malaysia (NMIM) berbesar hati menerima jemputan daripada TCSENS Sdn Bhd untuk menyampaikan sesi perkongsian kesedaran kepentingan metrologi perundangan (kelulusan rekabentuk, tentukuran dan tentusahan) dalam Program Latihan Projek AwAS yang melibatkan pelaksanaan sistem oleh pihak berkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) yang memerlukan ketepatan pengukuran, kebolehkesanan serta integriti data dalam pelaksanaan tugasan harian.

Automated Awareness Safety System (AwAS) ialah sistem penguatkuasaan automatik JPJ (dahulunya AES) yang memantau kesalahan laju dan lampu isyarat menggunakan radar di lokasi berisiko tinggi
Pegawai dari Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Putrajaya dihadiri oleh Tn. Norazlan bin Ibrahim - Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa, Pn. Norfizah binti Mat Nor – Pengarah Bahagian Teknologi Digital serta beberapa pegawai yang terlibat dalam projek AwAS.

Dalam sesi ini, En. Sahar Omar - Metrologis Kanan dari Makmal Masa & Frekuensi telah menyampaikan taklimat mengenai:
* Kepentingan ketepatan pengukuran dalam sistem penguatkuasaan
* Kebolehkesanan (traceability) kepada piawaian kebangsaan
* Peranan penentukuran dalam memastikan integriti data
* Sokongan teknikal dalam meningkatkan kebolehpercayaan sistem

Perkongsian ini bertujuan memastikan pelaksanaan sistem berkaitan penguatkuasaan adalah selaras dengan prinsip ketepatan, kebolehpercayaan dan pematuhan standard. Terima kasih atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan.

Sempena majlis Iftar bersama Pengurusan Tertinggi SIRIM, National Metrology Institute of Malaysia (NMIM) berbesar hati m...
04/03/2026

Sempena majlis Iftar bersama Pengurusan Tertinggi SIRIM, National Metrology Institute of Malaysia (NMIM) berbesar hati menerima kehadiran delegasi daripada SIRIM Berhad dalam suasana penuh ukhuwah dan keberkatan Ramadan.

Majlis ini bukan sekadar pertemuan untuk berbuka puasa, tetapi menjadi platform memperkukuh hubungan strategik, menyantuni silaturahim serta mempererat kerjasama antara kedua-dua organisasi. Dengan kehadiran barisan Pengurusan Tertinggi, sesi ucapan, tazkirah ringkas dan doa bersama memberi makna yang mendalam dalam menghayati nilai integriti, amanah dan kecemerlangan yang menjadi teras perkhidmatan kita.

Semoga semangat kebersamaan yang terjalin pada malam penuh barakah ini terus memperkukuh sinergi antara SIRIM dalam memacu agenda kualiti, standard dan pengukuran negara. Moga setiap usaha yang dilaksanakan diberkati dan memberi manfaat berpanjangan kepada industri serta Malaysia secara keseluruhannya.

Address

National Metrology Institute Of Malaysia (NMIM)
Bandar Baru Salak Tinggi
43900SEPANGSELANGORDARULEHSAN

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when National Metrology Institute of Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram