09/10/2024                                                                            
                                    
                                                                            
                                            *KONSEP RAWATAN*
*KONSEP PERTAMA*
Rawatan adalah berasaskan panduan yang disyariatkan di dalam Quran dan Sunnah.
Kita wajib menghayati bahawa penyakit diturunkan Allah sebagai peringatan, ujian dan balasan yang perlu kita insafi. Ia juga bertujuan untuk memperbaiki lagi hubungan kita dengan Allah dan juga dengan sesama makhluk.
*KONSEP KEDUA*
Rawatan memfokuskan kepada diri PESAKIT terlebih dahulu dan kemudiannya kepada PENYAKIT yang dihidapi.
Rawatan di sini memberi tumpuan kepada empunya badan. Kerelaan hati dan kesungguhan diri pesakit untuk sembuh adalah sangat penting. Sekiranya hati dan fikiran pesakit tidak bersedia untuk proses rawatan adalah dikhuatiri proses kesembuhan tidak dapat dilakukan dengan berkesan.
*KONSEP KETIGA*
Kaedah pilihan:
Contohnya,
Rawatan Perubatan Melayu menerusi kaedah Rawatan Alami Melayu yang dilakukan adalah tanpa menggunakan bahan terlarang, tanpa melibatkan pembedahan, ianya melalui pengunaan bahan semulajadi, herba berformulasi serta aplikasi pembetulan model aktiviti hidup sihat 
Sebelum membuat rawatan setiap pesakit akan dilihat secara khusus melalui gaya hidup, keadaan mental dan emosi dan juga sejarah peribadi. Ia membantu pesakit dalam usaha mereka untuk menjaga kesihatan yang lebih baik dari peringkat pencegahan sehingga kepada peringkat penyakit yang lebih serius.