Jenama ANA telah ditubuhkan bermula tahun 1983 bagi memenuhi pasaran produk HALAL, SELAMAT DAN BERMUTU. Ia juga memberi peluang kepada mereka yang ingin turut serta memartabatkan ekonomi Ummah. Ana Edar Sdn. Bhd (AESB) secara rasmi telah diperbadankan pada tahun 1992 bagi memperkukuhkan lagi pengedaran produk ANA dan melancarkan pembangunan usahawan MUSLIM yang bergerak di atas platform yang disediakan syarikat.
Serta memperkasakan pengedaran produk MUSLIM yang HALAL, BERMUTU dan SELAMAT di bawah jenama ANA.
Pelbagai usaha giat dijalankan sejak dari dahulu lagi bagi menjamin kualiti produk keluaran jenama ANA. Antara kejayaan yang telah berjaya dikecapi ialah pengiktirafan Halal daripada JAKIM dan juga pengiktirafan patuh syariah yang membuktikan proses penghasilan produk jenama ANA adalah Halalan Toyyiban.
AESB yakin hasrat untuk memartabatkan ekonomi Ummah melalui perniagaan yang telus dan berlandaskan pematuhan syariah di atas rangkaian produk yang HALAL, SELAMAT dan BERMUTU dapat direalisasikan dengan jayanya.
AESB juga berhasrat menembusi pasaran Halal antarabangsa dan memainkan peranan penting dalam memartabatkan piawaian Halal demi kepentingan ekonomi Ummah melalui kaedah platform syarikat yang diiktiraf.
KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA UNTUK BERSAMA MEREALISASIKAN VISI DAN MISI KAMI!!!!
HUBUNGI KAMI MELALUI TALIAN 03-6189 0484
Mafhum firman Allah Taala, โโฆDan tolong menolonglah kamu dalam(mengerjakan) kebajikan(kebaikan) dan taqwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan..โ Al-Maidah: ayat 2.