16/10/2025
FIMA International Lifesavers Day 2025 berjaya menghimpunkan seramai 867 orang peserta pada Sabtu, 27 September 2025 di sebanyak 7 buah masjid yang melibatkan seramai 265 orang sukarelawan! 🙌
Kursus Asas Pertolongan Cemas (Basic Life Support) percuma ini diadakan secara tahunan dan telah bermula dari tahun 2013. Penghargaan buat Prof. Dr. Abdul Rashid Abdul Rahman yang telah merasmikan program serta barisan penceramah untuk Forum: CPR dari segi Perubatan, Medikolegal & Perspektif Islam.
Peserta telah berpeluang mempelajari teknik CPR (dewasa & bayi), teknik penggunaan Automatic External Defibrillator (AED) dan teknik menyelamatkan mangsa tercekik dewasa dan bayi (Heimlich Maneuver untuk dewasa) di samping aktiviti saringan kesihatan, kempen derma darah, saringan risiko strok serta permainan kesihatan interaktif untuk kanak-kanak. 🩺🫀
Oleh itu, jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak penaja, semua rakan kolaborasi dan pihak masjid dalam menjayakan program ini dengan cemerlang. Moga hasil program ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta diwaktu memerlukan.
💡 Ilmu hari ini, penyelamat nyawa esok hari!