Klinik Kurnia Taman Ceria

  • Home
  • Klinik Kurnia Taman Ceria

Klinik Kurnia Taman Ceria Klinik Kurnia Taman Ceria, Jalan Kluang, Batu Pahat
08.00 AM - 11.00 PM
Dibuka Setiap Hari

29/06/2025

Ramai pesakit diabetes rasa kecewa bila bacaan gula masih tinggi… sedangkan mereka rasa mereka dah jaga makan.

Hakikatnya, ada beberapa kesilapan kecil tapi besar kesannya yang sering berlaku tanpa disedari:

Makan buah secara berlebihan
Buah memang sihat, tapi gula semula jadi (fruktosa) tetap boleh naikkan bacaan gula jika diambil terlalu banyak atau dalam bentuk jus.

Kuah dal, kari dan manis-manis banjir selalunya ditambah gula dan tepung. Bila makan bersama roti atau nasi, kesannya sangat besar.

Langkau waktu makan atau lewat makan
Ini boleh ganggu keseimbangan insulin, menyebabkan ‘rebound hyperglycemia’ (gula naik mendadak).

Tidak cukup tidur atau terlalu stres
Kedua-duanya meningkatkan hormon kortisol yang mengganggu kawalan gula.

Air teh ais, sirap, milo ais, walaupun dikurangkan manis, tetap mengandungi gula mencukupi untuk spike gula darah.

Gula darah bukan hanya tentang apa yang kita makan, tapi bagaimana kita makan, bila kita makan, dan bagaimana kita urus hidup.

Periksa semula rutin harian anda. Mungkin jawapan ada di situ.Kerana diabetes bukan tentang larangan, tapi tentang kebijaksanaan.

💐 Infaq Kasih Jumaat 💐— Alhamdulillah, selesai Infaq Jumaat daripada warga KKTC kepada Masjid Seri Beroleh.Di hari yang ...
27/06/2025

💐 Infaq Kasih Jumaat 💐

— Alhamdulillah, selesai Infaq Jumaat daripada warga KKTC kepada Masjid Seri Beroleh.

Di hari yang penuh barakah ini, tangan yang memberi lebih mulia daripada yang menerima. Kami percaya setiap rezeki yang dikongsi walau sebesar-besar zarah pasti diganjari oleh Allah swt dengan kebaikan yang jauh lebih besar.

🌙 Salam Maal Hijrah 1447H
Semoga tahun baru ini membuka lembaran yang lebih baik bukan hanya dalam catatan hidup, tapi juga dalam hubungan kita dengan Allah SWT.

Jazakumullahu khairan. Moga infaq ini menjadi bekalan yang kekal hingga ke akhirat.

Ikhlas,
Warga KKTC



Salam Maal Hijrah 1447H 🌙Semoga tahun baru ini membawa keberkatan, ketenangan, dan kekuatan iman dalam menjalani kehidup...
26/06/2025

Salam Maal Hijrah 1447H 🌙

Semoga tahun baru ini membawa keberkatan, ketenangan, dan kekuatan iman dalam menjalani kehidupan seharian.

Semoga setiap langkah kita di tahun baru Hijrah ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

JAWATAN KOSONG – CLINIC ASSISTANTKlinik Kurnia Taman Ceria, Batu PahatKami sedang mencari individu yang bersemangat dan ...
25/06/2025

JAWATAN KOSONG – CLINIC ASSISTANT
Klinik Kurnia Taman Ceria, Batu Pahat

Kami sedang mencari individu yang bersemangat dan berdedikasi untuk menyertai pas**an kami sebagai Clinic Assistant.

Kelayakan:
✅ Mempunyai minat dalam bidang kesihatan
✅ Mampu bekerja dalam pas**an
✅ Berdisiplin dan bertanggungjawab
✅ Pengalaman adalah satu kelebihan, tetapi latihan akan disediakan
✅ Pengalaman dalam bidang Admin juga adalah satu kelebihan

Kami menawarkan:
💰 Gaji: RM1,500 – RM2,000
🏥 Caruman KWSP & SOCSO
🎓 Latihan disediakan
👕 Uniform disediakan
📆 Cuti tahunan

Berminat?
Hantarkan resume anda ke:
📧 Email: klinikkurniatamanceriaamq@gmail.com
📱 WhatsApp: Klik di sini untuk WhatsApp : www.wasap.my/60189880591/clinicassistant

Jom sertai keluarga Klinik Kurnia Taman Ceria dan bina kerjaya anda bersama kami!

25/06/2025

Ramai yang mula rasa badan lain macam. Seram sejuk, kepala berat, sendi lenguh, dan ada yang sampai tak larat bangun.

Waktu macam ni, satu benda paling asas tapi sangat penting air kosong.

Ramai lupa, masa demam, badan kehilangan air dengan cepat. Bila tak cukup air, suhu badan makin s**ar turun, kepala makin berat, dan sistem imun jadi lemah.

Air bantu sejukkan badan secara semula jadi, lancarkan perjalanan darah, dan bantu sel-sel imun lawan jangkitan.

Tip:
• Minum air kosong, bukan air manis.
• Jika tak lalu minum banyak, cuba sup jernih, air kelapa, atau air isotonik tanpa gula tambahan.
• Minum sedikit tetapi kerap, jangan tunggu haus baru minum.

23/06/2025

Suatu hari, seorang lelaki datang ke klinik dengan jari kaki yang membengkak dan membengkok pelik.
“Dulu ingat ni cuma sakit biasa… mungkin sebab kasut ketat,” katanya perlahan.

Itu tanda sendi mula rosak akibat kristal asid urik yang terkumpul bertahun-tahun. Diam-diam, paras uric acid yang tak dikawal menyerang sendi, buah pinggang.

Semua ini… bermula daripada satu benda kecil yang kita sering abaikan, asid urik tinggi.

Kalau anda tak nak lalui perkara yang sama, ini tips mudah untuk kawal uric acid

✅ Kurangkan daging merah & makanan laut
✅ Elak minuman manis
✅ Banyakkan air kosong – 2 hingga 3 liter sehari
✅ Amalkan sayur hijau, buah ceri, lemon & saderi
✅ Turunkan berat badan jika berlebihan

Jika anda alami sakit sendi yang berulang, bengkak, atau susah tidur akibat kesakitan jangan tunggu. Dapatkan pemeriksaan dan rawatan awal di klinik kesihatan.

21/06/2025

Untuk “mencampakkan” anxiety, kita tak boleh sekadar nak buang. Tapi kita boleh belajar untuk melihatnya dengan cara baru, dan melatih diri agar ia tak lagi menguasai kita.

1. Kadang kita rasa sesak, tapi tak tahu punca. Tanya diri:

“Aku takut apa sebenarnya?”
Bila dah kenal, baru boleh urus.

2. Lawan dengan nafas, bukan dengan panik

Latih pernafasan perlahan 4 saat tarik, 4 saat tahan, 4 saat hembus.. Nafas tenang adalah isyarat bahawa “semua okay” kepada otak.

3. Alih fokus melalui tindakan kecil

Bangun. Regangkan badan. Ambil wuduk. Bersihkan meja. Buka tingkap.
Kadang, pergerakan kecil boleh patahkan gelombang fikiran yang tak henti.

4. Hadkan masa untuk bimbang

Letakkan ‘waktu bimbang’ contohnya jam 6–6:15 petang saja. Di luar waktu tu, bila fikiran datang, cakap:

“Nanti aku fikir, bukan sekarang.”

5. Tulis semua yang menghantui

Kadang fikiran tu jadi besar sebab dia berlegar dalam kepala. Tapi bila ditulis dia jadi kecil. Jadi jelas. Dan kadang-kadang, kita sedar dia tak seteruk yang kita rasa.

6. Jangan lawan keseorangan

Cerita pada orang. Kawan, pasangan, orang yang dipercayai.Tak perlu penawar pun, cukup ada orang yang duduk dan dengar kau akan rasa lebih ringan.

7. Anxiety s**a bawa kita ke masa depan yang belum berlaku. Tapi hidup hanya berlaku di sekarang.

8. Berbaik dengan diri sendiri

Kau bukan lemah. Kau cuma penat. Cuma manusia.Kalau kau boleh peluk orang lain yang cemas, peluklah diri sendiri juga.

Anxiety bukan untuk dibuang. Tapi untuk difahami, dilatih, dan dijinakkan.
Sedikit demi sedikit, sampai sembuh.

🤲 Alhamdulillah, Selesai Infaq MingguanDengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, kami ingin memaklumkan bahawa infaq...
20/06/2025

🤲 Alhamdulillah, Selesai Infaq Mingguan
Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, kami ingin memaklumkan bahawa infaq mingguan bagi minggu ini telah berjaya dikongsi.

Semoga segala bentuk sumbangan, sama ada kecil atau besar, diterima oleh Allah sebagai amalan soleh dan menjadi saham akhirat yang berpanjangan. Setiap sen yang diinfakkan, insyaAllah akan membawa keberkatan dalam hidup, menambah rezeki, dan membersihkan harta kita.

💚Moga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, dan ditetapkan hati dalam melakukan kebaikan.

🌸 Ikhlas daripada:
KLINIK KURNIA TAMAN CERIA
Selalu bersama komuniti, menyantuni dengan kasih sayang.

🌙 Salam Jumaat Penuh Barakah 🌙Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan penghulu segala hari.Semoga hari ini membawa ...
20/06/2025

🌙 Salam Jumaat Penuh Barakah 🌙
Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan penghulu segala hari.
Semoga hari ini membawa keberkatan, ketenangan, dan rahmat buat kita semua.

📿 Perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
📖 Jangan lupa membaca Surah Al-Kahfi
🕋 Mohon keampunan dan perbaiki diri

"Sesungguhnya hari Jumaat adalah hari yang paling mulia di sisi Allah."
(HR. Muslim)

🤲 Ya Allah, limpahkanlah rezeki, kesihatan, dan ketenangan kepada kami semua. Amin.

Vaksin influenza adalah vaksin yang digunakan untuk melindungi tubuh dari infeksi virus influenza (flu). Ia disarankan u...
19/06/2025

Vaksin influenza adalah vaksin yang digunakan untuk melindungi tubuh dari infeksi virus influenza (flu). Ia disarankan untuk diambil setiap tahun kerana strain virus berubah.

Siapakah yang perlu ambil Vaksin Influenza?

✅ Warga emas berumur 60 tahun ke atas.
✅ Mereka dengan sekurang-kurangnya satu penyakit kronik (diabetes, jantung, pernafasan, hipertensi, obesiti, dislipidemia, penyakit buah pinggang kronik)

18/06/2025

Ramai di antara kita mengalami sakit pinggang, terutamanya selepas duduk terlalu lama di pejabat atau memandu dalam tempoh yang panjang.

Salah satu cara yang terbukti berkesan untuk melegakan sakit pinggang ialah melalui senaman regangan ringan.

Senaman ini bukan sahaja membantu mengurangkan rasa sakit, malah dapat menguatkan otot-otot di bahagian belakang dan pinggul.
Lakukan setiap gerakan ini sebanyak 5 hingga 10 kali sehari dan tahan setiap posisi selama 10 hingga 15 saat.

Senaman ini mudah dilakukan di rumah atau di tempat kerja, tanpa perlu peralatan khas. Yang penting, ia dilakukan secara konsisten.

PEKA B40 ialah satu inisiatif kerajaan Malaysia yang menyediakan bantuan kesihatan secara percuma kepada golongan B40.Tu...
17/06/2025

PEKA B40 ialah satu inisiatif kerajaan Malaysia yang menyediakan bantuan kesihatan secara percuma kepada golongan B40.

Tujuan : Meningkatkan akses kepada pemeriksaan kesihatan dan rawatan awal penyakit tidak berjangkit (seperti diabetes, darah tinggi, kolesterol tinggi).

Siapa layak : Warganegara Malaysia dalam kumpulan B40, berumur 40 tahun ke atas, dan tersenarai dalam data Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Tunai Rakyat (BTR).

Kemudahan termasuk:

✅Pemeriksaan kesihatan percuma

✅Bantuan alat perubatan tertentu

✅Insentif penjagaan selepas rawatan

✅Tambang pengangkutan ke hospital (jika perlu)

✅ Tiada pendaftaran diperlukan – kelayakan disemak secara automatik.

Jika anda memenuhi syarat di atas, anda boleh terus ke klinik panel Peka B40 untuk pemeriksaan.

Address


83000

Opening Hours

Monday 08:00 - 23:00
Tuesday 08:00 - 23:00
Wednesday 08:00 - 23:00
Thursday 08:00 - 23:00
Friday 08:00 - 23:00
Saturday 08:00 - 23:00
Sunday 08:00 - 23:00

Telephone

+60189880591

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kurnia Taman Ceria posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Kurnia Taman Ceria:

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Opening Hours
  • Alerts
  • Contact The Practice
  • Claim ownership or report listing
  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share