Hospital Beaufort - Laman Rasmi

Hospital Beaufort - Laman Rasmi Official FB Page Hospital Beaufort, Sabah. Laman Rasmi FB Page Hospital Beaufort, Sabah.

Selamat bersara dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Matron Zarinah binti Mahmud, Jururawat Gred U9 sebagai ...
30/04/2026

Selamat bersara dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Matron Zarinah binti Mahmud, Jururawat Gred U9 sebagai Ketua Penyelia Jururawat Hospital Beaufort atas segala jasa, komitmen dan kepimpinan yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan.

Segala pengorbanan dan dedikasi puan akan sentiasa dikenang dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja hospital.

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta keberkatan dalam fasa baharu kehidupan.

Terima kasih, Matron. Jasa dikenang, budi disanjung. ๐Ÿ’

๐Ÿ“ข ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œDimaklumkan bahawa terdapat ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐˜ ๐—Ÿ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ Hospital Beaufort pada ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜...
30/04/2026

๐Ÿ“ข ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ

Dimaklumkan bahawa terdapat ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐˜ ๐—Ÿ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ Hospital Beaufort pada ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚, ๐—”๐—ต๐—ฎ๐—ฑ & ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—บ yang akan ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿญ ๐— ๐—ฒ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ.

๐Ÿ•— ๐—ช๐—ฎ๐—ธ๐˜๐˜‚ ๐—ข๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐˜ ๐—Ÿ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ ๐—›๐—ผ๐˜€๐—ฝ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—น ๐—•๐—ฒ๐—ฎ๐˜‚๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐˜
Isnin โ€“ Jumaat: 7.30 pagi โ€“ 5.00 petang
๐™Ž๐™–๐™—๐™ฉ๐™ช, ๐˜ผ๐™๐™–๐™™ & ๐™ƒ๐™–๐™ง๐™ž ๐™†๐™š๐™ก๐™š๐™ฅ๐™–๐™จ๐™–๐™ฃ ๐˜ผ๐™ข: ๐˜ฟ๐™„๐™๐™๐™๐™๐™‹

๐Ÿ—“๏ธ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚, ๐—”๐—ต๐—ฎ๐—ฑ & ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—บ
Beberapa perkhidmatan akan ๐—ฑ๐—ถ๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ต๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ ๐—ณ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฏ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป (๐—ฃ๐—ž๐—ž) ๐—•๐—ฒ๐—ฎ๐˜‚๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐˜ bagi memastikan kesinambungan rawatan kepada pesakit.

๐Ÿš‘ ๐—ฃ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐˜ ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฐ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป (๐˜„๐—ฎ๐—น๐—ธ-๐—ถ๐—ป) ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚, ๐—”๐—ต๐—ฎ๐—ฑ & ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—บ boleh mendapatkan rawatan di:
โ€ข Zon Hijau (Green Zone), Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Beaufort
โ€ข Fasiliti kesihatan di bawah PKK Beaufort

๐Ÿ“Œ ๐™ˆ๐™ค๐™๐™ค๐™ฃ ๐™ง๐™ช๐™Ÿ๐™ช๐™  ๐™ฃ๐™ค๐™ฉ๐™ž๐™จ ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™ž๐™ฃ๐™›๐™ค๐™œ๐™ง๐™–๐™›๐™ž๐™  ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™™๐™ž๐™ก๐™–๐™ข๐™ฅ๐™ž๐™ง๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ช๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™  ๐™ข๐™–๐™ ๐™ก๐™ช๐™ข๐™–๐™ฉ ๐™ก๐™–๐™ฃ๐™Ÿ๐™ช๐™ฉ.

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan: 087-212333 samb. 236 atau 087-218211

Kerjasama dan pemahaman semua pihak amat dihargai bagi memastikan perkhidmatan kesihatan terus berjalan lancar.

Terima kasih.

๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ช๐—”Pihak Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga kerja Hospital Beaufort merakamkan ucapan takziah kepada kelu...
29/04/2026

๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ช๐—”

Pihak Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga kerja Hospital Beaufort merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Aminah Binti Masni, Pembantu Perawatan Kesihatan U1 yang telah kembali ke rahmatullah pada 29 April 2026 (Rabu).

Sesungguhnya, pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar kepada warga hospital. Allahyarhamah dikenang sebagai seorang yang komited dalam menjalankan tugas.

Semoga Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Ikhlas daripada
Pengarah Hospital Beaufort
dan Seluruh Warga Hospital Beaufort

27/04/2026
โš ๏ธ ๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—น๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด Poster yang sedang tular ini bukan hebahan rasmi daripada pihak Hospital Beaufort.Orang ramai dinasi...
25/04/2026

โš ๏ธ ๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—น๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด

Poster yang sedang tular ini bukan hebahan rasmi daripada pihak Hospital Beaufort.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan kepada masyarakat serta memastikan keseragaman dan ketepatan maklumat yang disampaikan.

Pihak hospital akan mengeluarkan maklumat rasmi pada masa terdekat.

Segala maklumat sah hanya akan disalurkan melalui saluran rasmi hospital.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

Laman Rasmi Hospital: https://jknsabah.moh.gov.my/hbeaufort/
Facebook Rasmi Hospital: https://www.facebook.com/hospitalbeaufortsabah

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan atas Kunjungan Hormat YDH ACP Wong Leong Meng, Ketua Polis Daerah Beaufort kepada ...
14/04/2026

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan atas Kunjungan Hormat YDH ACP Wong Leong Meng, Ketua Polis Daerah Beaufort kepada Dr. Sutharsan a/l Kannan, Pengarah Hospital Beaufort pada 13 April 2026.

Sekalung tahniah diucapkan kepada YDH ACP Wong Leong Meng atas pelantikan beliau sebagai Ketua Jabatan Logistik & Teknologi, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah yang akan berkuat kuasa pada 18 April 2026, serta atas kenaikan pangkat beliau ke Asisten Komisioner Polis (ACP).

Pihak Hospital Beaufort turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan oleh beliau sepanjang berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Beaufort.

Semoga beliau terus cemerlang dalam memikul amanah dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti, dedikasi serta komitmen demi keselamatan, ketenteraman awam dan kesejahteraan masyarakat di Negeri Sabah.

๐Ÿค Alhamdulillah ๐ŸคDapur Sajian Hospital Beaufort kini bukan sahaja telah menerima pengiktirafan Sijil Halal tetapi turut ...
10/04/2026

๐Ÿค Alhamdulillah ๐Ÿค

Dapur Sajian Hospital Beaufort kini bukan sahaja telah menerima pengiktirafan Sijil Halal tetapi turut ada HACCP, GMP, MeSTI & Trust My Catering. Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan buat seluruh warga hospital.

Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen Hospital Beaufort dalam memastikan penyediaan perkhidmatan dan penyediaan makanan yang bersih, selamat serta mematuhi piawaian halal yang ditetapkan. Ia juga menjadi bukti usaha berterusan dalam memberikan yang terbaik kepada pesakit, pelawat dan warga kerja.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan usaha ini.

Semoga dengan pencapaian ini, Hospital Beaufort terus menjadi pilihan masyarakat dengan perkhidmatan yang berkualiti, selamat dan diyakini.

09/04/2026

Darah ๐Ÿฉธ merupakan satu komponen penting dalam perawatan kesihatan. Keperluan dan permintaan terhadap darah semakin meningkat hasil kemajuan teknologi perubatan dan peningkatan bilangan hospital kerajaan dan swasta.

๐Ÿฉบ Rawatan kes-kes seperti pembedahan jantung, pemindahan organ, rawatan pesakit-pesakit talasemia, haemofilia dan anemia memerlukan pemindahan darah. Sehubungan itu, bekalan darah diperlukan secara berterusan.

Jalankan tanggungjawab sosial anda.

Jom derma darah, selamatkan nyawaโ€ผ๏ธ

TAHNIAH YBhg. Datuk Dr. William Gotulis, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah atas penganugerahan P.G.D.K yang membawa gelara...
31/03/2026

TAHNIAH YBhg. Datuk Dr. William Gotulis, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah atas penganugerahan P.G.D.K yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu.

JANGAN LUPA KEMPEN DERMA DARAH KITA SABTU INI DI HOSPITAL BEAUFORT!๐Ÿฉธ๐Ÿฉธ๐Ÿฉธ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜TARIKH: 14 MAC 2026 (SABTU)LOKASI: JPL HOSPITAL...
12/03/2026

JANGAN LUPA KEMPEN DERMA DARAH KITA SABTU INI DI HOSPITAL BEAUFORT!๐Ÿฉธ๐Ÿฉธ๐Ÿฉธ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

TARIKH: 14 MAC 2026 (SABTU)
LOKASI: JPL HOSPITAL BEAUFORT
MASA: 6 PETANG - 11.00 MALAM

JUMPA ANDA DI SANA!๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž


MAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH JANJI TEMUMohon sebarluaskan. Terima kasih. ๐Ÿ˜‰
10/03/2026

MAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH JANJI TEMU

Mohon sebarluaskan. Terima kasih. ๐Ÿ˜‰

03/03/2026

Penggunaan Inhaler semasa Berpuasa

Tonton video ini untuk ketahui dua pendapat ulama berkaitan hukum penggunaan inhaler.

Video ini disediakan oleh Puan Bazlin Sorfina binti Sulaiman, pegawai farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Address

Peti Surat 40
Beaufort
89807

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Beaufort - Laman Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category