18/12/2022
SEAFOOD BUKAN PUNCA GOUT
GOUT berpunca daripada sistem metabolisme PURINE yang terganggu akibat enzim 'Xanthine oxidase' yang tidak berfungsi dengan baik akibat pengambilan FRUKTOSA dan GULA secara berlebihan..
akibatnya apabila kita makan makanan yang tinggi PURINE
(daging, udang, sotong dsbgnya ) maka paras asid urik kita akan meningkat yang menyebabkan keradangan sendi GOUT
Yang kita buat cuma berpantang makanan laut dan daging...tanpa kita mengurangkan pengambilan FRUKTOSA dan GULA tadi...
Lepas tu menyalah makanan laut sebagai 'punca' GOUT.
Sedangkan cara yang betul ialah membetulkan semula sistem metabolisme PURINE dalam tubuh kita dengan berhenti mengambil GULA & Fruktosa. ..
Maka selepas itu jika kita makan makanan laut & daging. ..tubuh kita dapat proses PURINE dengan baik dan tidak berlaku lagi pengumpulan asid urik dan masalah GOUT akan selesai.
Tanda-tanda seseorang ada masalah metabolisme PURINE yang terganggu adalah masalah Hati Berlemak (Fatty Liver ) dan Metabolik Sindrom.
Betulkan dulu pengambilan makanan yang memudaratkan sistem metabolisme tubuh kita iaitu *makanan proses, tinggi GULA, tinggi asid lemak trans dan tinggi karbohidrat halus
Maka barulah selesai masalah GOUT secara keseluruhan nya.
Tetapi semasa tubuh kira masih lg bermasalah. ..mmg kena pantang makanan laut tadi.
Yang saya nak tekankan...jangan salahkan makanan laut sebagai "PUNCA" GOUT ...sebab punca yang sebenarnya adalah berlebihan pengambilan FRUKTOSA dan GULA !