Hospital Bera

Hospital Bera Hospital Bera,
(Hospital Kluster Pahang Tengah),
Jalan Masjid,
28200 Bandar Bera, Pahang.

Waktu Melawat:
Isnin hingga Jumaat - 12.30 PM-2.00 PM dan 5.00 PM-7.00 PM
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum - 12.30 PM-7.00 PM

🌹 Selamat Hari Guru 2026 🌹“Guru bukan sekadar mengajar, tetapi menyemai ilmu, membentuk akhlak dan menerangi masa depan....
16/05/2026

🌹 Selamat Hari Guru 2026 🌹

“Guru bukan sekadar mengajar, tetapi menyemai ilmu, membentuk akhlak dan menerangi masa depan.”

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu, mendidik dengan penuh kasih sayang serta membimbing anak bangsa menuju kejayaan.

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan guru amat besar nilainya dalam membentuk generasi berilmu, berakhlak dan berbakti kepada negara.

✨ Ilmu diberi, bakti dihargai, generasi terbina, negara sejahtera.

Ikhlas daripada�Dr Hj Abdul Aziz Harith�Pengarah�& WargaKerja Hospital Bera

Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia 2026.Bersempena Sambutan Hari Jururawat Sedunia 2026, saya selaku Pengarah Hosp...
12/05/2026

Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia 2026.

Bersempena Sambutan Hari Jururawat Sedunia 2026, saya selaku Pengarah Hospital Bera ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga jururawat atas segala pengorbanan, keikhlasan dan jasa yang dicurahkan dalam merawat serta menjaga pesakit tanpa mengenal erti penat dan lelah.

Sesungguhnya profesion jururawat bukanlah satu tugas yang mudah. Di sebalik senyuman yang diberikan kepada pesakit, tersimpan seribu pengorbanan yang tidak terlihat. Ada kalanya terpaksa berjauhan daripada keluarga, bertugas siang dan malam, menahan rasa letih dan emosi demi memastikan setiap pesakit mendapat rawatan dan perhatian yang terbaik.

Terima kasih kerana menjadi insan yang sentiasa hadir ketika pesakit berada dalam kesakitan, ketakutan dan harapan. Kalian bukan sahaja merawat dengan ilmu dan kemahiran, tetapi juga dengan kasih sayang, kelembutan dan rasa kemanusiaan yang tinggi. Pengorbanan kalian amat besar nilainya dan tidak mampu dibalas dengan kata-kata.

Penghargaan yang tidak terhingga juga saya tujukan kepada pasangan serta ahli keluarga para jururawat yang sentiasa memahami dan merelakan masa serta perhatian dikorbankan demi tugas. Sesungguhnya sokongan keluarga menjadi kekuatan yang amat bermakna buat mereka untuk terus tabah dan istiqamah dalam memberi khidmat kepada masyarakat.

Percayalah, tugas seorang jururawat bukan sekadar tanggungjawab mencari rezeki, tetapi merupakan satu amanah yang mulia kepada agama, bangsa dan negara. Setiap titisan keringat, setiap langkah yang diatur menuju wad, dan setiap doa yang dipanjatkan untuk pesakit adalah satu ibadah yang sangat bernilai di sisi Allah SWT.

Semoga seluruh warga jururawat terus diberikan kekuatan, kesihatan, ketabahan dan keberkatan dalam meneruskan perjuangan yang penuh mulia ini. Kalian adalah insan hebat yang menjadi denyut nadi kepada sistem kesihatan negara.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan kalian.

Sesungguhnya, dunia ini lebih indah dan bermakna kerana adanya insan bernama jururawat.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi  SELAMAT HARI IBU 2026 🌸Selamat Hari Ibu diucapkan kepada seluruh insan be...
10/05/2026

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi
SELAMAT HARI IBU 2026 🌸

Selamat Hari Ibu diucapkan kepada seluruh insan bergelar ibu di Malaysia, khususnya ibu-ibu hebat di Daerah Bera, Pahang. ❤️

Kasih ibu tiada galang gantinya — menjadi sumber kekuatan, doa dan pengorbanan yang tidak pernah putus demi keluarga tercinta. Dalam setiap langkah kejayaan anak-anak, ada doa seorang ibu yang sentiasa mengiringi.

✨ “Ingatlah setinggi mana kita terbang,
Ingatlah ibu yang melahirkan dan mendoakan.” ✨

Terima kasih ibu…
atas kasih sayang, pengorbanan dan doa yang tidak pernah berhenti. Semoga semua ibu sentiasa diberikan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan keberkatan hidup. 💐

❤️ Tag dan ucapkan penghargaan kepada ibu tersayang anda di ruangan komen.

Ikhlas daripada,
Pengarah Hospital & Pengurusan Tertinggi
Hospital Bera


Cuaca panas menyebabkan badan kita cepat hilang air. Jom amalkan langkah kawalan kesihatan kendiri ketika cuaca panas Mi...
06/05/2026

Cuaca panas menyebabkan badan kita cepat hilang air. Jom amalkan langkah kawalan kesihatan kendiri ketika cuaca panas

Minum air secukupnya. Pastikan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Minum sebelum haus. Haus adalah tanda amaran awal sudah mula dehidrasi.
Hadkan aktiviti fizikal di luar bangunan.

Kesihatan kita, tanggungjawab kita.



Selamat Hari Pekerja 2026Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja yang telah be...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi, komitmen dan keikhlasan.

Semoga segala usaha dan pengorbanan anda terus diberkati serta menjadi inspirasi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Ikhlas daripada,
Pengarah Hospital Bera
Dr. Hj. Abdul Aziz Harith

“KamiSediaMembantu”


Ramai pernah rasa kecil hati bila datang awal, ambil nombor, tunggu lama, tapi tiba-tiba ada orang lain yang nampak data...
29/04/2026

Ramai pernah rasa kecil hati bila datang awal, ambil nombor, tunggu lama, tapi tiba-tiba ada orang lain yang nampak datang kemudian dipanggil dulu.

Terus rasa, “Mana adil ni?”

Sebenarnya di klinik kerajaan, nombor giliran memang penting. Tapi dalam banyak keadaan, rawatan tidak semata-mata ikut siapa datang dulu. Ada pesakit yang nampak tenang, tapi sebenarnya perlukan perhatian lebih awal. Contohnya bayi yang lemah, warga emas yang tak stabil, ibu mengandung dengan masalah tertentu, pesakit sesak nafas, sakit dada, pendarahan, demam sawan, atau keadaan yang dinilai lebih mendesak semasa saringan.

Sebab itu wujud sistem triage. Tujuannya bukan untuk “potong line”, tetapi untuk memastikan yang lebih berisiko dibantu dulu. Dalam klinik juga ada lawatan mengikut kategori berbeza seperti temu janji khas, rawatan susulan, imunisasi, dressing, atau prosedur tertentu. Kadang-kadang nampak macam orang datang lambat terus masuk, padahal laluannya memang berbeza.

Kalau anda sedang menunggu, percayalah, kami faham rasa penat dan kecewa itu. Tetapi bila klinik mendahulukan kes yang lebih serius, itu bukan pilih kasih. Itu cara sistem menjaga nyawa. Nombor giliran jaga aturan. Triage p**a jaga keselamatan.

Bila nampak orang dipanggil dulu, mungkin dia bukan lebih “berhak”. Mungkin dia cuma lebih memerlukan pada saat itu.
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

27/04/2026

Lawatan Penanda Aras ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) ✅

Pada 22 April 2026, delegasi Hospital Bera diketuai Pengarah Hospital, YBrs. Dr. Abdul Aziz bin Harith telah mengadakan lawatan penanda aras ke HRC.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah Ketua Kepakaran Negeri Pahang (Rehabilitasi), YBrs. Dr. Yusma Asni binti Yusmido, Ketua Penolong Pengarah Sumber Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, YBrs. Dr. Mohd Rahimi Sabri bin Riyadzi, Ketua Perkhidmatan
(Rehabilitasi) Kementerian Kesihatan Malaysia, YBrs. Dr. Saari bin Mohamad Yatim, serta barisan pengurusan tertinggi Hospital Rehabilitasi Cheras termasuk Dr. Tony Henderson Jeyarajah, Timbalan Pengarah Perubatan, Puan Nor Erzny Ashura binti Ahmad, Timbalan Pengarah Pengurusan, dan Dr. Norhayati Hussein, Ketua Jabatan Perubatan Rehabilitasi, bersama pakar-pakar serta ketua-ketua jabatan Dan Ketua Bidang Unit Fisioterapi dan Pemulihan Carakerja Negeri Pahang serta ketua2 Unit berkaitan.

Diharapkan inisiatif ini menjadi pemangkin kepada pembangunan perkhidmatan rehabilitasi yang lebih menyeluruh, sekali gus meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan perubatan rehabilitasi. Usaha ini juga selari dengan aspirasi negara dalam menghadapi Malaysia sebagai negara menua menjelang tahun 2030.

Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi kesejahteraan pesakit dan masa depan perkhidmatan kesihatan negara.
Lawatan ini bertujuan berkongsi idea bagi mengembangkan perkhidmatan rehabilitasi sebagai Pusat Kecemerlangan di Hospital Bera, selari dengan peranan kami dalam Program Kontinum Rehabilitasi Strok Negeri Pahang.

Terima kasih kepada Pengarah HRC, YBrs. Dr. Faizul Nizam Abu Salim dan seluruh warga HRC atas sambutan dan perkongsian ilmu.

Semoga kerjasama ini menjadi pemangkin perkhidmatan rehabilitasi terbaik untuk rakyat Pahang.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

MARA LASAK 2.0 CHINI 2026Tahniah dan syabas diucapkan kepada kontinjen Hospital Bera atas penyertaan dalam program MARA ...
07/04/2026

MARA LASAK 2.0 CHINI 2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kontinjen Hospital Bera atas penyertaan dalam program MARA Lasak 2026 yang telah berlangsung dengan jayanya pada 5 April 2026.

Pasukan Hospital Bera telah berjaya mencatat pencapaian yang membanggakan dengan memperoleh tempat ke-10 daripada 49 pasukan bagi kategori agensi, serta tempat ke-4 daripada 17 pasukan kesihatan Negeri Pahang. Pencapaian ini merupakan satu kejayaan yang amat bermakna dan membuktikan keupayaan warga hospital untuk bersaing secara sihat di peringkat yang lebih luas.

Kejayaan ini juga mencerminkan komitmen yang tinggi, semangat kerja berpasukan yang utuh serta tahap ketahanan fizikal dan mental yang cemerlang dalam kalangan peserta. Ianya selari dengan usaha berterusan Hospital Bera dalam membudayakan gaya hidup sihat di samping mengukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penyertaan ini. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa akan datang.




Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman RasmiBahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga , Program Kesihatan Awam , Kementer...
03/04/2026

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga , Program Kesihatan Awam , Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan Selamat Hari Autisme Sedunia kepada seluruh warga autistik, ibu bapa, penjaga, dan masyarakat yang bersama-sama menyokong komuniti ini. Moga semangat Hari Autisme membawa pemahaman yang lebih mendalam, sokongan yang berterusan, dan kasih sayang yang tulus dalam usaha kita membina Malaysia Madani yang inklusif, prihatin, dan sejahtera.

Ikhlas daripada:
Sektor Kesihatan Orang Kurang Upaya
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga
Program Kesihatan Awam
Kementerian Kesihatan Malaysia

19/03/2026

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

🌙✨ **Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M** ✨🌙

Dengan penuh rasa kesyukuran, saya mewakili warga kerja Hospital Bera ingin mengucapkan *Selamat Hari Raya Aidilfitri* kepada seluruh warga masyarakat, khususnya komuniti Hospital Bera dan seluruh rakyat Malaysia.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa sinar kegembiraan, mempereratkan silaturrahim, serta dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan keberkatan yang berpanjangan.

Dalam kegembiraan menyambut lebaran, marilah kita terus mengamalkan nilai kasih sayang, keprihatinan dan saling menghormati sesama insan.

⚠️ **Pesanan Keselamatan:**
• Pastikan keselamatan rumah sentiasa terjamin sebelum p**ang ke kampung
• Utamakan keselamatan kenderaan dan lakukan pemeriksaan sebelum perjalanan
• Elakkan memandu ketika mengantuk – rehat secukupnya demi keselamatan bersama

**Maaf Zahir dan Batin daripada Kami.**

Ikhlas daripada,
**Pengarah Hospital Bera &
Seluruh Warga Kerja Hospital Bera**

📍 HOSPITAL BERA📅 17 Disember 2025Hospital Bera berbesar hati menerima kunjungan YB Dato’ Hajah Sabariah binti Saidan, Pe...
18/12/2025

📍 HOSPITAL BERA
📅 17 Disember 2025

Hospital Bera berbesar hati menerima kunjungan YB Dato’ Hajah Sabariah binti Saidan, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang sempena penyempurnaan Program Permata Makmur di Hospital Bera pada 17 Disember 2025.

Turut mengiringi YB Exco ialah Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Pahang, Puan Zareena binti Ahmad. Ketibaan YB Exco telah disambut oleh Pengarah Hospital Bera, Dr. Hj. Abdul Aziz Harith, bersama barisan pengurusan serta warga kerja Hospital Bera.

Program Permata Makmur merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Pahang yang menyediakan sumbangan kit kelahiran bayi kepada ibu yang melahirkan anak di hospital kerajaan terpilih di Negeri Pahang, termasuk Hospital Bera, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Maklumat lanjut boleh didapati melalui https://permatamakmur.pahang.gov.my/

Pelaksanaan program ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang dalam menyokong kebajikan ibu dan bayi, di samping memperkukuh kesejahteraan institusi keluarga sejak peringkat awal kelahiran.

Pihak Hospital Bera merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato’ Hajah Sabariah binti Saidan serta Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Pahang atas kesudian hadir dan menyempurnakan pelaksanaan Program Permata Makmur di Hospital Bera.

Semoga inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada para ibu dan keluarga, serta diteruskan demi kesejahteraan rakyat Negeri Pahang.

Azhar Bin Ahmad
Unit Kerja Sosial Perubatan
Hospital Bera






Address

HOSPITAL BERA
Bera
28200

Telephone

+6092509323

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Bera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category