Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Bera

Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Bera AADK) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri yang menjadi agensi peneraju membant

CERAMAH ANTIDADAH SEKOLAH KEBANGSAAN  (F) BUKIT MENDITARIKH : 12 DISEMBER 2024 ( KHAMIS )MASA    : 08.30 PAGI TEMPAT: DE...
12/12/2024

CERAMAH ANTIDADAH SEKOLAH KEBANGSAAN (F) BUKIT MENDI

TARIKH : 12 DISEMBER 2024 ( KHAMIS )
MASA : 08.30 PAGI
TEMPAT: DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MENDI

Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Bera telah dijemput untuk mengadakan Ceramah Antidadah di Sekolah Kebangsaan Bukit Mendi.

Pegawai yang bertugas ialah, Encik Izwan dan Encik Danish Pegawai dari Unit Pencegahan dan Kesedaran Awam AADK Daerah Bera.

Objektif perlaksanaan program tersebut diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang penyalahgunaan bahan terlarang di kalangan pelajar sekolah dan bahaya rokok elektronik (V**E). Semoga apa yang disampaikan dapat dimanfaatkan dengan baik.





PROGRAM PSIKOPENDIDIKAN & PSIKOSPIRITUAL KLIEN RPDK AADK DAERAH BERATarikh    : 12 Disember 2024 ( Khamis ) Masa     : 0...
12/12/2024

PROGRAM PSIKOPENDIDIKAN & PSIKOSPIRITUAL KLIEN RPDK AADK DAERAH BERA

Tarikh : 12 Disember 2024 ( Khamis )
Masa : 09.00 Pagi
Tempat : Rumah Komuniti Felda Tementi

Unit Rawatan Perubatan dan Pemulihan AADK Daerah Bera telah melaksanakan Program Psikopendidikan bagi sesi Kelompok Sokongan Sosial bertajuk kerohanian dan kepercayaan kepada 21 orang klien RPDK AADK Fasa 1 telah hadir bagi program ini.

Objektif pelaksanaan Modul ini agar klien RPDK AADK Bera dapat mempertingkatkan pengetahuan berkaitan definisi kerohanian, kepentingan kerohanian, strategi dan teknik untuk mengekalkan kepulihan serta kepentingan kepercayaan, strategi dan teknik untuk
mengekalkan kepulihan.

Melalui program ini pihak AADK berharap klien dapat meningkatkan semangat dan motivasi klien untuk kuat dalam mengharungi cabaran di alam fasa kepulihan dengan sokongan yang diberikan oleh pihak AADK.




PENIAGA SMALL AND MEDIUM INDUSTRY (SME) DISEKITAR BANDAR TRIANG DI SANTUNI MELALUI PROGRAM WALKING MESSAGE AADK BERA 11 ...
11/12/2024

PENIAGA SMALL AND MEDIUM INDUSTRY (SME) DISEKITAR BANDAR TRIANG DI SANTUNI MELALUI PROGRAM WALKING MESSAGE AADK BERA

11 DISEMBER 2024 (RABU)
2.00 PETANG
SEKITAR BANDAR TRIANG

Seksyen 6(h) Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004 iaitu mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi penyalahgunaan dadah berbahaya.

Unit Pencegahan dan Kesedaran Awam AADK Bera menyantuni peniaga (SME) disekitar bandar Triang didalam usaha menyeru masyarakat menjadi agen menyalurkan maklumat dan aduan kepada pihak berkuasa terutama AADK. AADK mengingatkan jika ada masyarakat dan ahli keluarga yang menunjukkan tanda mencurigakan boleh mendapatkan advokasi dan khidmat nasihat daripada AADK Bera.

Masyarakat setempat, ibu bapa juga disarankan untuk memberikan kerjasama kepada AADK supaya ahli keluarga yang terbabit dengan dadah dapat diberikan rawatan pemulihan.

HOME VISIT AADK BERA MENUNTUT KOMITMEN KELUARGA DALAM PENGEKALAN KEPULIHAN KLIEN Tarikh    : 11 Disember 2024 (Rabu) Mas...
11/12/2024

HOME VISIT AADK BERA MENUNTUT KOMITMEN KELUARGA DALAM PENGEKALAN KEPULIHAN KLIEN

Tarikh : 11 Disember 2024 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi.
Tempat : Kg. Mengakarak , Kg. Jeram Luar dan Kg. Paya Pagar

Unit Rawatan, Perubatan Dan Pemulihan AADK Bera telah mengadakan Program Home Visit ke rumah klien RPDK bagi menyantuni klien dan keluarga di sekitar Kg. Mengakarak , Kg. Jeram Luar dan Kg. Paya Pagar.

Model i-Pulih AADK menyediakan program rawatan dan pemulihan merangkumi aspek biologi, psikologi, spiritual serta sosial sesuai keperluan kepulihan seseorang.

Penekanan diberikan untuk membimbing individu dan keluarga berkenaan keluar daripada masalah ketagihan dan menjadi insan berfungsi serta produktif kepada keluarga, masyarakat dan negara.

AADK juga memantau individu tamat menjalani program rawatan dan pemulihan melalui Program After Care Services AADK bagi memastikan mereka terus mendapat bimbingan serta panduan.

Menyantuni Jiran: Kunci Keharmonian dan Pencegahan Masalah Sosial! Pernah tak kita fikir, sejauh mana kita kenal jiran k...
10/12/2024

Menyantuni Jiran: Kunci Keharmonian dan Pencegahan Masalah Sosial!

Pernah tak kita fikir, sejauh mana kita kenal jiran kita? Atau adakah kita sekadar tahu nama dan wajah tanpa benar-benar mengenali mereka? Hidup berjiran sebenarnya memainkan peranan besar dalam pencegahan masalah sosial, termasuklah isu dadah di komuniti kita. Bayangkan, jika kita tak kenal jiran sendiri, bagaimana kita nak bantu jika ada ahli keluarga mereka yang terjebak dengan pengaruh negatif? Atau lebih penting, bagaimana kita nak wujudkan persekitaran kejiranan yang selamat dan harmoni?

Hidup berjiran yang erat menjadikan kita lebih peka dengan keadaan sekeliling. Bila hubungan rapat, kita dapat bekerjasama mencegah sebarang ancaman sosial, termasuk masalah dadah yang boleh merosakkan anak-anak kita. Mari amalkan tips yang min kongsikan harini agar hubungan kita dan jiran semakin akrab.

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari adk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.

AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) (PINDAAN) 2024 Lima perkara utama yang digariskan dalam pindaan akta ini iala...
10/12/2024

AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) (PINDAAN) 2024

Lima perkara utama yang digariskan dalam pindaan akta ini ialah;

i. meluaskan akses kepada rawatan dan pemulihan dadah dan bahan kepada penagih dan penyalahguna,

ii. menggalakkan rawatan dan pemulihan secara sukarela,

iii. meningkatkan profesionalisme Pegawai Pemulihan,

iv. mewujudkan Jadual Bahan bagi tujuan rawatan dan pemulihan, dan

v. kawal selia lebih komprehensif kepada Pusat Pemulihan Persendirian (PPP).

“Keselamatan Tanggungjawab Bersama” - Ini adalah moto yang dipegang serius oleh KDN & agensi di dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

Sepanjang 2 tahun saya memegang jawatan Menteri Dalam Negeri ini, pelbagai inisiatif telah dijalankan bagi memastikan keselamatan dalam negara terjamin, termasuklah inisiatif yang memanfaatkan pelbagai teknologi dan kerjasama dengan pelbagai pihak.

Seperti yang sering saya sebut di dalam ucapan saya, teknologi terkini dan AI adalah antara instrumen dan platform yang akan digunakan di dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan agensi KDN.

InsyaAllah segala pelaksanaan ini akan dijalankan pada masa yang akan datang.



PROGRAM PSIKOPENDIDIKAN KLIEN RPDK AADK DAERAH BERATarikh    : 10 Disember 2024 ( Selasa ) Masa     : 09.00 PagiTempat  ...
10/12/2024

PROGRAM PSIKOPENDIDIKAN KLIEN RPDK AADK DAERAH BERA

Tarikh : 10 Disember 2024 ( Selasa )
Masa : 09.00 Pagi
Tempat : Rumah Komuniti Felda Tementi

Unit Rawatan Perubatan dan Pemulihan AADK Daerah Bera telah melaksanakan Program Psikopendidikan bagi sesi Kelompok Sokongan Sosial bertajuk kawalan dan gian kepada 65 orang klien RPDK AADK Fasa 1 telah hadir bagi program ini.

Objektif pelaksanaan Modul ini agar klien RPDK AADK Bera dapat mempertingkatkan pengetahuan berkaitan tindakan yang boleh dikawal atau tidak boleh dikawal serta mengenal pasti gian,tendakan dan teknik serta strategi untuk menangani gian

Melalui program ini pihak AADK berharap klien dapat meningkatkan semangat dan motivasi klien untuk kuat dalam mengharungi cabaran di alam fasa kepulihan dengan sokongan yang diberikan oleh pihak AADK.




Tak Salah Minta Tolong!Hai kawan-kawan, hidup ni kadang-kadang berat, kan? Bila rasa tak mampu nak hadap seorang diri, i...
09/12/2024

Tak Salah Minta Tolong!

Hai kawan-kawan, hidup ni kadang-kadang berat, kan? Bila rasa tak mampu nak hadap seorang diri, it's okay untuk minta tolong. Tak salah untuk cuba jadi kuat, tapi lebih baik jika tahu bila masa sesuai nak minta pertolongan.

Weekend ni, cuba lepaskan beban yang dah lama simpan. Kawan, keluarga, atau sesiapa yang boleh dengar, mereka ada untuk kita. Jangan biar hati jadi terlalu berat sampai tak mampu nak senyum.

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari adk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.

Nikmat Kasih KeluargaMari kita hargai anugerah paling besar dalam hidup kita iaitu keluarga. Tak kisahlah besar atau kec...
09/12/2024

Nikmat Kasih Keluarga

Mari kita hargai anugerah paling besar dalam hidup kita iaitu keluarga. Tak kisahlah besar atau kecil, sempurna atau tidak, mereka adalah orang yang selalu ada, masa senang atau susah. Kita sebenarnya dah cukup kaya. Kaya dengan senyuman, kenangan, dan sokongan yang tak pernah putus. Bayangkan hari-hari yang kita lalui jika tanpa mereka di sisi, sudah tentu sangat sukar.
Jom hargai masa ni. Peluk, senyum, dan ucapkan "terima kasih" pada mereka yang sentiasa ada.

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari adk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.

PROGRAM SCL AADK DAERAH BERA AKTIVITI SUKAN BOLA TAMPARTarikh   : 06 Disember 2024 (Jumaat)Masa    : 9.00 PagiTempat : D...
06/12/2024

PROGRAM SCL AADK DAERAH BERA AKTIVITI SUKAN BOLA TAMPAR

Tarikh : 06 Disember 2024 (Jumaat)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Dewan Bola Tampar Taman Kerayong Indah

Program Sihat, Cergas dan Langsing (SCL) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Bera kali ini mengetengah aktiviti sukan permainan bola tampar.

Aktiviti sukan bola tampar ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat sekali gus menyemai semangat muhibah dalam kalangan pegawai serta meningkatkan prestasi diri daripada aspek fizikal, sahsiah dan rohani.

Program yang diadakan secara minggu itu disertai kira-kira 14 warga kerja AADK Daerah Bera.





TAUBAT"Setiap manusia pasti banyak buat salah, dan sebaik baik orang yang berbuat salah adalah orang yang selalu bertaub...
06/12/2024

TAUBAT

"Setiap manusia pasti banyak buat salah, dan sebaik baik orang yang berbuat salah adalah orang yang selalu bertaubat."
Hadis riwayat Tirmidzi

Ikhlas daripada Dato' Ruslin Jusoh, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) Saifuddin Nasution Ismail Shamsul Anuar Nasarah






Hargai Detik Sebelum Ia HilangMasa adalah nikmat yang sering kita abaikan. Dalam hadis ini, Rasulullah SAW mengingatkan ...
06/12/2024

Hargai Detik Sebelum Ia Hilang

Masa adalah nikmat yang sering kita abaikan. Dalam hadis ini, Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa antara tanda akhir zaman ialah masa berlalu dengan begitu pantas, ilmu semakin hilang, dan dunia dipenuhi dengan fitnah serta kemusnahan. Situasi ini sangat dekat dengan keadaan kita hari ini. Fitnah di media sosial, berita palsu yang disebarkan tanpa kawalan, dan keganasan yang meningkat adalah bukti dunia sedang menuju arah seperti yang disebutkan dalam hadis ini.
Lihatlah betapa cepatnya masa berlalu, kita sering berkata, "Baru semalam tahun baru, kini sudah hujung tahun." Masa setahun ini adakah ia digunakan untuk kebaikan atau dihabiskan dengan perkara yang sia-sia? Mari kita muhasabah diri, Jangan lupa, masa yang diberi kepada kita bukan sekadar untuk dihabiskan, tetapi untuk diisi dengan perkara yang mendatangkan keberkatan. Setiap detik adalah peluang untuk kita menambah amal dan meninggalkan legasi kebaikan.

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari adk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.

05/12/2024
PROGRAM URINE BERSAMA PEGAWAI DAN ANGGOTA UNIT PENGURUSAN TAPAK RAMSAR JABATAN PERHILITAN MALAYSIA.📝TARIKH.     :  05 DI...
05/12/2024

PROGRAM URINE BERSAMA PEGAWAI DAN ANGGOTA UNIT PENGURUSAN TAPAK RAMSAR JABATAN PERHILITAN MALAYSIA.

📝TARIKH. : 05 DISEMBER 2024
📝HARI. : KHAMIS
📝MASA. : 10.00 PAGI
📝TEMPAT : BILIK AUDITORIUM, UPTRTB

Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Bera telah dijemput untuk melaksanakan Program Urine dan ujian saringan air kencing kepada 19 orang pegawai dan kakitangan di Jabatan Perhilitan Malaysia,Bera, Pahang. Taklimat Program Urine telah disampaikan oleh Encik Muhammad Akmal Faris bin Baharom, Penolong Pegawai Antidadah Daerah Bera.

Objektif perlaksanaan program tersebut diadakan untuk mengenalpasti sama ada seseorang itu terlibat atau tidak dan memberi kesedaran awal dan pencegahan kepada pekerja dan penyelia di organisasi dan jabatan.

Semoga dengan pelaksanaan program ini pekerja dapat menyedari mengenai kepentingan Program Pencegahan Tempat Kerja bebas dadah ke arah mencapai sasaran untuk menjadikan diri dan tempat kerja bebas daripada dadah serta mengetahui tentang perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang disediakan oleh AADK.





CERAMAH ANTIDADAH SEKOLAH KEBANGSAAN KERAYONG JAYATARIKH : 05 DISEMBER 2024 ( KHAMIS )MASA    : 09.00 PAGI TEMPAT: DEWAN...
05/12/2024

CERAMAH ANTIDADAH SEKOLAH KEBANGSAAN KERAYONG JAYA

TARIKH : 05 DISEMBER 2024 ( KHAMIS )
MASA : 09.00 PAGI
TEMPAT: DEWAN SK KERAYONG JAYA

Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Bera telah dijemput untuk mengadakan Ceramah Antidadah di Sekolah Kebangsaan Kerayong Jaya.

Pegawai yang bertugas ialah, Encik Rozlee dan Encik Danish Pegawai dari Unit Pencegahan dan Kesedaran Awam AADK Daerah Bera.

Objektif perlaksanaan program tersebut diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang penyalahgunaan bahan terlarang di kalangan pelajar sekolah. Semoga apa yang disampaikan dapat dimanfaatkan dengan baik.





Awak Tak KeseoranganHidup ni penuh dugaan, tapi bila kawan mula tersasar, jangan tutup mata. Kita tak mampu ubah dunia, ...
05/12/2024

Awak Tak Keseorangan

Hidup ni penuh dugaan, tapi bila kawan mula tersasar, jangan tutup mata. Kita tak mampu ubah dunia, tapi kita boleh bantu orang terdekat. Masa lalu tak dapat diubah, tapi kita boleh ubah hala tuju masa depan mereka. Kawan yang baik tak hanya hadir di saat senang, tapi tetap ada di saat sukar. Jadilah sistem sokongan kepada mereka sebelum semuanya jadi tak terkawal. Kemungkinan perhatian kita akan menyelamatkan dan mengubah mereka jadi lebih baik di masa akan datang.

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari adk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.

HOME VISIT AADK BERA MENUNTUT KOMITMEN KELUARGA DALAM PENGEKALAN KEPULIHAN KLIEN Tarikh    : 04 Disember 2024 (Rabu) Mas...
04/12/2024

HOME VISIT AADK BERA MENUNTUT KOMITMEN KELUARGA DALAM PENGEKALAN KEPULIHAN KLIEN

Tarikh : 04 Disember 2024 (Rabu)
Masa : 09.00 pagi.
Tempat : Felda Kumai, Felda Mayam, Felda Tembangau 7 dan Taman Triang Jaya.

Unit Rawatan, Perubatan Dan Pemulihan AADK Bera telah mengadakan Program Home Visit ke rumah klien RPDK bagi menyantuni klien dan keluarga di sekitar Felda Kumai, Felda Mayam, Felda Tembangau 7 danTaman Triang Jaya.

Model i-Pulih AADK menyediakan program rawatan dan pemulihan merangkumi aspek biologi, psikologi, spiritual serta sosial sesuai keperluan kepulihan seseorang.

Penekanan diberikan untuk membimbing individu dan keluarga berkenaan keluar daripada masalah ketagihan dan menjadi insan berfungsi serta produktif kepada keluarga, masyarakat dan negara.

AADK juga memantau individu tamat menjalani program rawatan dan pemulihan melalui Program After Care Services AADK bagi memastikan mereka terus mendapat bimbingan serta panduan.

Address

AADK DAERAH BERA, WISMA BOLA SEPAK, Jalan PADANG LUAS
Bera
28200

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30

Telephone

+6092552017

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Bera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Bera:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram