Ramuan HERBA Tradisional

  • Home
  • Ramuan HERBA Tradisional

Ramuan HERBA Tradisional Legakan derita Buasir seawal 7 hari dengan herba tradisional. Nak tahu detail tekan GET STARTED dibawah 👇

KERABU MANGGA IKAN BILISBahan-bahannya:3 biji buah mangga muda1/2 mangkuk ikan bilis di goreng garing4-8 biji cili padi-...
14/11/2021

KERABU MANGGA IKAN BILIS

Bahan-bahannya:

3 biji buah mangga muda
1/2 mangkuk ikan bilis di goreng garing
4-8 biji cili padi-saya guna 4 jer
1 labu bawang besar
1/2 mangkuk kelapa goreng
Sedikit belacan
Garam
Gula
Asam limau nipis

Cara-caranya:

Sagat buah mangga.
Tumbuk cili padi, belacan, garam dan gula.
Masukkan dalam buah mangga tadi.
Tumbuk halus kelapa goreng.
Masukkan dalam mangkuk mangga.
Masukkan sekali ikan bilis dan bawang besar yang dimayang nipis.
Gaul- masukkan sedikit air asam limau nipis. Gaul.
Siap

Sambal sardin goreng Bahan-bahannya:1 tin sardin4 ulas bawang putih15 biji cili padi (tambah jika ingin pedas)Bawang bes...
11/11/2021

Sambal sardin goreng

Bahan-bahannya:

1 tin sardin
4 ulas bawang putih
15 biji cili padi (tambah jika ingin pedas)
Bawang besar - hiris
Garam
Serbuk perasa

Cara-cara membuatnya:

Tumbuk bawang putih dan cili padi sehingga hancur.

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi.Masukkan ikan sardin sahaja dulu dan biarkan bergoreng bersama minyak dan bahan tumis tadi.

Balik balikkan ikan supaya masak rata. Masukkan sos sardin, bawang besar dan garam serta serbuk perasa.

Bolehlah dihidangkan semasa masih panas. Sedap dimakan dengan nasi putih atau roti.

01/11/2021
01/11/2021
KEK COKLAT OREO 2 cwn tepung 1 1/2 cwn gula 2 biji telur 1/2 cwn serbuk koko1 sdt esen vanila 1 sdt soda bikarbonat 1 sd...
01/11/2021

KEK COKLAT OREO

2 cwn tepung
1 1/2 cwn gula
2 biji telur
1/2 cwn serbuk koko
1 sdt esen vanila
1 sdt soda bikarbonat
1 sdb serbuk penaik
1/2 cwn minyak
Sedikit garam
1 cwn oreo yg sudah dihancurkan
1 cwn air nescafe (bancuh air panas dgn 1 sdb nescafe )
1 cwn buttermilk ( 1 cwn susu segar + 2sdb air lemon )
* klu takde buttermilk bole jugak gantikan dgn 1 cwn yogurt asli

Toping -
1 cwn whiping cream
1/2 cwn coklat masakan
1 sdb butter/minyak

Cara -
Ayak tepung, serbuk koko, serbuk penaik dan soda bikarbonat
Da siap ketepikan
Dlm mangkuk yg lain pukul telur, gula, esen vanila guna whisk jer
Masukkn minyak, buttermilk, air nescafe dn garam
Kacau sebati
Masukkn tepung yg telah diayak td dan kacau lg
Masukkn oreo dan kacau sebati
Masukkn dlm bekas /loyang yg telah dialas dgn baking paper
Panaskan oven suhu 180 dan bakar selama 45 minit
Utk toping pulak campurkan semua bahan dlm mangkuk dan cairkan guna kaedah double boiler
Bila da cair tuangkan atas kek dan bole la hias dgn parutan coklat dn oreo

RESEPI AYAM MASAK MERAH KENDURIBahan21 ekor ayam - potong kecil dan basuh bersih(Garam, kunyit dan goreng - jangan garin...
31/10/2021

RESEPI AYAM MASAK MERAH KENDURI
Bahan2
1 ekor ayam - potong kecil dan basuh bersih
(Garam, kunyit dan goreng - jangan garing sangat.)
3 biji bawang besar (size besar tau)*
4-5 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
(Blend semua bahan bertanda *)
3-4 senduk cili kisar
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato
2 batang serai - diketuk
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
Garam dan gula secukupnya
Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau. Masukkan serai. Tumis sekejap.

Masukkan bahan blend. Tumis sampai garing. Lepastu masukkan cili kisar. Tumis lagi sampai garing.

Masukkan gula, sos cili dan tomato. Biar seketika. Kacau sesekali. Perisakan garam.

Lepastu boleh lah masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.

Siapppp...!!!
Sedap makan dengan nasi minyak atau nasi tomato 😋😋😋

Address


Telephone

+60136838072

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ramuan HERBA Tradisional posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram