Hospital Bintulu

Hospital Bintulu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hospital Bintulu, Hospital, Bintulu.

24/04/2026
๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐ฎ๐š๐ก ๐๐ข๐ง๐ ๐ ๐š๐ง๐  & ๐“๐ฎ๐›๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ฅ๐จ๐ฌ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐๐ข๐ง๐ญ๐ฎ๐ฅ๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”23 April 2026 | Hospital Bintulu telah menganj...
23/04/2026

๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐ฎ๐š๐ก ๐๐ข๐ง๐ ๐ ๐š๐ง๐  & ๐“๐ฎ๐›๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ฅ๐จ๐ฌ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐๐ข๐ง๐ญ๐ฎ๐ฅ๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

23 April 2026 | Hospital Bintulu telah menganjurkan Sambutan Hari Buah Pinggang dan Tuberkulosis peringkat hospital melalui Jabatan Perubatan Am. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta memperkukuh peranan petugas kesihatan berkaitan pencegahan dan pengurusan kedua-dua penyakit tersebut.

Pelbagai pengisian telah dilaksanakan bagi memperluas penyampaian maklumat, antaranya sesi ceramah bertajuk โ€œMencegah Penyakit Buah Pinggang Tanggungjawab Kitaโ€ dan โ€œTuberkulosis: Kenali Tibi, Sayangi Paru-Paru Andaโ€ yang disampaikan oleh pakar perubatan. Turut diadakan pertandingan kuiz dan pameran kesihatan melibatkan Jabatan Farmasi, Unit Hemodialisis, TBCP Klinik Kesihatan Bintulu, Sarawak Medical Services Union, CAPD, Top Team serta Palliative Care.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Suzalinna binti Sulaiman, Pengarah Hospital Bintulu, dan turut dihadiri oleh Ahli-ahli Lembaga Pelawat Hospital Bintulu (ALPH).



fans

Pihak Hospital Bintulu ingin menegaskan bahawa kawasan hospital merupakan kawasan larangan merokok. Penguatkuasaan laran...
23/04/2026

Pihak Hospital Bintulu ingin menegaskan bahawa kawasan hospital merupakan kawasan larangan merokok. Penguatkuasaan larangan ini dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) dan dijalankan secara berkala melalui operasi pemantauan serta penguatkuasaan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Bintulu di semua kawasan yang telah diwartakan, termasuk seluruh persekitaran hospital.

Mana-mana individu yang didapati merokok di kawasan larangan boleh dikenakan kompaun serta-merta dengan denda maksimum sehingga RM5,000.00 jika sabit kesalahan.

Semalam didapati beberapa individu yang merokok di kawasan hospital telah dikenakan kompaun oleh pihak PKB kerana melanggar peraturan yang ditetapkan. Sehubungan itu, kerjasama semua pelanggan dan pelawat amatlah diharapkan agar sentiasa mematuhi peraturan ini demi menjaga kesihatan dan kesejahteraan bersama.

Dapatkan perkhidmatan berhenti merokok atau khidmat nasihat melalui:

๐ŸŒ Laman web rasmi: https://jomquit.moh.gov.my
๐Ÿฅ Atau kunjungi klinik kesihatan atau hospital berdekatan.

Bersama-sama kita memastikan fasiliti kesihatan bebas daripada asap rokok dan produk merokok.



fans

18/03/2026

Salam Aidilfitri 1447H

"Tangan dihulur maaf dipinta, silaturahim dijaga sesama kita".

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli keluarga, rakan-rakan, dan kenalan. Mohon maaf zahir dan batin atas segala salah dan silap. Semoga raya tahun ini membawa seribu keberkatan buat kita semua. ๐ŸŒ™โœจ

Ikhlas daripada :
Pengarah dan seluruh warga Jabatan Pengurusan, Hospital Bintulu.



PEMAKLUMAN MENGENAI GANGGUAN TRAFIK DAN OPERASI DI JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA, HOSPITAL BINTULU BERMULA 02 MAC 2026 SE...
11/03/2026

PEMAKLUMAN MENGENAI GANGGUAN TRAFIK DAN OPERASI DI JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA, HOSPITAL BINTULU BERMULA 02 MAC 2026 SEHINGGA 10 MAC 2027.

While many are busy celebrating, hospital patients still need our help. Donations often drop during the festive season, ...
18/12/2025

While many are busy celebrating, hospital patients still need our help. Donations often drop during the festive season, but the need for blood never stops. Be a "Hospital Hero" and roll up your sleeves for those in need!
โ€‹๐Ÿ“ Where: Blood Bank Hospital Bintulu
โฐ When:
โ€‹Mon - Wed: 8:00 AM - 12:30 PM & 2:00 PM - 5:00 PM
โ€‹Friday: 8:00 AM - 11:30 AM & 2:15 PM - 5:00 PM
(Note: Closed on Thursday for the Public Holiday)
โ€‹Every drop counts. Tag a friend below who you want to bring along! ๐Ÿฉธโœจ

MAJLIS SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA PERINGKAT BINTULU 2025 | 01 DISEMBER 2025Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ...
01/12/2025

MAJLIS SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA PERINGKAT BINTULU 2025 | 01 DISEMBER 2025

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yayasan AIDS Malaysia, Borneo dan Bintulu Port Holdings Berhad kerana telah bekerjasama dengan Hospital Bintulu dalam menjayakan Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat Bintulu 2025 dengan tema sambutan "Overcoming Distruption, Transforming the AIDS Response" yang diadakan di Promenade Hotel, Bintulu.

Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada semua agensi kerajaan dan swasta, mahupun individu persendirian yang terlibat dalam penganjuran sambutan kali ini.

Diharap agar sambutan seperti ini dapat meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat di sekitar Bintulu mengenai proses pencegahan, pemeriksaan dan rawatan pesakit HIV agar dapat mengurangkan stigma masyarakat terhadap golongan yang hidup dengan HIV (People Living With HIV).

Sekian.

Kredit gambar : Jurufoto Bintulu Port Holdings Berhad & Jurufoto Promenade Hotel, Bintulu



HOSPITAL BINTULU KOMITED PERANGI RASUAH MELALUI IKRAR BEBAS RASUAH (IBR)โ€‹BINTULU, 27 Oktober 2025 โ€“ Hospital Bintulu har...
28/10/2025

HOSPITAL BINTULU KOMITED PERANGI RASUAH MELALUI IKRAR BEBAS RASUAH (IBR)

โ€‹BINTULU, 27 Oktober 2025 โ€“ Hospital Bintulu hari ini melakar sejarah apabila julung-julung kalinya mengadakan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

โ€‹Majlis yang bertujuan meningkatkan penghayatan integriti dalam kalangan warga hospital ini telah disaksikan oleh Yang Berusaha, Penguasa Kanan Glenn Lores, Ketua Cawangan Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Bintulu, dan Penguasa Muhammad Najib bin Mohd Yassin.

โ€‹Dalam ucapan Pengarah Hospital, beliau menekankan bahawa integriti adalah teras kepada sistem kesihatan yang mampan. โ€‹"Tanpa petugas kesihatan dan pegawai yang berintegriti akan rosaklah sistem kesihatan. Fasiliti yang terpalit dengan kes rasuah dan salah guna kuasa akan mengurangkan kepercayaan masyarakat, dan seterusnya menggores imej dan profesionalisme yang telah lama kita bina," tegas beliau.

โ€‹Ikrar ini selari dengan komitmen Hospital Bintulu ke arah kecemerlangan. Warga kerja diseru untuk sentiasa menutup ruang dan peluang rasuah, serta membudayakan sikap berani mendepani sebarang tawaran yang boleh menghancurkan integriti perkhidmatan.

โ€‹Pihak pengurusan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak SPRM Cawangan Bintulu atas kesudian menyaksikan komitmen warga Hospital Bintulu dalam usaha memerangi rasuah.

โ€‹





๐Ÿ“ข AWAS! JANGKITAN INFLUENZA DI SEKITAR KITA ๐Ÿ“ขInfo kesihatan untuk semua warga BintuluTahukah anda apa itu Influenza, bag...
23/10/2025

๐Ÿ“ข AWAS! JANGKITAN INFLUENZA DI SEKITAR KITA ๐Ÿ“ข

Info kesihatan untuk semua warga Bintulu

Tahukah anda apa itu Influenza, bagaimana ia merebak, dan apa simptom-simptomnya? โ€‹Kami kongsikan infografik penting dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini sebagai panduan anda.

โ€‹Apa yang Anda Perlu Tahu:
โ€‹โœ… Apa itu? Penyakit berjangkit salur pernafasan. Di Malaysia, ia berlaku sepanjang tahun.
โ€‹โœ… Gejala Lazim: Demam, batuk, sakit tekak, selesema, sakit badan, dan keletihan.
โ€‹โœ… Cara Merebak: Melalui titisan pernafasan (batuk/bersin) dan sentuhan.
โœ… โ€‹Tempoh Jangkitan: Seseorang boleh menjangkitkan orang lain sehingga 7 HARI selepas gejala bermula.
โ€‹
โ€ผ๏ธ Amaran: Influenza boleh menjadi serius dan menyebabkan komplikasi radang paru-paru (pneumonia), terutamanya kepada golongan berisiko tinggi.
โ€‹
Jika bergejala teruk, jangan lengah. Sila dapatkan rawatan di Hospital Bintulu atau klinik kesihatan berdekatan.

โœ… โ€‹Jaga kebersihan diri. Lindungi diri, lindungi keluarga.

โ€‹

Address

Bintulu
97000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Bintulu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Bintulu:

Share

Category