26/08/2023
Sblm berkahwin, suami saya sering memberitahu saya tentang sedalam mana hubungannya dgn ibunya & sama ada saya mampu menerima hakikat ini atau tidak. Bg saya, ini adalah faktor yg saya s**a kerana ia mencerminkan betapa penyayangnya dia! Apabila dia berkongsi cerita hidupnya dgn saya, saya bertekad utk memberikan kasih sayang kpd seluruh keluarga - alhamdulillah, itulah ksh syg yg saya terima. Semua ipar saya sgt penyayang. Pada permulaan perkahwinan, kami bertiga sering keluar bersama. Saya melihat ini sebagai peluang utk mengikat hubungan & belajar hikmah dari ibu mertua, terutamanya dlm hal rmh tangga. Beliau akan membimbing saya tentang cara memilih tomato, bawang yang terbaik, tipnya sentiasa untuk memilih sendiri dgn teliti! Beliau berkata, pastikan setiap sen yg dibelanjakan benar2 berbaloi – satu pengajaran besar bagi saya. Selain itu, beliau akan ajak saya jogging bersamanya di sekitar kondominium - beliau menasihati agar saya menjaga kecergasan supaya menjadi lebih sihat, padahal beliau berusia lebih dari 70thn pada masa itu & tetap dpt berjalan jauh.
Saya sering berpegang kpd prinsip - kita sepatutnya sentiasa mencari cara utk mencipta hubungan yg harmoni, terutama ketika tinggal bersama. Sy sgt syukur that my MIL and me had the same values. She was so SECURED & UNDERSTANDING. Contohnya, mula2 kawin, bila naik kereta, saya meminta beliau duduk di depan di sebelah anak lelakinya, manakala saya duduk di belakang... dan apa yang beliau lakukan? Beliau akan memastikan saya duduk di hadapan, katanya itulah tempat saya. Kadang-kala, kami akan bergilir-gilir. Saya melihat semua ini sebagai berkat dlm perkahwinan kami, Allah memberikan kasih sayang antara saya dan suami, semuanya dengan izin Allah. Jadi, sebagai menantu, kita tidak perlu bersaing utk mendapatkan perhatian – our role as a wife is completely different than his mother and vice versa. I am very grateful for the beautiful 11 years I had with my MIL.