23/11/2025
Alhamdulillah, pada 22/11/2025 telah berlangsung Program Kesihatan anjuran Panel Penasihat KK Laka Temin iaitu Hari Bersama Komuniti KD T**i Kerbau. Dengan kerjasama daripada semua pihak, program dapat berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan hangat walaupun cuaca hujan. Pelbagai aktiviti berjaya diadakan antaranya saringan kesihatan NHSI, saringan pap smear, mammogram dan saringan kolorektal. Aktiviti sukaneka, senamrobik , pertandingan mewarna dan pameran kesihatan turut mendapat sambutan meriah . Cabutan bertuah wajib ada. Terima kasih kepada semua pihak yang telibat..Stay tuned for next program😎