
17/04/2023
Ambil langkah berjaga-jaga. Pendedahan kepada cuaca panas boleh menyebabkan sistem badan gagal mengawal suhu badan lalu menyebabkan peningkatan suhu badan yang tinggi sehingga terjadinya strok haba.
Strok haba (heat stroke) boleh berlaku dengan tanda-tanda berikut:
🌞 Panas, kulit kering, tetapi tidak berpeluh
🌞 Fungsi mental terjejas - Kekeliruan/kebingungan
🌞 Koma
🌞 Sawan
❗️Strok haba boleh menyebabkan maut.
💡Kekal hidrat dan elakkan melakukan aktiviti fizikal apabila berada dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan di bawah sinaran matahari yang berpanjangan.
Segera bantu orang sekeliling anda dapatkan rawatan dari doktor jika berlaku kecemasan.