Makan Mana Harini?

Makan Mana Harini? Dah tau nak makan apa hari ni?

07/07/2023
10/04/2023
10/04/2023

Homemade Grilled BBQ Chic Chop
RESEPI CHICKEN CHOP

Bahan-bahan:
* 1 ekor ayam (di belah 4 dan ‘debone’kan ayam – dapat 4 keping)
* 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
* 3 sudu besar sos tiram (saya ganti dengan sos bbq)
* 1 sudu besar sos cili
* 1 sudu besar kicap manis
* 1 sudu makan kicap masin
* 1 sudu makan jus limau
* 1 sudu besar jus halia (1 inci halia ditumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
* 1 sudu kecil serbuk ayam (granulled chicken stock)
* 1 sudu besar madu

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan sehingga rata. Kemudian peraplah ayam dan simpan dalam peti sejuk selama beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak sebelum di angkat. Saya guna microwave oven je lebih mudah!

Bahan Sos Perang @ Sos lada hitam / Sos BBQ:
* 1 labu bawang besar (potong dadu)
* 1 sudu besar mentega
* 2 sudu besar tepung gandum (diayak dahulu)
* 1 liter air (lebih kurang dalam 1 jag kecil)
* 3 sudu besar sos tiram (saya ganti dgn bbq sos)
* 1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos)
* 1 sudu makan sos tomato atau sos chili
* 1 sudu besar sos black pepper
* 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
* 1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
* Sedikit garam dan gula

Cara-cara:
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api sehingga sos menjadi pekat. Kalau rasa tak cukup pekat boleh la tambah lagi bancuhan tepung gandum. Boleh di angkat dan dihidangkan

Boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong kalau nak. Hidang chicken chop dengan kentang goreng, salad, timun dan tomato segar!!! Resepi asal chicken chop by sheila rusly tapi saya derhaka resepinya ikut tekak saya.

Bahan-bahan Coleslaw:
* Kubis (potong halus)
* Lobak (disagat)
* Mayonis secukupnya
* 1 sudu besar jus lemon
* Garam
* Gula

Cara-cara:
1.Campur dan gaul sebati semua bahan dan sesuaikan rasa.
2. Simpan dalam peti sejuk sebelum hidang.

Kredit : Hanizah Anizu

09/04/2023

GULAI IKAN KERING KELANTAN

Bahan-bahan:
* 3-4 ekor ikan kering (dibasuh)
* Timun (dibelah kecil)
* 5-6 biji cili hijau
* 1 -2 keping nanas (dipotong dadu)
* Santan secukupnya - ikut jumlah kuah yang anda nak & jumlah ikan yang digunakan
* Garam, gula dan perasa secukupnya

Bahan Kisar:
* 1 biji bawang besar
* 4 ulas bawang putih
* 3-4 tangkai cili kering
* 1 biji cili merah
* 2-3 biji cili padi - jika nak rasa pedas
* 2 inci kunyit segar
* Sedikit lengkuas

Cara-cara:
1. Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Buka api dan biarkan mendidih. Pastikan santan selalu dikacau bagi mengelakkan kuah berketul.
2. Kemudian masukkan ikan kering, hirisan nanas, lada/ cili hijau dan timun.
3. Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Jangan letak garam terlalu banyak kerana ikan kering sudah memberikan rasa masin.
4. Asam keping juga tidak digunakan kerana nanas sudah memberikan rasa masam pada kuah.
5. Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan boleh padamkan api.
6. Sedia untuk dinikmati.

Kredit: ZAT HERNANI

31/03/2023

Daging masak hitam ini sangat sedap, biasanya akan dihidangkan pada hari kenduri atau hari raya. Untuk Resepi Daging Masak Hitam hanya menggunakan bahan-bahan biasa yang ada dirumah sahaja.

Address

Bukit Mertajam
13500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Makan Mana Harini? posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share