18/09/2025
Jom dapatkan mesin check kandungan gula dalam darah (glucometer) di Farmasi Sejati sekarang 😊❗
Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pelanggan Farmasi Sejati SUNGAI DUA yang dihormati sekalian 😊
🌸Farmasi Sejati SUNGAI DUA
🌸Lokasi kami: berhadapan dengan Balai Polis Sungai Dua
🌸Waktu operasi: 9:00 pagi - 10:00 malam
🌸Dibuka setiap hari termasuk cuti umum
🌸Hubungi kami di 019-435 6575 (whatsapp sahaja)/ 04-356 2417 (call)
Jemput datang untuk dapatkan konsultasi kesihatan dan keperluan kesihatan anda☺️
Diabetes bukan hukuman. Ia bukan pengakhiran, tapi satu titik mula untuk hidup lebih sihat.
Ramai yang bila baru disahkan diabetes, terus jadi takut nak makan. Ada yang sampai tak berani sentuh nasi, ada juga yang katanya tak boleh makan apa-apa yang ada tepung.
Kalau terlalu menyekat sampai rasa tertekan, akhirnya ramai yang kecundang terlepas kawalan, lalu makan lebih banyak tanpa sedar. Itu yang lebih bahaya.
Ada pesakit yang selepas disahkan diabetes sebenarnya jadi lebih disiplin makan lebih seimbang, rajin bersenam, tidur lebih teratur. Hidup mereka malah lebih berkualiti berbanding sebelum tahu mereka ada penyakit ini.
Ya, ada cabaran.
Perlu jaga gula, perlu disiplin ubat, perlu kawal gaya hidup. Tapi dalam cabaran itu juga ada peluang: peluang untuk hargai tubuh, peluang untuk lebih dekat dengan keluarga yang risaukan kita, peluang untuk buktikan bahawa kita mampu kawal hidup kita sendiri.
Diabetes bukan hukuman, ia satu peringatan. Supaya kita sayang diri sendiri sebelum terlambat.