24/05/2023
Sakit Yang Boleh Diurut
Sebagai contoh, teknik mengurut yang betul adalah dimana ianya mengikut anatomi manusia. Hanya tukang urut yang terlatih dan berpengalaman berpengetahuan luas dalam bidang ini.
Contohnya, jika pesakit mengalami sakit di bahagian kiri, kebiasaannya kawasan urutan adalah bertentengan dengan kawasan yang sakit. Terdapat beberapa anggota badan yang perlu dikenalpasti bagi memastikan kaedah urutan adalah betul. Antaranya ialah sekiranya pesakit sering mengalami migrain atau sakit kepala, ururan di bahagian urat ibu jari tangan boleh membantu melegakan kesakitan tersebut. Ini terbukti melalui fisiologi tubuh badan manusia, urat jari terutamanya ibu jari adalah yang paling berkait rapat dengan fungsi otak dimana ianya merupakan motor utama pergerakan yang banyak menghantar maklumat ke otak.
Selain itu, urutan bagi melegakan sakit pinggul dan belakang badan p**a ialah bahagian kaki. Sistem saraf dibahagian ini berhubung rapat dengan belakang badan dimama ianya boleh melancarkan aliran darah ke bahagian tersebut lalu mengembalikan fungsi sel saraf di bahagian sakit yang dialami. Urutan di tapak kaki boleh dipraktikkan dengan cara memicit atau menekan bahagian tapak kaki dan diulangi selama 5 minit sekurang-kurangnya sehingga sakit tersebut berkurangan. Sekiranya sakit semakin berkurang, maka teknik yang diamalkan adalah betul.