Ahmad Salihin Zamri

Ahmad Salihin Zamri Sebarang pertanyaan πŸ‘‡
https://linktr.ee/ahsazaofficial
(2)

Hal Ehwal Pengubatan Islam Ruqyah Syar'iyyah, Kuliah Agama, Program Hari Kebesaran Islam, Ceramah Motivasi Pelbagai Institusi & Menjual Produk Kesihatan sebagai Alat Bantu Rawatan Ruqyah.

Jom Sarapan Pagi Dengan Telur Hari ini πŸ‘
05/05/2026

Jom Sarapan Pagi Dengan Telur Hari ini πŸ‘

DIA NAK KOMEN MALUKAN SAYA NAMUN HURAIANNYA SANGAT TAK TEPAT 🀣✍🏻 Hadis itu sahih, tapi ia bukan dalil untuk cipta kaedah...
05/05/2026

DIA NAK KOMEN MALUKAN SAYA NAMUN HURAIANNYA SANGAT TAK TEPAT 🀣

✍🏻 Hadis itu sahih, tapi ia bukan dalil untuk cipta kaedah rawatan baru. Ia perbuatan khusus Nabi, bukan sunnah rawatan.

🌹 Saya minta maaf awal-awal terpaksa menulis atas dasar kebenaran bukan untuk menyinggung mana-mana pihak atau menyakiti sesama saudara, saya amat menghormati semua & saya komen sebab sayang sesama perawat 🀲🏻

Isu dia di sini bukan β€œlogik vs tak logik”, tapi kaedah istidlal (cara berhujah dalam agama). Hujah dia sebenarnya tak tepat dari sudut ilmu, walaupun hadis yang dia bawa itu sahih.

1. Bezakan perbuatan Nabi (khusus) vs kaedah rawatan umum

Hadis pelepah kurma itu benar, tapi:

✍🏻 Nabi ﷺ tidak ajar itu sebagai kaedah rawatan
✍🏻 Nabi ﷺ tidak suruh sahabat ulang atau amalkan
✍🏻 Ia berlaku dalam konteks khusus (dua kubur tertentu)

πŸ‘‰ Ulama usul fiqh jelaskan : Tidak semua perbuatan Nabi adalah pensyariatan umum (tasyri’).

2. Tiada kaitan langsung dengan β€œpindah penyakit guna telur” 🀣

✍🏻 Hadis pelepah kurma Nabi SAW buat sendiri, tiada unsur pindah penyakit, tiada teknik khusus & tidak diajar sebagai rawatan.

✍🏻 Manakala Kaedah alin telur dicipta oleh perawat, ada dakwaan pindahkan penyakit, kadang terdapat ritual tertentu & didakwa sebagai rawatan.

πŸ‘‰ Ini dipanggil qiyas yang rosak (qiyas ma’al fariq) – analogi tak sama 🀣

✍🏻 Antara Letak pelepah kurma & pindahkan penyakit ke telur. Itu dua perkara berbeza, tak boleh disamakan.

3. Dalam pengubatan Islam, prinsip asas sangat jelas.

Rawatan syarie yang diiktiraf:

✍🏻 Ruqyah menggunakan Al-Quran & doa
✍🏻 Doa & tawakkal
✍🏻 Ikhtiar kaedah yang tidak bercanggah Aqidah

Tiada satu pun dalil sahih yang menunjukkan:
πŸ‘‰ Penyakit boleh dipindahkan ke objek seperti telur

✍🏻 Kalau benar kaedah ini dari Islam, mana dalil jelas Nabi SAW atau para sahabat ajar guna telur? atau ulamak muktabar mana yang pernah ajarkan?

4. Bahaya Akidah dalam kepercayaan β€œpindah penyakit”.

Kaedah alin telur biasanya melibatkan kepercayaan:

✍🏻 Penyakit β€œditarik keluar”
✍🏻 Dipindahkan ke objek
✍🏻 Ada kesan ghaib tertentu

Ini boleh jatuh kepada:

✍🏻 Khurofat
✍🏻 Sangkaan kuasa selain Allah
✍🏻 Atau unsur sihir halus

Kesimp**an πŸ‘‡πŸ»

Hadis pelepah kurma itu benar, tapi itu perbuatan khusus Nabi, bukan kaedah rawatan. Ulama tak pernah jadikan ia dalil untuk cipta teknik pindah penyakit. Nak guna dalil, kena tepat tempatnya. Kalau semua benda nak diqiyaskan macam tu, memang rosaklah kaedah ilmu.

Dalam agama, bukan semua yang β€˜nampak menjadi’ itu benar. Yang jadi ukuran adalah dalil dan kefahaman ulama, bukan pengalaman semata-mata.

Bertaqwalah kepada Allah, terimalah sebuah kebenaran dengan hati & iman, jauhilah ego dan janganlah sombong untuk menerima kebenaran.

Barakallahufeekum 🀲🏻

KEKELIRUAN TENTANG ALIN TELURSaya baca komen tersebut dengan hadam namun BANYAK KEKELIRUAN perlu DIPERBETULKAN πŸ‘‡πŸ»1) Dari...
05/05/2026

KEKELIRUAN TENTANG ALIN TELUR

Saya baca komen tersebut dengan hadam namun BANYAK KEKELIRUAN perlu DIPERBETULKAN πŸ‘‡πŸ»

1) Dari fakta tersebut kalau gosok batu sejuk / sudu / ais dibalut kain pun boleh beri kesan yang sama tak semestinya dgn membazirkan telur.

✍🏻Tiada bukti saintifik khas bahawa telur ada kelebihan unik untuk β€œmelancarkan darah” berbanding objek lain.

Mungkin ada kesannya tapi sebab urut & suhu, bukan sebab β€œkuasa telur”.

2) Dakwaan telur kampung lebih berkesan (kulit tebal, lebih β€œsuam”)

✍🏻 Ini tidak disokong oleh sains.

Perbezaan telur kampung vs telur biasa:
a) Nutrisi sedikit berbeza (bergantung makanan ayam)
b) Kulit mungkin sedikit berbeza ketebalan

✍🏻Tapi tiada bukti kulit telur lebih tebal = lebih sesuai untuk rawatan
✍🏻 β€œLebih suam” itu bukan sifat saintifik tetap

πŸ‘‰ Jadi dakwaan ini lebih kepada kepercayaan/tradisi, bukan fakta perubatan.

3) Memang benar kulit telur ada liang (porous) untuk pertukaran gas TAPI liang ini tidak berfungsi menyerap penyakit, bisa, atau sihir, ia hanya untuk respirasi embrio (anak ayam) πŸ˜‚

πŸ‘‰ Mengaitkan liang itu dengan β€œtarik sihir dalam darah” adalah andaian tanpa bukti.

4) Dakwaan telur boleh tarik sihir dari saluran darah tidak ada bukti dalam perubatan atau dalil yang jelas.

✍🏻 Memang ada hadis berkaitan syaitan berjalan dalam darah, Tetapi Ulama tafsirkan sebagai kiasan tentang bisikan & pengaruh, bukan fizikal seperti darah mengalir.

✍🏻 Tiada dalil sahih yang menyatakan telur boleh β€œmenarik” sihir & sihir berpindah melalui sentuhan objek seperti itu.

5) Kisah pesakit sembuh (bengkak hilang) Perlu berhati-hati.

✍🏻 Kemungkinan lain yang lebih logik :

a) Bengkak sememangnya boleh surut sendiri (self-limiting)
b) Salah diagnosis awal
c) Kesan urutan & masa
d) Kesan psikologi (placebo effect)

✍🏻 Kesimp**annya

βœ… Gosokan/urut boleh bantu bengkak (sebab fizikal)
βœ… Doa memang dianjurkan dalam Islam

❌ Tidak ada bukti kukuh:

❎Telur ada kuasa khas melancarkan darah
❎ Telur kampung lebih β€œbertenaga”
❎ Liang telur menyerap penyakit/sihir
❎ Telur menarik sihir dari saluran darah

🀲🏻 Semoga Allah SWT memberi kefaqihan ilmu kepada kita semua

Barakallahufeekum 🌹

RUJUKAN ANTARA KITAB YANG DIHARAMKAN YANG MENJADI RUJUKAN SETENGAH PERAWAT UNTUK MENGHALALKAN KAEDAH MEREKA. Rujukan Lin...
05/05/2026

RUJUKAN ANTARA KITAB YANG DIHARAMKAN YANG MENJADI RUJUKAN SETENGAH PERAWAT UNTUK MENGHALALKAN KAEDAH MEREKA.

Rujukan Link Lengkap dari JAKIM πŸ‘‡πŸ»

chrome-extensio://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/https://www.islam.gov.my/images/garis-panduan/Senarai_Judul_Buku_Berunsur_Islam_Yang_Diwartakan_Perintah_Larangan_Hingga_2013.pdf

Semoga masyarakat kita tak mudah untuk diperbodohkan lagi ✍🏻

Barakallahufeekum 🀲🏻

IMEJ MALAYSIA DIANGKAT DENGAN PESTA MAKSIAT?
05/05/2026

IMEJ MALAYSIA DIANGKAT DENGAN PESTA MAKSIAT?

Ekstremis BN, UMNO, PN, Pas patut malu‼️ Wajar puji Tiong🀝 πŸ”₯

Baca artikel di bawahπŸ‘‡

haaa kita upp bukti jika beliau ambil i-syifa’ nanti para panel boleh buat rujukan kaedah penggunaan telurnya itu ✍🏻next...
05/05/2026

haaa kita upp bukti jika beliau ambil i-syifa’ nanti para panel boleh buat rujukan kaedah penggunaan telurnya itu ✍🏻

next posting kita upp pasal 2 kitab tersebut yang dibuat rujukan & perbahasan kaedah menggunakan telur. Sepatutnya dah lama jelas bab ni, namun masih ramai perawat & pesakit rupanya masih tak faham & tak jelas kaedah syubhah ini.

Rujukan kaedah tersebut πŸ‘‡πŸ»

https://ekemusykilan.penang.gov.my/bank_detail.php?id=XysJ

Barakallahufeekum 🀲🏻

𝐒𝐀𝐋𝐄𝐒 πŸ“.πŸ“ πŠπ„πŒππ€π‹πˆ π‹π€π†πˆβ€ΌοΈHanya RM55 sahaja untuk satu set. Penjimatan sehingga RM8 tauu. Promosi kali ini untuk 3 hari sa...
05/05/2026

𝐒𝐀𝐋𝐄𝐒 πŸ“.πŸ“ πŠπ„πŒππ€π‹πˆ π‹π€π†πˆβ€ΌοΈ

Hanya RM55 sahaja untuk satu set. Penjimatan sehingga RM8 tauu. Promosi kali ini untuk 3 hari sahaja.

Jom dapatkan sekarang sebelum kehabisan stok.

πŸ“Œ π‘Ίπ’†π’ƒπ’‚π’“π’‚π’π’ˆ 𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 π’‘π’†π’Žπ’ƒπ’†π’π’Šπ’‚π’ π’‘π’“π’π’…π’–π’Œ, π’”π’Šπ’π’‚ 𝑾𝒉𝒂𝒕𝒔𝑨𝒑𝒑 π‘¨π’…π’Žπ’Šπ’ π’–π’π’•π’–π’Œ π’…π’‚π’‘π’‚π’•π’Œπ’‚π’ π’”π’†π’Œπ’‚π’“π’‚π’π’ˆ!
πŸ“² 𝐀𝐝𝐦𝐒𝐧 𝟏 - http://Wasap.my/601153632280/salamadmin
πŸ“² 𝐀𝐝𝐦𝐒𝐧 𝟐 - http://Wasap.my/601153122270/salamadmin

Ustaz perawat mana yang sangat lawak ni?✍🏻Ada ke patut suruh pesakit minum Budu campur minyak wangi πŸ˜‚ suruh perawat tu m...
04/05/2026

Ustaz perawat mana yang sangat lawak ni?

✍🏻Ada ke patut suruh pesakit minum Budu campur minyak wangi πŸ˜‚ suruh perawat tu minum dulu boleh sebotol tengok menggelupur ke tak ✍🏻

04/05/2026

Kita tak perlukan BAHAGIA untuk BERSYUKUR tapi kita perlukan SYUKUR untuk BAHAGIA 🌹

02/05/2026

AMALAN INI SANGAT MUDAH NAMUN SUKAR JIKA TANPA IMAN YANG KUKUH MENYAKININYA ✍🏻

Daripada Abu Umamah RA,
Rasulullah SAW bersabda:

"دَاوُوا Ω…ΩŽΨ±Ω’ΨΆΩŽΨ§ΩƒΩΩ…Ω’ Ψ¨ΩΨ§Ω„Ψ΅ΩŽΩ‘Ψ―ΩŽΩ‚ΩŽΨ©Ω"

(Ubatilah orang-orang sakit di antara kalian dengan bersedekah).

Sumber Hadis: Diriwayatkan oleh al-Baihaqi, Abu Dawud, dan al-Tabarani.

✍🏻 Namun sangat dukacita bilamana para pesakit lebih mudah berinfaq dengan jumlah yang banyak hanya kepada si dukun, si bomoh & si uskun yang terang lagi jelas kaedah yang menyalahi syariatNya, jika kepada perawat yang syarie maka akan mulai berkira-kira bahkan dikirakan p**a perawatnya tak ikhlas membantu πŸ˜† dalam hati perawat pun mereka boleh tolong kirakan sekali. Saya sedih bila dapat tahu ada perawat bawah saya jauh drive ke rumah pesakit, minyak & tol ditanggungnya sendiri bilamana pesakit mula berkira-kira serta tidak menyakini dengan kaedah Ruqyah Syariyyah 🌹

Barakallahufeekum

Dengan pemikiran sebegini amat merisaukan keadaan masyarakat Madani 🀲🏻
01/05/2026

Dengan pemikiran sebegini amat merisaukan keadaan masyarakat Madani 🀲🏻

01/05/2026

Sangat merisaukan dengan keadaan sebegini πŸ₯Ή

Address

Chalok

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Sunday 10:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ahmad Salihin Zamri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Ahmad Salihin Zamri:

Share