10/02/2020
Antara Hadis-Hadis Tentang Berbekam
1. Daripada Ibnu Mas’ud r.a. sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya aku telah melalui sekumpulan malaikat pada malam aku diisra’ oleh Allah SWT dan mereka telah berkata Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam”. (HR Imam Tirmizi dan Imam Baihaqi)
2. Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Jika pada sesuatu yang kalian pergunakan untuk berubat itu terdapat kebaikan, maka hal itu adalah bekam (hijamah)”. (HR Imam Ibnu Majah dan Imam Abu Dawud)
3. Dari Abi Raja’, dari Samurah r.a. berkata bahawa Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik pengubatan yang manusia lakukan adalah dengan Hijamah (berbekam). (Riwayat Imam At Thabrani)
4. Dari Jabir Al-Muqni berkata : "Aku tidak akan merasa sihat sehingga berbekam, kerana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya pada bekam itu terdapat kesembuhan"
5. Dari Anas bin Malik r.a., ditanya mengenai Hijamah, beliau berkata : bahawa Sesungguhnya Rasulullah SAW berbekam/hijamah dan memerintahkan keluarga beliau dan Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik pengubatan yang kalian (lakukan adalah dengan Hijamah (berbekam). (Riwayat Imam Muslim)