28/04/2023
SALAH FAHAM KITA
(Azimat)
Sehingga kini masih ada segelintir masyarakat yang masih mempercayai akan Azimat sebagai bahan didalam "Benteng Diri" dari gangguan jin seperti :
• Ranting Berduri.
• Wafak
• Tangkai
• Alatan Tajam (Paku, Gunting, Keris, Parang).
• Kepercayaan Surat Yassin yang diletakkan dibawah bantal.
• Ikan Puyu
• DSB
Didalam Islam, kita diajar meminta pertolongan dari Allah SWT dengan memperbanyakkan isti’adzah, doa dan mohon kesembuhan daripada Allah SWT kerana hanya Dia sahaja yang memberikan kesembuhan.
Allah SWT merakamkan doa Nabi Ibrahim AS:
وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ
Maksudnya: "Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku.”
Surah al-Syu`ara’, (26:80)
Hendaklah seseorang itu menjalani kehidupan dan melaksanakan perintah agama ikhlas semata-mata kerana Allah, tanpa diselaputi syirik selain dari-Nya. Ini dirakamkan al-Quran:
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ
Maksudnya: Iblis berkata, “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang ikhlas (dibersihkan dari sebarang syirik)".
Hendaklah juga perbanyakkan zikrullah kerana syaitan lari daripada orang yang berzikir. Daripada al-Harith al-Asy’ari bahawa Rasulullah SAW bersabda:
وَآمُرُكُمْ أَنْ تَذْكُرُوا اللَّهَ فَإِنَّ مَثَلَ ذَلِكَ كَمَثَلِ رَجُلٍ خَرَجَ العَدُوُّ فِي أَثَرِهِ سِرَاعًا حَتَّى إِذَا أَتَى عَلَى حِصْنٍ حَصِينٍ فَأَحْرَزَ نَفْسَهُ مِنْهُمْ، كَذَلِكَ العَبْدُ لَا يُحْرِزُ نَفْسَهُ مِنَ الشَّيْطَانِ إِلَّا بِذِكْرِ اللَّهِ
Maksudnya: "Dan aku menyuruh kalian agar berzikir kepada Allah kerana sesungguhnya itu seumpama seorang lelaki yang dikejar musuh-musuh melalui jejaknya dengan laju sampailah lelaki itu mendapatkan kubu pertahanan yang kukuh dan berjaya mempertahankan dirinya daripada musuh-musuhnya. Begitulah seseorang hamba Allah, tidak akan mendapat perlindungan diri daripada syaitan kecuali dengan zikir kepada Allah.”
Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi (2863). Beliau berkata hadis ini hasan sahih gharib.
Wallauhua'lam.