15/06/2025
πππππππ πππππππππ πππππππππ ππππ π
ππππππππππ, ππππππππ ππππππππ ππππππ ππππππ, πππ
Alhamdulillah, Program Jangkauan Kesihatan anjuran Unit Fisioterapi, JPPP, Hospital Canselor Tuanku Muhriz telah berjaya dilaksanakan pada 14 Jun 2025 bertempat di Pangsapuri Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.
Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Puan Zunaidah Abu Samah, Ketua Unit Fisioterapi, JPPP, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan akses masyarakat kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti, memperkukuh kesedaran awam mengenai kepentingan penjagaan kesihatan fizikal, serta menggalakkan semangat kerjasama dalam kalangan komuniti dalam menangani isu-isu berkaitan kesihatan dan kecergasan fizikal, khususnya dalam bidang fisioterapi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada semua warga Unit Fisioterapi, HCTM, UKM yang telah memberikan komitmen padu dalam menjayakan program ini.