25/10/2023
Assalammualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh...
_Bacalah dengan tenang hingga akhir dan niatlah agar di beri kefahaman oleh Allah swt..._
_*JANGAN TERLALU MENONGKAK LANGIT, HAYATI HIDUP SEBENAR...*_
Semua yang kita miliki di dunia ini hanyalah pinjaman sementara. Jadi, sangat hairan lah bagi mereka yang sombong dan bongkak sedangkan Dia yang jadikan kita, Dia yang bagi segala-galanya. Udara dan oksigen yang kita sedut sekarang ini pun dari Dia. Kita semua ini berada di bawah langit yang sama, langit Ilahi. Tak kira lah kita ni Muslim ataupun tidak. Jadi, sama-sama kita tepuk dada, tanya hati, tanya iman kita. Hebat sangat ke kita ini sampai perlu perlu bongkak dan sombong sesama manusia apatah lagi dengan Allah, padahal hakikatnya kita ini bergatung total hanya kepadaNya...
_Jangan bangga sangat dengan pakaian yang cantik dan mahal yang kita ada kerana pakaian terakhir kita nanti adalah kain kapan putih juga. Semua sama!_
_Jangan bangga sangat dengan kenderaan mewah kerana kenderaan terakhir kita adalah van jenazah dan papan keranda._
_Jangan terlalu syok dengan tempat tidur, tilam yang empuk dan selesa kerana tempat tidur terakhir kita adalah di liang lahad di dalam kubur nanti._
_Jangan terlalu ego dan sombong kerana mampu mempunyai rumah mewah sebab rumah terakhir kita nanti adalah kubur bertiang dua._
_Jangan terlalu ego dengan pangkat, jawatan, harta dan darjat sebab bila mati semua tuh tak dapat bawa masuk jugak dalam kubur pun, bekal yang ada pun hanya amalan kita sahaja._
_Jangan terlalu bangga dan sombong dengan wajah yang kacak jelita kerana bila mati nanti wajah kita itu juga akan berubah. Jadi tengkorak semua. Pucat lesi, tulang je ada!_
_*Mati itu pasti!*_
Apabila telah tiba waktu kematian seseorang itu, maka kita tak akan dapat lari daripada ajal. MATI itu pasti! Kenyataan yang sememangnya tidak dapat dielakkan lagi sejak ALLAH meniupkan roh ketika manusia di dalam kandungan ibu. Mati tidak kenal umur, pangkat, rupa paras dan darjat kerana ianya satu yang pasti telah dicatatkan. Bayangkan kain putih menutupi sekujur badan kita yang selama ni dibaluti pakaian yang mahal-mahal dan cantik-cantik? Bayangkan apakah perasaan kita sebaik ditinggalkan keseorangan dalam liang yang dalamnya tujuh kaki dengan hanya ditemani kegelapan? Yang ada, yang akan menjadi cahaya untuk kita di dalam sana hanyalah amal ibadah kita di dunia. _Sesungguhnya, matinya anak Adam itu, maka terputuslah dia melainkan dengan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak yang soleh,_ Allahu! Amalanku masih sedikit. Akan bercahayakah liang lahadku? atau dipenuhi ular, kala jengking dan segala binatang berbisa. Nauzubillah, jauhkanlah! 😢
_*Hidup kita adalah untuk mati*_
Pernah tak pagi-pagi, bila kita bangun dari tidur dan kita terfikir bagaimana pengakhiran hidup kita nanti? Pernah tak kita rasa takut nak tidur, takut bila dah tidur tak bangkit-bangkit sudah? Allahu, sedangkan manusia yang sedang berjaga, orang yang sedang sujud waima orang yang sedang berbuat maksiat pun Allah boleh tarik nyawanya saat itu, apatah lagi orang yang sedang lena dibuai mimpi mainan syaitan. Sesungguhnya, hidup kita adalah persediaan untuk mati. Kenapa mesti takut dengan mati? *Sedangkan hidup kita ini adalah memang untuk mati.* Syarat untuk mati adalah kita mesti hidup kan. Andai baik amalan kita, bahagialah kita di sana. *Tapi, ramai yang lupa, lalai dengan dunia. Kita lupa, kehebatan kita, kecantikan kita, kemewahan, keamanan kita adalah semua milik Allah.* Kita hanya di beri berbentuk pinjaman bersifat sementara sahaja sebelum Dia kejutkan kita dari mimpi dunia. Sungguh, cemburu sangat dengan anak-anak Gaza dan Palestin yang dari kecilnya telah dididik dan ditarbiyah untuk bersedia untuk mati, untuk syahid di jalan Allah. Moga-moga walaupun kita tidak seperti mereka, namun semangat mereka mengalir di dalam darah kita, agar kita juga inginkan membuat persiapan bertemu YANG MAHA PENCIPTA...
_*Akhir pena.*_
Kepada saya sendiri, kamu, awak, anda, mereka. Tidak kisahlah apa jua yang sedang kita lakukan, apa jua pekerjaan kita, cita-cita dan impian kita,
Perdana menteri ke..
Doktor ke..
Jurutera ke..
Ustaz, ustazah ke..
Peguam ke..
Petani ke..
Masih belajar ke..
Atau apa-apa sahaja..
Ingatlah satu perkara ini sahaja. *BUMI INI MILIK ALLAH, DUNIA ini ciptaanNya, AKHIRAT NYA yang kekal abadi.* Milikilah apa saja pun. Semuanya masih di bawah KUASA Allah dan Allah akan memanggil kita bila-bila masa sahaja. *Biarpun kita tidak tahu pengakhiran kita bagaimana. Lemas? terbakar? kemalangan? sakit? atau syahid? Tapi, HUSNUL KHATIMAH. Itu yang kita inginkan.* Justeru, sekarang kita perlulah segera kita jadikan akhirat itu sebagai matlamat kita semasa hidup di dunia ini agar ianya menjadi jaminan semasa kita di panggil p**ang ke negeri abadi iaini alam kubur, masyar dan insyaAllah syuga kelaj, daripada Allah kita datang dan kepadaNYA kita akan kembali, semoga kita berada dalam penilaiaNYA yang baik...
_Pesanan untuk hati, selalu INGAT MATI. Moga-moga kita beroleh syurgaNya. Waallahu'alam~_
_(Untuk mereka) Syurga-syurga "Adn", yang mereka akan memasukinya, yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki; demikianlah Allah membalas orang-orang yang bertaqwa, (Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka: "Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan"._
(Surah an-Nahl: ayat 31-32)
_Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan._
(Surah Al Anbiya: ayat 35)
_Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendati pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh._
(Surah An-Nisa: ayat 78).
_*semoga bermanfaat buat semua*_