My Thal Club - PPUKM

My Thal Club - PPUKM Kelab Talasemia PPUKM (HPKK & HUKM)

Diwujudkan bagi membantu dan juga membimbing pengidap Talasemia

28/01/2026

🩸Permintaan kump**an darah O semakin meningkat, kami menyeru kepada para penderma darah yang sudah cukup tempoh untuk tampil menderma darah di Pusat Darah Negara.

Kehadiran anda amatlah kami hargai dalam membantu Pusat Darah Negara untuk mengekalkan stok darah di tahap yang optimum.

Teruskan menderma darah secara berkala bagi memastikan keperluan pesakit sentiasa berterusan.

Sila layari laman sesawang http://pdn.gov.my untuk mengetahui jadual terkini aktiviti kutipan darah oleh PDN.

Orang ramai juga boleh menghubungi pusat kutipan darah yang berhampiran untuk maklumat lanjut.

Rawatan Umum untuk Pengidap Talasemia
28/01/2026

Rawatan Umum untuk Pengidap Talasemia

Apakah itu Talasemia? Talasemia ialah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel d...
28/01/2026

Apakah itu Talasemia?

Talasemia ialah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas.

Sebagai penyakit genetik, talasemia diturunkan kepada anak daripada kedua-dua ibu bapa yang membawa gen talasemia.
Dikongsikan perbezaan di antara pembawa dan pesakit talasemia.
Lakukan ujian saringan penyakit talasemia sama ada di klinik kesihatan kerajaan atau fasiliti penjagaan kesihatan swasta tertentu.
Perkahwinan antara pembawa dengan pembawa atau pembawa dengan pesakit akan meninggikan risiko memperoleh zuriat dengan penyakit Talasemia.

Hari Talasemia Sedunia disambut pada 8 Mei setiap tahun dengan memberi peluang kepada kita semua untuk menghargai para pesakit Talasemia sebagai tanda sokongan berterusan kepada mereka demi menjalani rutin harian yang lebih indah pada hari mendatang.

Setiap daripada kita berupaya untuk menyumbang dengan memberikan inspirasi kepada pesakit ini walaupun secara peribadi untuk memerangi Talasemia kerana setiap orang mempunyai peranan yang besar untuk dimainkan dan tanggungjawab untuk bertindak.

Talasemia boleh dicegah, dikawal dan dirawat dengan baik.
Oleh itu, kepada semua yang pernah dan akan menderma darah, anda memberikan hadiah paling berharga untuk pesakit talasemia demi kelangsungan hidup mereka.

iNFO
19/01/2026

iNFO

"Hai admin, Thalassemia dan kanser darah ni sama ke? Sebab kat kampung saya di pedalaman Sabah, ramai yang kahwin sepupu...
16/01/2026

"Hai admin, Thalassemia dan kanser darah ni sama ke? Sebab kat kampung saya di pedalaman Sabah, ramai yang kahwin sepupu selalu kena penyakit ni."
Soalan yang sangat bagus. Ramai sebenarnya yang keliru.
Jawapannya: Tidak, ia tak sama.
Kanser darah (Leukemia) itu adalah sel darah yang bermutasi dan 'jahat'.
Tapi Thalassemia p**a adalah penyakit genetik (keturunan). Ia bukan kanser, dan ia tak berjangkit melalui sentuhan.
Kenapa ramai orang kita di Sabah, terutamanya di pedalaman, ramai menghidap Thalassemia?
Puncanya adalah 'genetik', bukan sumpahan atau nasib semata-mata.
Di Sabah, kadar pembawa gen Thalassemia adalah antara yang tertinggi di Malaysia. Bila amalan berkahwin sesama saudara terdekat (sepupu dengan sepupu) masih diamalkan, risiko tu jadi sangat tinggi.
Bayangkan situasinya begini:
Suami adalah pembawa (nampak sihat, tak sakit).
Isteri, iaitu sepupunya, juga pembawa (nampak sihat).
Bila dua pembawa ini berkahwin, setiap kali mengandung, ada risiko 25% anak mereka akan lahir dengan Thalassemia Major.
Anak inilah yang terpaksa hidup bergantung pada pemindahan darah setiap bulan seumur hidup.
Jadi, isunya bukan sebab kahwin orang kampung atau orang bandar. Isunya ialah status genetik kita.
Sebab tu penting sangat buat ujian saringan Thalassemia sebelum kahwin.
Tak salah nak kahwin dengan sepupu, tapi tolong, tolong periksa darah dulu.
Kalau dua-dua pembawa, fikirkanlah masa depan anak-anak nanti. Kesian mereka terpaksa cucuk jarum setiap bulan.
Cegah sebelum parah.

05/01/2026
05/01/2026

Selamat Pagi, Lembah Klang!

telah bersedia berkhidmat kepada masyarakat dengan menyediakan darah yang mencukupi dan selamat.

Layari laman web untuk maklumat lanjut: www.pdn.gov.my

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua!Selamat Tahun Baru 2026. Semoga tahun baru memberikan kita semangat perjuangan b...
01/01/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua!
Selamat Tahun Baru 2026. Semoga tahun baru memberikan kita semangat perjuangan baru untuk meneruskan kehidupan yang lebih bermakna!

Setiap usaha kecil hari ini, akan membuahkan hasil di masa hadapan. 😍

Bersama kita berkongsi ilmu, pengalaman dan ikhtiar.

πŸ’†πŸ’†β€β™€οΈ
02/12/2025

πŸ’†πŸ’†β€β™€οΈ

🧠✨ Kesihatan Mental Itu Penting!

Kesihatan mental bukan sekadar emosiβ€”ia mempengaruhi cara kita berfikir, bertindak & berhubung dengan orang lain.

Jaga minda, jaga kesejahteraan! πŸ’™πŸ’ͺ

So sweetttt..... 😍
02/12/2025

So sweetttt..... 😍

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
30/08/2025

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Address

HOSPITAL TUNKU AMPUAN BESAR TUANKU AISHAH ROHANI, HOSPITAL PAKAR KANAK-KANAK UKM, JALAN YAACOB LATIF, BANDAR TUN RAZAK
Cheras
56000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when My Thal Club - PPUKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to My Thal Club - PPUKM:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram