22/02/2023
Manfaat Minyak Kayu Putih (Eucalyptus Oil) Yang Ramai Tidak Tahu!
1.Bersifat Anti-Mikrobakteria
Pada penghujung abad ke 19, minyak kayu putih sering digunakan di kebanyakan hospital bagi mencuci kateter urin.Dengan itu, penyelidikan moden mula dijalankan bagi mencari sebab kenapa amalan ini dilakukan dan perlu dilakukan. Pada Febuari 2016, seorang penyelidik dari Serbia telah menemui bukti yang menyokong bahawa kayu putih sememangnya bersifat anti-mikrobakteria. Mereka mendapati dengan kehadiran minyak ini, ia boleh menghasilkan interaksi positif dengan antibiotik sedia ada dan boleh dapat membantu dalam mengembangkan strategi rawatan untuk beberapa jenis jangkitan bakteria. Bukan itu sahaja, minyak kayu putih juga didapati dapat membantu mengurangkan jumlah mikrobakteria.
2.Selsema Dan Masalah Pernafasan.
Kayu putih sering digunakan dalam rangkaian resepi untuk ubatan yang membantu melegakan simptom selsema contohnya di dalam ‘inhalants’.
Perubatan herba menggalakkan penggunaan daun segar pokok kayu putih untuk melegakan sakit tekak, selseama. Bukan itu sahaja, apabila anda menghidu wap minyak kayu putih ia dapat melegakan sesak nafas, selsema dan bronkitis. Ini kerana ia dipercayai boleh mencairkan kahak. Antara produk terkenal yang menggunakan minyak ini di dalam kandungannya adalah Vicks Vaporub. Walau bagaimanapun, Vicks Vaporub tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah.
3.Penjagaan Gigi
Sifat anti-bakteria dan anti-mikrobakteria kayu putih sering digunakan dalam penjagaan kesihatan mulut dan gigi. Kayu putih dikatakan dapat melawan bakteria yang boleh menyebabkan pereputan gigi dan pembengkakkan tisu sekitar gusi yang boleh menyebabkan gusi mengecut dan gigi bergoyang. Bukan itu sahaja, kayu putih juga boleh didapati di dalam ramuan ‘chewing gum’.
4.Boleh Menghalau Serangga
Kayu putih merupakan penghalau serangga yang sangat berkesan. Pada tahun 1984, Amerika Syarikat telah mendaftarkan minyak kayu putih secara rasmi sebagai penghalau serangga. Bukan itu sahaja, pada tahun 2012, penyelidik dari New Delhi di India telah mendapati bahawa minyak ini boleh menghentikan pembiakan telur lalat.Jadi, minyak ini bukan sahaj boleh digunakan untuk menghalau serangga malahan, kutu, hama dan juga lalat.
5.Melegakan Kesakitan
Ekstrak kayu putih boleh bertindak sebagai pelega kesakitan manakala penyelidik juga mendapati bahawa minyak kayu putih bersifat ‘analgesic’ ; ejen yang boleh menghasilkan rasa tahan sakit dalam keadaan sedar.
6.Merangsang Sistem Ketahanan Badan
Secara spesifiknya, minyak ini didapati dapat membantu merangsang sistem ketahanan badan apabila ia didapati memerangkap dan menghapuskan bendaasing dalam badan melalui satu penyelidikan yang pernah dijalankan.
Bukan itu sahaja, minyak kayu putih juga didapati boleh membantu;
‘Arthritis’ (keradangan urat, urat sakit) – Minyak kayu putih bersifat anti-keradangan
Hidung tersumbat
Luka dan kesan melecur
‘Ulcers’
Demam
Selsema
https://www.wasap.my/60109161913/nakorderpatibidara