Hospital Cyberjaya

Hospital Cyberjaya The first platinum-rated government hospital under the Green Building Index certification
(1)

πŽππ„π‘π€π’πˆ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ π‚π˜ππ„π‘π‰π€π˜π€ πŠπ„πŠπ€π‹ 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 π’π„ππ„π‘π“πˆ ππˆπ€π’π€ πŸ₯Kesejahteraan pesakit adalah keutamaan kami. Selaras dengan pel...
14/04/2026

πŽππ„π‘π€π’πˆ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ π‚π˜ππ„π‘π‰π€π˜π€ πŠπ„πŠπ€π‹ 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 π’π„ππ„π‘π“πˆ ππˆπ€π’π€ πŸ₯

Kesejahteraan pesakit adalah keutamaan kami. Selaras dengan pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi kakitangan tertentu bermula 15 April 2026, Hospital Cyberjaya ingin memberi jaminan bahawa:

- Semua Pegawai Perubatan, Jururawat, Farmasi, dan kakitangan klinikal tetap bertugas sepenuhnya di premis hospital.

- Pengurusan hospital telah memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan tidak terjejas dan berjalan mengikut norma operasi yang ditetapkan.

Penyesuaian tugasan ini hanya melibatkan sektor pengurusan terpilih dengan memastikan kualiti rawatan dan kecekapan perkhidmatan kepada orang awam terus di tahap terbaik.

Terima kasih atas kepercayaan anda.




13/04/2026

πŸ”πŸŽ 𝐒𝐀𝐀𝐓 π’πˆπ‡π€π“ 𝐇𝐂𝐉 | 𝐇𝐀𝐍𝐃 π‡π˜π†πˆπ„ππ„: ππ€π†π€πˆπŒπ€ππ€ 𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐀𝐒𝐔𝐇 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 πŒπ„ππ†π†π”ππ€πŠπ€π π€πˆπ‘ & 𝐒𝐀𝐁𝐔𝐍

Kebersihan tangan adalah langkah paling mudah tetapi paling berkesan untuk cegah jangkitan. Teknik basuh tangan yang betul menggunakan air dan sabun β€” praktikal, pantas dan sesuai untuk semua peringkat umur.

⚠️ Fahami bila perlu basuh tangan: sebelum makan, selepas ke tandas, selepas batuk/sapukan tisu, selepas menyentuh permukaan awam, dan selepas menjaga orang sakit.

πŸ“Œ Siapa perlu beri perhatian lebih: ibu hamil, bayi, warga emas, dan pekerja berisiko tinggi seperti petugas kesihatan dan pekerja medan makanan.

Basuh tangan menggunakan air dan sabun adalah satu tabiat untuk lindungi diri, keluarga dan komuniti. Amalkan teknik yang ditunjukkan untuk kebersihan maksimum.





π’π„πŒπˆππ€π‘ 𝐍𝐑𝐏 πŸ–π“π‡ π„πƒπˆπ“πˆπŽπ β€œπ“π‘π€πˆππˆππ† πŽπ… π“π‘π€πˆππ„π‘β€ πŸπŸŽπŸπŸ” π•πˆπ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ π‚π˜ππ„π‘π‰π€π˜π€6 - 7 April 2026: Telah berlangsung Seminar NRP...
13/04/2026

π’π„πŒπˆππ€π‘ 𝐍𝐑𝐏 πŸ–π“π‡ π„πƒπˆπ“πˆπŽπ β€œπ“π‘π€πˆππˆππ† πŽπ… π“π‘π€πˆππ„π‘β€ πŸπŸŽπŸπŸ” π•πˆπ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ π‚π˜ππ„π‘π‰π€π˜π€

6 - 7 April 2026: Telah berlangsung Seminar NRP 8th Edition β€œTraining of Trainer” 2026 bertempat di Bilik Seminar Harmoni, NICU, Hospital Cyberjaya. Program selama dua hari ini memberi pendedahan dan latihan intensif kepada para peserta berkaitan kemahiran resusitasi neonatal mengikut garis panduan terkini.

Seminar ini telah dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman, Dr. Hasmawati binti Hassan, dengan penglibatan aktif warga kerja dari Jabatan Pediatrik Hospital Cyberjaya. Penganjuran program ini bertujuan melahirkan lebih ramai tenaga pengajar yang kompeten dalam menyampaikan latihan NRP secara efektif dan berstandard tinggi.

Diharapkan usaha ini dapat memperkukuh lagi kualiti perkhidmatan penjagaan neonatal serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi situasi kecemasan, selaras dengan komitmen hospital dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat.





π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ ππ€π‘πŠπˆππ’πŽπ π’π„πƒπ”ππˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ”Sempena Sambutan Hari Parkinson Sedunia, seluruh Warga Kerja Hospital Cyberjaya ingin...
10/04/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ ππ€π‘πŠπˆππ’πŽπ π’π„πƒπ”ππˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ”

Sempena Sambutan Hari Parkinson Sedunia, seluruh Warga Kerja Hospital Cyberjaya ingin meningkatkan kesedaran tentang penyakit Parkinson serta memberi sokongan kepada individu yang menghidapinya, khususnya pesakit dan penjaga mereka.

Penyakit Parkinson merupakan gangguan sistem saraf yang menjejaskan pergerakan dan boleh memberi kesan kepada kualiti hidup pesakit. Namun, dengan pengesanan awal, rawatan yang berterusan serta sokongan daripada keluarga dan masyarakat, pesakit mampu menjalani kehidupan yang lebih baik dan bermakna.

Marilah kita bersama-sama memahami, menyokong dan mengurangkan stigma terhadap pesakit Parkinson. Keprihatinan dan empati kita mampu menjadi sinar harapan buat mereka.

Selamat Hari Parkinson Sedunia!





π—™π—”π—žπ—§π—” π—¦π—œπ—›π—”π—§ 𝗛𝗖𝗝 | Batuk Berpanjangan Perlu Diberi PerhatianTahukah anda?Batuk sebenarnya adalah refleks semula jadi bada...
10/04/2026

π—™π—”π—žπ—§π—” π—¦π—œπ—›π—”π—§ 𝗛𝗖𝗝 | Batuk Berpanjangan Perlu Diberi Perhatian

Tahukah anda?
Batuk sebenarnya adalah refleks semula jadi badan untuk membersihkan saluran pernafasan daripada habuk, lendir atau bahan asing. Namun, batuk yang berpanjangan melebihi 3 minggu bukanlah sesuatu yang boleh diabaikan.

Keadaan ini mungkin menandakan masalah kesihatan yang lebih serius seperti jangkitan paru-paru, asma atau penyakit lain yang memerlukan pemeriksaan lanjut. Pemeriksaan awal amat penting bagi mengenal pasti punca sebenar dan mendapatkan rawatan yang sesuai.

Jangan ambil ringan jika batuk berlarutan. Dapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran untuk memastikan kesihatan anda sentiasa terpelihara.





π™πˆπ€π‘π€π‡ π‹π„πŒππ€π†π€ π™π€πŠπ€π“ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐀𝐒𝐍𝐀𝐅10 April 2026: Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menziarahi seorang pesakit ...
10/04/2026

π™πˆπ€π‘π€π‡ π‹π„πŒππ€π†π€ π™π€πŠπ€π“ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐀𝐒𝐍𝐀𝐅

10 April 2026: Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menziarahi seorang pesakit Hospital Cyberjaya yang merupakan penerima bantuan daripada LZS.

Turut hadir pada lawatan ini ialah YBrs. Puan Hajah Ariffa binti Ariffin​, Ketua Pegawai Korporat & Projek Khas LZS, YBrs. Puan Siti Aishah binti Abu Bakar​, Ketua Divisyen Komunikasi Korporat LZS, YBrs. Ustaz Muhammad Ibrahim bin Selamat, Ketua Operasi Agihan Daerah Sepang.

Inisiatif seperti ini mencerminkan semangat keprihatinan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan masyarakat. Hospital Cyberjaya amat menghargai usaha murni ini dan berharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.



𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ€π’πˆπ‡Hospital Cyberjaya amat menghargai ucapan penuh penghargaan daripada pelanggan kepada seluruh wa...
10/04/2026

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ€π’πˆπ‡

Hospital Cyberjaya amat menghargai ucapan penuh penghargaan daripada pelanggan kepada seluruh warga Jabatan Pergigian Pediatrik atas perkhidmatan yang baik, mesra, dan penuh dedikasi yang telah diberikan.

Pemberian ikhlas dan kata-kata semangat seperti ini menjadi sumber inspirasi buat seluruh warga Hospital Cyberjaya untuk terus menyalurkan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada setiap pesakit, dengan penuh empati dan profesionalisme.

Tahniah diucapkan kepada Jabatan Pergigian Pediatrik atas komitmen cemerlang dalam menjaga kebajikan pesakit kanak-kanak dan keluarga mereka.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda kepada kami.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin!





ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’π„π†πŒπ„π π‡π„π‹π‹πŽ π‡π„π‹π‹πŽ: 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π π’π„πŒπ€π’π€ ππ„π‘π€π˜π€π€π ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐃𝐑. π€π‹πˆπ€ π™π”ππ€πˆπƒπ€π‡ πƒπˆ π‘π€πƒπˆπŽ πŒππ’π„ππ€ππ†9 April 2026 ...
09/04/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’π„π†πŒπ„π π‡π„π‹π‹πŽ π‡π„π‹π‹πŽ: 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π π’π„πŒπ€π’π€ ππ„π‘π€π˜π€π€π ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐃𝐑. π€π‹πˆπ€ π™π”ππ€πˆπƒπ€π‡ πƒπˆ π‘π€πƒπˆπŽ πŒππ’π„ππ€ππ†

9 April 2026 (Khamis): Telah berlangsung segmen β€œHello Hello” bertajuk Penjagaan Kesihatan Semasa Perayaan yang disiarkan secara langsung melalui Radio MPSepang. Segmen ini menampilkan perkongsian ilmu kesihatan khususnya dalam memastikan kesejahteraan diri sepanjang musim perayaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Radio MPSepang atas jemputan kepada Dr. Alia Zubaidah binti Bahtar, Pakar Perubatan Dalaman dari Hospital Cyberjaya, sebagai panel jemputan bagi menjayakan segmen ini. Perkongsian ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan, terutamanya dalam aspek pemakanan dan gaya hidup semasa musim perayaan terutamanya pengambilan ubat-ubatan dengan betul.

Diharapkan perkongsian seperti ini dapat memberi manfaat kepada orang ramai dalam mengamalkan gaya hidup sihat serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan walaupun dalam suasana perayaan. Usaha sebegini juga mencerminkan komitmen berterusan dalam mendekati komuniti melalui medium penyampaian yang lebih santai dan berinformasi.

Bagi anda yang terlepas segmen ini secara langsung, sila layari FB page Majlis Perbandaran Sepang di pautan berikut:
https://www.facebook.com/share/v/18d6f2HZ8M/?mibextid=wwXIfr





𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π“π€ππ€πŠ ππ‘πŽπ‰π„πŠ ππ€π‘πŠπˆπ‘ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ π‚π˜ππ„π‘π‰π€π˜π€ πŽπ‹π„π‡ 𝐘𝐁. πƒπ€π“π”πŠ 𝐇𝐀𝐉𝐀𝐇 π€πˆπŒπ€π π€π“π‡πˆπ‘π€π‡ 𝐒𝐀𝐁𝐔, π“πˆπŒππ€π‹π€π πŒπ„ππ“π„π‘πˆ ππ„π‘π”πŒπ€π‡π€π 𝐃𝐀𝐍 𝐊...
08/04/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π“π€ππ€πŠ ππ‘πŽπ‰π„πŠ ππ€π‘πŠπˆπ‘ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ π‚π˜ππ„π‘π‰π€π˜π€ πŽπ‹π„π‡ 𝐘𝐁. πƒπ€π“π”πŠ 𝐇𝐀𝐉𝐀𝐇 π€πˆπŒπ€π π€π“π‡πˆπ‘π€π‡ 𝐒𝐀𝐁𝐔, π“πˆπŒππ€π‹π€π πŒπ„ππ“π„π‘πˆ ππ„π‘π”πŒπ€π‡π€π 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„π‘π€π‰π€π€π π“π„πŒππ€π“π€π 𝐃𝐀𝐍 π˜ππ‡π†. πƒπ€π“πŽ' 𝐇𝐉 πŒπŽπ‡πƒ πŠπ‡πˆπƒπˆπ‘ 𝐁𝐈𝐍 πŒπ€π‰πˆπƒ, 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π ππ„π‘π’π„πŠπ”π“π”π€π ππ„π†π„π‘πˆ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ (πˆπ‚π”)

8 April 2026: Hari ini merupakan merupakan satu langkah proaktif telah diambil melalui lawatan tapak pertama bagi meninjau potensi pembangunan kawasan parkir terbuka tambahan di Hospital Cyberjaya. Lawatan ini dihadiri oleh YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu (Timbalan Menteri KPKT / Ahli Parlimen Sepang) dan YBhg. Dato’ Haji Mohd Khidir bin Majid (Pengarah ICU JPM Selangor).

Hospital Cyberjaya diketuai oleh YBrs. Dr. Mardiah bt Masharuddin, Timbalan Pengarah (Perubatan) bersama YBrs. Tn. Syed Mohd Fariz bin. Syed Mansor Al Idrus, Timbalan Pengarah (Pengurusan) membawa delegasi lawatan melihat tapak crusher run yang pada masa ini digunakan sebagai tapak parkir bagi kegunaan pelawat dan kakitangan. Walau bagaimanapun, terdapat keperluan bagi projek naik taraf ruangan seluas 12,000 kaki persegi ini demi keselesaan dan keselamatan pengguna.

Pihak Hospital Cyberjaya amat menghargai sokongan dan input lawatan yang positif daripada tinjauan ini demi usaha menambah baik kemudahan sedia ada secara berperingkat di fasiliti ini.





07/04/2026

🩺🌏 Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat global mengenai kepentingan kesihatan serta memperkukuh komitmen ke arah kesejahteraan sejagat.

Kesihatan yang baik merupakan asas kepada kesejahteraan individu, keluarga dan masyarakat. Justeru, amalan gaya hidup sihat, saringan kesihatan berkala serta penjagaan kesihatan mental perlu diberi perhatian secara berterusan.

Kementerian Kesihatan Malaysia menyeru seluruh rakyat untuk berganding bahu dalam membudayakan kehidupan sihat demi mencapai kualiti hidup yang lebih baik.

Selamat Hari Kesihatan Sedunia!

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 ππ„π’π€πŠπˆπ“ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πˆππƒπŽππ„π’πˆπ€ πƒπˆ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ π‚π˜ππ„π‘π‰π€π˜π€ ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŠπ„πƒπ”π“π€π€π 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 π‘π„ππ”ππ‹πˆπŠ πˆππƒπŽππ„π’πˆπ€6 Apri...
06/04/2026

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 ππ„π’π€πŠπˆπ“ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πˆππƒπŽππ„π’πˆπ€ πƒπˆ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ π‚π˜ππ„π‘π‰π€π˜π€ ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŠπ„πƒπ”π“π€π€π 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 π‘π„ππ”ππ‹πˆπŠ πˆππƒπŽππ„π’πˆπ€

6 April 2026: Hospital Cyberjaya telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Pesakit Warganegara Indonesia bersama Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) Kuala Lumpur bagi membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan pesakit warganegara Indonesia di Hospital Cyberjaya.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dr. Mardiah binti Masharuddin, Timbalan Pengarah (Perubatan) Hospital Cyberjaya dan turut dihadiri oleh Tn. Syed Mohd Fariz bin Syed Mansor Al Idrus, Timbalan Pengarah (Pengurusan) Hospital Cyberjaya. Manakala dari pihak Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) p**a diwakili oleh Dr. Akhmad Baihaqie, Kaunselor Menteri (Minister Counsellor) bersama pegawai-pegawai dari KBRI dan juga ketua-ketua unit Hospital Cyberjaya merangkumi Unit Pentadbiran Aset dan Stor, Kewangan dan Hasil, Ketua Penyelia Jururawat serta Unit Komunikasi Korporat.

Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada perbincangan isu-isu operasi dan cabaran semasa, laporan tunggakan pembayaran caj rawatan, serta cadangan penambahbaikan kerjasama strategik antara KBRI dan Hospital Cyberjaya. Perbincangan ini diharap dapat memperkukuh penyelarasan pengurusan pesakit warganegara Indonesia serta memastikan kelancaran proses rawatan dan pentadbiran.

Inisiatif kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan serta memperkukuh hubungan diplomatik dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Indonesia.





Address

HOSPITAL CYBERJAYA, PERSIARAN MULTIMEDIA, CYBER 11
Cyberjaya
63000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Cyberjaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share