15/04/2026
“Jangan Abaikan Tekanan Berpanjangan: Fahami Tanda PTSD”
Post-traumatic stress disorder (PTSD) ialah keadaan kesihatan mental yang boleh berlaku selepas seseorang mengalami atau menyaksikan peristiwa traumatik. Ia bukan sekadar “stress biasa”, individu yang mengalaminya mungkin berdepan dengan pemikiran yang mengganggu, mimpi ngeri, atau imbasan semula kejadian secara tiba-tiba.
Antara tanda yang perlu diberi perhatian:
1.Pengalaman semula – kenangan atau mimpi yang datang tanpa diduga.
2.Mengelak & hilang rasa – cuba menjauhkan diri daripada perkara yang mengingatkan trauma.
3.Hiperarousal – mudah terkejut, gelisah atau sukar tidur.
4.Perubahan emosi & pemikiran – rasa negatif, putus asa atau hilang minat terhadap perkara yang biasa disukai.
Di ProtectHealth, kami percaya kesihatan mental sama penting dengan kesihatan fizikal. Dalam menghadapi tekanan hidup dan cabaran harian, penting untuk kita lebih peka dengan keadaan diri sendiri dan orang sekeliling.
Jangan pendam! Dapatkan sokongan bila perlu, setiap orang berhak untuk rasa tenang dan sejahtera.