
29/11/2022
๐ฅ๐๐ฆ๐๐๐ข ๐ข๐๐๐ฆ๐๐ง๐ ๐ฃ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ก!
Ramai tidak sedar mempunyai berat badan berlebihan ketika hamil boleh meningkatkan risiko dan komplikasi kepada ibu dan juga bayi dikandung.
Mengupas topik penjagaan berat badan dan risiko ketika hamil Perunding Fertiliti dan Sakit Puan Dr Salini Suhaila Nasir berkata, sesetengah ibu sememangnya mempunyai berat badan berlebihan walaupun sebelum hamil.
โIndeks J***m Badan (BMI) akan dikira melalui berat dan ketinggian. Julat BMI yang sihat antara 18.5 hingga 25 dan ibu yang mempunyai BMI antara 25 hingga 29.9 dikategorikan sebagai lebih berat badan manakala 30 ke atas p**a dikategorikan sebagai obes.
โBMI ini akan diambil pada awal tempoh kehamilan iaitu pada perjumpaan pertama antenatal. Jika BMI anda adalah 30 atau lebih, kakitangan kesihatan akan memberikan maklumat mengenai risiko yang bakal dihadapi ketika proses kehamilan dan langkah untuk meminimumkan risiko itu,โ katanya.
Dr Salini Suhaila berkata, selain wanita yang dikategorikan sebagai obes, ibu yang mempunyai BMI melebihi 25 juga mempunyai risiko sama terutama apabila BMI meningkat sehingga 40.
๐ฅ๐๐ฆ๐๐๐ข!
โAntara risiko yang paling dibimbangkan adalah terjadinya darah beku di bahagian kaki atau ketulan darah beku di kaki ini bergerak mengikut aliran darah yang kemudian boleh menyumbatkan saluran darah ke paru-paru (embolisme pulmonari).
โWanita hamil mempunyai risiko lebih tinggi mengalami masalah darah beku jika dibandingkan dengan wanita tidak hamil terutama kepada wanita yang mempunyai BMI lebih 30,โ ujarnya.
Menurutnya, selain darah beku, wanita hamil yang mempunyai berat badan berlebihan berisiko tiga kali ganda untuk menghidap kencing manis ketika hamil.
โSegelintir wanita didapati mempunyai masalah kencing manis hanya ketika hamil dan memerlukan penjagaan kesihatan yang lebih bagi mengurangkan pelbagai risiko tidak diingini terutama saiz bayi yang besar.
โUntuk pengetahuan, saiz bayi yang dilahirkan juga bergantung kepada genetik dan saiz ibu dan bapa. Jika ibu mempunyai BMI tinggi, ia meningkat potensi untuk melahirkan bayi yang besar,โ katanya.
Katanya, antara risiko lain adalah masalah tekanan darah tinggi dan mempunyai protein di dalam air kencing.
๐ฅ๐๐ฆ๐๐๐ข ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐๐๐ฌ๐!
Dr Salini Suhaila berkata, sekiranya si ibu memiliki BMI melebihi 30 sebelum kehamilan atau pada peringkat awal kehamilan, ia boleh mengganggu perkembangan awal bayi ketika di dalam rahim.
โKecacatan pada bahagian otak dan tulang belakang bayi boleh berlaku namun risikonya agak rendah iaitu satu daripada 1,000 kelahiran.
โNamun, sekiranya si ibu mempunyai BMI lebih 40, risiko itu akan meningkat tiga kali ganda,โ katanya.
Menurutnya, selain itu, risiko keguguran bawah 12 minggu juga boleh terjadi kepada ibu yang mempunyai BMI berlebihan dan turut berisiko mempunyai berat bayi yang besar iaitu melebihi empat kilogram (KG).
โSi ibu juga perlu mengetahui, anda juga berdepan risiko bayi mati di dalam kandungan selain bayi juga berpotensi mengalami masalah obesiti dan kencing manis selepas dilahirkan.
โSemua yang dinyatakan ini bukan untuk menakutkan namun ia perlu diketahui oleh setiap wanita hamil bagi memastikan mereka sentiasa menjaga pemakanan dan rutin harian,โ ujarnya.
Menyentuh mengenai proses kelahiran, Dr Salini Suhaila berkata, ibu yang memiliki BMI berlebihan juga berisiko untuk melahirkan bayi pramatang iaitu sebelum kandungan berusia 37 minggu.
โSelain itu, proses kelahiran juga berkemungkinan mengambil masa yang panjang, bahu bayi boleh tersangkut ketika proses kelahiran, melalui kelahiran secara pembedahan kecemasan dan tumpah darah selepas bersalin.
โSemua risiko kelahiran ini sangat membimbangkan kerana ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi lain kepada si ibu dan kepada bayi,โ katanya.
๐ฆ๐ข๐๐จ๐ฆ๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐!
Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, BERTINDAK sekarang dengan mengurangkan berat badan anda!
Nak tahu cara mudah turunkan berat badan? Klik link dibawah untuk kami bantu anda.
Hubungi Perunding kami, klik link ini - https://mieyla.shop/order/form/nofexs