Home Sweet Store

Home Sweet Store Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Home Sweet Store, Home Health Care Service, Ara Damansara, Damansara.

buah avocado sangan baik untuk kesihatan, ia juga mengandungi pelbagai nutrien yang membantu kulit anda agar sihat dan s...
01/10/2021

buah avocado sangan baik untuk kesihatan, ia juga mengandungi pelbagai nutrien yang membantu kulit anda agar sihat dan segar.
ia juga kaya dengan vitamin B5, B6, C, E dan Vitamn K. Dan ia mengandungi FOLATE yang membantu badan anda menghasilkan sel baru.
avocado mempunyai kandungan lemak sihat dan dapat mengurangkan kerosakan dalam badan anda.
Ia juga membantu mengurangkan risiko sakit jantung. dengan mengurangkan tahap kolestrol jahat

Cara memilih cili yang baik boleh ikut tips di bawah ni ye...😍
30/09/2021

Cara memilih cili yang baik boleh ikut tips di bawah ni ye...😍

Dapur merupakan salah satu ruang paling penting dalam rumah, oleh kerana itu anda wajib menjaga kebersihan dapur.Ada beb...
29/09/2021

Dapur merupakan salah satu ruang paling penting dalam rumah, oleh kerana itu anda wajib menjaga kebersihan dapur.

Ada beberapa tips mungkin membantu anda dalam memastikan dapur anda kekal bersih dan rapi.
1. Menyimpan kembali barang yang digunakan di tempat asalnya selepas digunakan

2. Cuci peralatan masak sebelum memasak agar barang yang perlu dibersihkan setelah memasak berkurang dan tidak merasa malas untuk membersihkannya.

3. Jangan tinggalkan pinggan mangkuk yang dah bersih di tempat cuci terlalu lama

4. Bukan hanya pinggan mangkuk perlu dibersihkan. tapi tempat memasak seperti dapur gas juga perlu dibersihkan kerana jika dibiarkan kotoran akan melekat dan tidak bersih. lakukan secara rutin

Resepi Nasi Ayam SpecialBahan-Bahan:Bahan untuk ayam (direbus) :1 ekor ayam dipotong 82 ulas bawang putih, ditumbuk halu...
04/07/2021

Resepi Nasi Ayam Special

Bahan-Bahan:
Bahan untuk ayam (direbus) :
1 ekor ayam dipotong 8
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
2 cm halia, ditumbuk halus
1 kiub ayam
Bahan Untuk Ayam (diperap) :
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia, ditumbuk halus
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 sudu besar kicap cair
Sedikit madu untuk sapuan
Bahan Untuk Nasi:
3 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar butter
1 cm halia ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
Sedikit garam
2 bunga lawang*
4 buah pelaga*
1 kayu manis*
1 batang serai ketuk
2 helai daun pandan
Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
Bahan Untuk Sos:
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan Untuk Sup:
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar, dikisar
Rempah sup bunjut
Garam
Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Bahan untuk kuah kicap:
Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air Rebusan Ayam Cara Penyediaan:
Cara Untuk Ayam:
Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
Cara Untuk Memasak Nasi:
Basuh beras dan tos air.
Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
Cara Untuk Memasak Sup:
Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Cara Untuk Memasak Sos:
Kisarkan semua bahan di atas.
Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Cara Untuk Memasak Kuah Kicap:
Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.
TIPS:
Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

SELAMAT MENCUBA 😍

Resepi Masakan Gulai Ikan Kering Tumis DaratBahan-bahan:Bahan kisar:Bawang besarBawang putihBahan tumis darat:Bawang bes...
24/09/2020

Resepi Masakan Gulai Ikan Kering Tumis Darat
Bahan-bahan:
Bahan kisar:

Bawang besar
Bawang putih
Bahan tumis darat:

Bawang besar (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Daun kari
Bahan lain:

Ikan kering talang (direndam)
Rempah ikan kering
Santan
Ubi kentang
Ubi keledek oren
Nenas
Terung
Cili muda besar
Tomato
Sedikit serbuk kunyit
Garam & serbuk perasa
Cara-cara:
1) Tuang rempah dalam periuk dan tambahkan air dan sedikit minyak.
2) Tuang bahan kisar dan serbuk kunyit. Tunggu rempah masak sekejap.
3) Masukkan ubi.
4) Setelah ubi empuk, masukkan terung.
5) Setelah terung hampir lembut, masukkan ikan masin, nanas, santan, garam dan serbuk perasa.
6) Setelah mendidih, masukkan cili muda dan tomato.

Menggunakan kuali berasingan, masukkan sedikit minyak dan tumis bahan tumis darat hingga kekuningan.

7)Kemudian, masukkan ke dalam gulai tadi.

Sedia untuk dihidangkan.

Tiada alasan untuk masak dah lepas ni selepas mengunakkan alat ini.. 😘
24/09/2020

Tiada alasan untuk masak dah lepas ni selepas mengunakkan alat ini.. 😘

Resepi Daging Masak HitamBahan-bahan:Bahan tumis:1 kg daging (direbus)2 batang serai (diketuk)2-3 tangkai daun kariRempa...
24/09/2020

Resepi Daging Masak Hitam
Bahan-bahan:
Bahan tumis:

1 kg daging (direbus)
2 batang serai (diketuk)
2-3 tangkai daun kari
Rempah 4 sekawan
Bahan kisar

2 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari
10-15 tangkai cili kering
1 paket kecil serbuk kari daging
Kicap
Gula
Sedikit garam
Cara-cara:
Tumis semua bahan tumis kecuali daging hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar dan tunggu pecah minyak.
Kemudian, masukkan daging.
Masukkan kicap dan kacau sebati.
Perasakan dengan gula dan garam.

Masih masak mengunakan Tong Gas?Jom kita ubah masak guna eletric lagi mudah dan jimat 😍
24/09/2020

Masih masak mengunakan Tong Gas?
Jom kita ubah masak guna eletric lagi mudah dan jimat 😍

Sweet kan bunga colour pink kalau kat rumah kita 😍
24/09/2020

Sweet kan bunga colour pink kalau kat rumah kita 😍

Address

Ara Damansara
Damansara

Telephone

+60192372426

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Home Sweet Store posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram