
22/11/2024
Notis Pemberitahuan - Pengunaan Imej Dan Media Amoijamu Tanpa Persetujuan Untuk Kempen Pemasaran Produk.
Saya telah dimaklumkan oleh banyak pihak terutamanya daripada pihak pelanggan-pelanggan saya, bahawa Imej dan Media saya telah digunakan untuk mempromosikan sebuah kempen pemasaran untuk satu produk herba tanpa persetujuan saya. Saya ingin mengambil peluang ini untuk membantah penggunaan kaedah pemasaran seperti ini. Dengan ini, saya Amoijamu dan juga pihak syarikat saya ingin memaklumkan kepada orang awam bahawa kita tidak ada kena mengena dengan produk ataupun syarikat pengeluaran produk ini.
Saya harap pihak syarikat tersebut yang saya tak nak namakan terlebih dahulu mengambil langkah untuk menghentikan kempen pemasaran yang melibatkan Media dan Imej saya dengan serta merta, jika ada apa kekengkangan, boleh je hubungi saya melalui amoijamu@amoijamu.com.
Walau bagaimana pun, saya percaya setiap masalah ada penyelesaian yang baik. Terima kasih
Link Youtube Amoijamu :
https://youtu.be/HdI77083XNU?si=uZHoHQ1A-FSSodkR