Unit Kesihatan Uitm Terengganu

Unit Kesihatan Uitm Terengganu Unit Kesihatan UiTM Terengganu

20/07/2025

Setinggi-Tinggi Tahniah Kepada

Unit Kesihatan
UiTM Kampus Dungun
UiTM Kampus Bukit Besi
UiTM Kampus Kuala Terengganu

Atas pencapaian menerima Anugerah Penganjur Aktif bersempena Majlis Anugerah Penderma Darah & Penganjur Kempen Derma Darah Peringkat Negeri Terangganu Tahun 2025

Daripada Rektor dan seluruh warga UiTM Cawangan Terengganu



TINJAUAN AWAL PENYERTAAN PROGRAM SARINGAN KESIHATAN MELALUI PENGAMBILAN DARAH Sukacita adalah dimaklumkan bahawa Unit Ke...
29/06/2025

TINJAUAN AWAL PENYERTAAN PROGRAM SARINGAN KESIHATAN MELALUI PENGAMBILAN DARAH

Sukacita adalah dimaklumkan bahawa Unit Kesihatan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun bercadang menganjurkan Program Saringan Kesihatan Melalui Pengambilan Sampel Darah pada bulan September 2025 bertempat di UiTM Kampus Dungun.

Program ini bertujuan untuk membantu warga kampus dan juga komuniti luar menjalani pemeriksaan kesihatan awal yang melibatkan ujian darah bagi mengesan faktor risiko seperti diabetes, kolesterol tinggi, fungsi hati dan buah pinggang serta beberapa penanda kesihatan lain. Berikut adalah maklumat program:

Sesi 1 - Pengambilan Sampel Darah
Tarikh : 8 September 2025 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Unit Kesihatan, UiTM Kampus Dungun

Sesi 2 - Konsultasi Keputusan Ujian Darah
Tarikh : 11 September 2025 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Dataran Sura, UiTM Kampus Dungun

Kos Pakej Saringan
Pakej Saringan Asas - RM60 : Ujian darah FBC, RFT/LFT, Lipid Profile, Diabetes Screening, Gout, HbA1c, Ujian Air Kencing.

Tambahan Pakej Saringan Kanser *Harga ini ialah tawaran kepada peserta yang mengambil pakej saringan asas sahaja.* - RM20 (Bagi setiap satu jenis saringan kanser) : Alpha-Fetoprotein (AFP)/ Prostate-Spesific Antigen (PSA)/ CA125/CA15.3/CA19.9/Carcinoembryonis Antigen (CEA).

Bagi tujuan perancangan awal, kami ingin menjalankan tinjauan minat untuk mengenalpasti bilangan staf dan komuniti luar yang berminat untuk menyertai program ini. Untuk makluman, harga saringan asas adalah bergantung kepada jumlah penyertaan.

Sila tekan link dibawah untuk penyertaan tinjauan awal>>>
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfjepxP6HTD2a5FNUMeMddvAzrQhhbZI-1lKN8pyHXi_E-wyw/viewform?usp=sf_link

Penyertaan anda dalam tinjauan ini amat dihargai bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan program yang dirancang. Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi pihak Unit Kesihatan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun. (No. telefon: 098400340, Ext: 1340).

Terima kasih.

,kesejahteraandicapai

💜

Assalamualaikum dan salam sejahtera!PROGRAM 10,000 LANGKAH BERSAMA UNIT KESIHATAN UiTMCTKDTarikh: 19 Jun 2025, KhamisMas...
22/06/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

PROGRAM 10,000 LANGKAH BERSAMA UNIT KESIHATAN UiTMCTKD

Tarikh: 19 Jun 2025, Khamis
Masa: 8.30pagi - 10.00petang
Lokasi: Bangunan Karisma (HEP), UiTM Kampus Dungun.

Alhamdulillah, program 10,000 Langkah anjuran Unit Kesihatan UiTM Kampus Dungun bersama staf Hal Ehwal Pelajar telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program ini bertujuan memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus.
Program ini bermula dengan pemeriksaan kesihatan meliputi bacaan tekanan darah, BMI dan paras glukosa darah, diikuti dengan sesi ceramah kesihatan oleh Dr. Zaizul Hairudi bin Mohd Zain. Acara diteruskan dengan aktiviti brisk walk sebagai simbolik amalan gaya hidup aktif.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua peserta dan urus setia yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat memberi manfaat berpanjangan kepada kesejahteraan warga kampus.

17/06/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

KEMPEN DERMA DARAH PERDANA: UiTM Heartbeat Nationwide Blood Drive for a Better Tomorrow

Tarikh: 16 Jun 2025, Isnin
Masa: 10.00pagi - 3.00petang
Lokasi: Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Kampus Dungun.

Sempena kempen derma darah Perdana UiTM dengan kerjasama Unit Transfusi HSNZ, seramai 140 orang telah datang untuk mendaftar. Namun, sebanyak 95 bag darah sahaja yang berjaya dikumpul sepanjang program ini dijalankan. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada semua penderma yang terlibat dan memberikan sokongan dalam kempen derma darah kali ini. Sumbangan anda amatlah kami hargai dan pastinya membawa harapan serta mampu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

17/06/2025
2 Februari 2025 Taklimat Pengendalian dan Pengurusan Kesihatan Mental Pelajar
05/02/2025

2 Februari 2025

Taklimat Pengendalian dan Pengurusan Kesihatan Mental Pelajar

9 Januari 2025Program Derma Darah dengan kerjasama Hospital Sultanah Nur Zahirah. Tahniah kepada semua penderma👏👏
05/02/2025

9 Januari 2025
Program Derma Darah dengan kerjasama Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Tahniah kepada semua penderma👏👏

Program Vaksinasi HPV anjuran Unit Kesihatan UiTMCTKD dengan kerjasama National Cancer Society Malaysia.Terima kasih dan...
14/11/2024

Program Vaksinasi HPV anjuran Unit Kesihatan UiTMCTKD dengan kerjasama National Cancer Society Malaysia.

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat👏

10 November 2024Program Derma Darah dengan kerjasama Hospital Sultanah Nur Zahirah.  Tahniah kepada semua penderma👏👏
12/11/2024

10 November 2024

Program Derma Darah dengan kerjasama Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Tahniah kepada semua penderma👏👏

12/11/2024
JEMPUTAN KE PROGRAM VAKSINASI HPV PERCUMA UNTUK STAF/PELAJAR/AHLI KELUARGA BERUMUR 12 HINGGA 40 TAHUNAssalamualaikum dan...
06/11/2024

JEMPUTAN KE PROGRAM VAKSINASI HPV PERCUMA UNTUK STAF/PELAJAR/AHLI KELUARGA BERUMUR 12 HINGGA 40 TAHUN

Assalamualaikum dan salam sejahtera😊Dimaklumkan bahawa Unit Kesihatan, HEP UiTM Terengganu dengan kerjasama National Cancer Society MalaysiaSociety Malaysia (NSCM) akan menganjurkan program pemberian vaksinasi Human Papillomavirus (HPV) secara percuma untuk staf/pelajar/ahli keluarga yang berumur 12 hingga 40 tahun . Butiran program yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 12 November 2024 (Selasa)
Tempat : Unit Kesihatan, UiTMCTKD
Masa Pendaftaran : 9.00 pagi - 3.00 petang
Bayaran : PERCUMA SAHAJA!!

Untuk pendaftaran, sila klik link dibawah:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd19oa4rjpWJcAao68gnC-SrQo0ehRt6MYd4c8_bI8sZSG7Mg/viewform

Marilah kita sama-sama mengambil vaksin bagi pencegahan awal sebarang kanser tidak kira lelaki mahupun wanita.🎀



💜

Address

Unit Kesihatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu, Kampus Dungun
Dungun
23000

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00

Telephone

+6098400340

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Kesihatan Uitm Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Unit Kesihatan Uitm Terengganu:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram