01/06/2024
SJAM Barat Daya once again, proud to be invited by Tabung Haji to be involved in the yearly Haj Operation. Phase 1 (Fasa 1) begin from 24th May 2024 until 2nd June 2024, involving 14 flights from Penang International Airport. We have been serving the Jemaah Haji from Tabung Haji for many decades and hope to continue to volunteer and serve the pilgrims with our utmost dedication and care. Haj services have been highlighted by our State Commander to be a key operation in our yearly calendar/programme, and us in SJAM Barat Daya, will do our very best to make sure all pilgrims be safe and taken care of every step of the way.
We would like to take this opportunity to thank Tabung Haji for having the trusts in us, and also all our dedicated officers, who worked tirelessly, day and night, every year, prioritizing our Jemaah Haji comfort and safety. Indeed, this operation has become part of our sweat and blood. We look forward and encourage for more volunteers and officers from SJAM to participate in this service duty in the future. We also hope to receive more kind donations from the public to assist on better equipments and wheelchairs for these activities.
We are also very proud to welcome his Excellency the Governor of Penang, Tuan Yang Terutama Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, for officiating the Haj Operation as well as our Honourable Deputy Chief Minister of Penang, YB Dato Dr Mohamad Bin Abdul Hamid for gracing the event.
We are looking forward to serve and welcome home our Jemaah Haji in Phase 2 (Fasa 2), which will begin on the 5th of July 2024!
SJAM Barat Daya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tabung Haji di atas jemputan untuk sekali lagi terlibat dalam operasi Haji tahun 2024, Fasa 1 yang bermula pada 24hb Mei 2024 ke 2hb Jun 2024. Tahun ini, operasi penerbangan Haji dari Pulau Pinang melibatkan 14 penerbangan dan lebih kurang 2000 jemaah.
Operasi Haji merupakan antara program utama bagi kami di SJAM Barat Daya setiap tahun. Sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kami untuk terlibat dalam membantu Jemaah Haji setiap tahun. Malah, Komander Negeri kami juga, menyarankan kepada kami bahawa, Operasi Penerbangan Haji adalah sangat penting dan harus diberikan keutamaan. Kami dari pihak SJAM Barat Daya amat mengambil berat dan sentiasa bersedia untuk berkhidmat demi keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan Jemaah Haji kesayangan kami. Kami berharap semua Jemaah Haji akan selamat menunaikan ibadah di Tanah Suci dan Inshallah dikurniakan dengan Haji yang Mabrur.
Kami sangat berharap dan mengalu-alukan lebih ramai lagi pegawai-pegawai SJAM dan sukarelawan yang akan melibatkan diri dalam operasi Haji pada masa yang akan datang. Kami juga sentiasa mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari masyarakat untuk membantu pihak kami bagi menjalankan operasi kami dengan lebih baik lagi. Sumbangan kewangan, kerusi roda, peralatan kecemasan sentiasa diperlukan oleh pihak kami.
Pada tahun ini sekali lagi, operasi Haji kali ini sangat bertuah kerana menerima kunjungan dari TYT Tun Ahmad Fuzi Bin Abdul Razak, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan isteri Toh Puan Dato Seri Utama Khadijah Binti Mohd Nor. Turut serta Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang YB Dato Dr Mohamad Bin Abdul Hamid bersama-sama isteri beliau.
Fasa 1 bakal berakhir dan kami di SJAM Barat Daya tidak sabar menanti dan bersedia untik kembali berkhidmat untuk Fasa 2, yang akan bermula pada 5hb Julai 2024.
Sekali lagi, Selamat menjalankan Ibadah Haji kepada Jemaah Haji kita. Kami doakan keselamatan dan kesihatan yang baik kepada semua Jemaah Haji. Semoga mendapat Haji yang Mabrur!