Majlis Gelanggang Pusat Pertubuhan Seni Silat Harimau Gayong Malaysia

  • Home
  • Malaysia
  • Gerik
  • Majlis Gelanggang Pusat Pertubuhan Seni Silat Harimau Gayong Malaysia

Majlis Gelanggang Pusat Pertubuhan Seni Silat Harimau Gayong Malaysia Pertubuhan Seni Silat Harimau Gayong Malaysia (PSSHGM) diasaskan oleh Paduka Ayahanda Utama Mahaguru Paksu Dahari Bin Kamarudin
NO LESEN : PPM 009-08-21032013

01/12/2025

Admin 🐯

Dalam mendalami ilmu persilatan perlukan kesungguhan dan kesabaran dan yang paling utama jagalah adat dan adab dalam berguru, tiga perkara yang selalu diingatkan dan diterapkan dalam Harimau Gayong Malaysia. Pertama jagalah hubungan dgn Allah SWT, kedua jagalah hubungan dengan kedua IBU BAPA dan yang ketiga jagalah hubungan dengan GURU, moga anak² PSSHGM terus istiqomah.


Nak Kenal Zionis Tempatan di Malaysia?Hari ini di Israel ada sambutan Yom Kippur, hari paling suci dalam kalendar Yahudi...
02/10/2025

Nak Kenal Zionis Tempatan di Malaysia?

Hari ini di Israel ada sambutan Yom Kippur, hari paling suci dalam kalendar Yahudi. Bagi mereka, ia hari penebusan dosa. Mereka berpuasa, mereka berdoa, mereka cuba membersihkan diri.

Manakala di Malaysia, Hari ini adalah Hari mengenali siapa Zionis tempatan. Mereka ini tidak berpuasa, tidak berdoa seperti Yahudi di Israel tetapi hari ini mereka dengan rela mempertontonkan wajah sebenar mereka.

Nak tahu siapa penyokong Zionis di negara ini? Tidak perlu siasatan besar-besaran. Tidak perlu risikan sulit.

Cukup buka berita tentang Global Sumud Flotilla, terutama di portal berita bahasa Inggeris atau bukan bahasa Melayu. Boleh mula di NST, MalayMail atau MalaysiaKini.

Tekan ruangan reaction, lihat emoji yang muncul. Akan ada yang memilih laugh react pada berita sukarelawan Malaysia diculik. Akan ada p**a yang menulis komen seolah-olah Israel itu mangsa, Palestin itu penjenayah.

Propaganda Zionis yang sama diulang: kononnya Global Sumud Flotilla adalah sekutu Hamas. Di situlah wajah sebenar Zionis tempatan terbongkar.

Mereka ini hidup di tanah Malaysia, makan hasil bumi yang sama, tetapi hati mereka bersama penjajah dan pelaku genosid asing.

Mereka ketawa melihat kapal bantuan kemanusiaan diserang. Mereka bersorak bila aktivis Malaysia diikat dan dipukul. Mereka anggap nyawa rakyat Palestin murah, seolah tidak ada nilai.

Kononnya semua ini atas nama “realiti geopolitik” atau “hak mempertahankan diri Israel”. Hakikatnya, mereka sedang menayangkan jiwa yang lama sudah tunduk kepada kuasa zalim.

Lebih malang, mereka lupa atau sengaja tidak peduli bahawa 12 rakyat Malaysia kini ditawan Israel di perairan antarabangsa. Mereka bukan askar, bukan pengganas, tetapi sukarelawan yang membawa ubat, makanan, dan harapan. Kalau Israel boleh sesuka hati bertindak di laut bebas, apa lagi yang mereka sanggup lakukan selepas ini?

Sesiapa yang ketawa pada berita sebegini bukan sekadar mentertawakan Palestin. Mereka sedang mentertawakan sebuah kemanusian sendiri. Mereka sedang mentertawakan maruah Malaysia.

Jadi, kalau kita mahu tahu siapa Zionis di tanah air, tidak perlu radar, tidak perlu teleskop. Cukup buka Facebook, pergi ke berita tentang flotila. Lihat siapa yang ketawa. Itulah mereka. Wajah yang mungkin sebilik dengan kita, sefakulti dengan kita, sepejabat, setaman atau sekampung dengan kita. Tetapi jiwa mereka bukan lagi bersama kita.

Dan kita mesti sedar satu perkara. Israel tidak akan tegak tanpa dua jenis manusia. Zionis di Tel Aviv, dan Zionis kecil yang sorak dari jauh. Kedua-duanya sama beracun. Kedua-duanya sama berbahaya.

P/s: Cuba Semak silap silap kawan kawan sepejabat.

Kredit : Khairul Azri

Senarai orang Malaysia yang terlibatMohon doakan team Sumud Flotilla 🤲🏻
01/10/2025

Senarai orang Malaysia yang terlibat

Mohon doakan team Sumud Flotilla 🤲🏻

Kalau pecah seluruh kulitku, luruh seluruh dagingku...putus seluruh uratku,Hancur seluruh uratku, hancur seluruh tulangk...
25/02/2025

Kalau pecah seluruh kulitku, luruh seluruh dagingku...putus seluruh uratku,
Hancur seluruh uratku, hancur seluruh tulangku, tak kan dapat menahan semangatku, untuk membebaskan tanah Melayu ku ini.


MERIAM MELAYU 🔥AMBIL TAHU AMBIL PEDULI Jikalau meriam ini boleh berbicara, pasti dia akan nyatakan kerinduan kepada Tana...
15/12/2024

MERIAM MELAYU 🔥

AMBIL TAHU AMBIL PEDULI

Jikalau meriam ini boleh berbicara, pasti dia akan nyatakan kerinduan kepada Tanah Melayu yang ditinggalkan lebih 400 tahun lalu. Ini lambang penjajahan kafir ke atas orang Islam. Pada hari ini, kita p**a dituduh pendatang dari seberang atau orang yang merampas hak orang terasing di hutan. Tangan yang menyuap nasi, digigit. Ibarat mendukung biawak hidup. Madu diberi, tuba dibalas. Jangan sampai, apa yang tersisa turut dirampas. Kelak anak cucu kita bakal menjadi hamba kepada bangsat yang menjadi tuan. Cukup-cukuplah berdengki khianat sesama kita, menjadi barut dan talibarut menutup buncit kerana nafsu. Bersatu. Hayatilah kisah meriam Melayu yang kita tak mampu untuk membawanya p**ang.

MERIAM TEMBAGA KERAJAAN MELAYU SINGGORA

Artifak & Sejarah Meriam orang Melayu
Meriam Tembaga Singora di Chelsea - 1623..
Alhamdulillah, berkesempatan singgah dan melihat sendiri peninggalan hasil kerja tangan Orang Melayu menghasilkan 'Meriam Singora' yang kini di pameran di hadapan pintu masuk Royal Hospital Chelsea (Hospital Pencen Tentera) di Chelsea. Salah satu satu bukti kehebatan Orang-orang Melayu dahulu membina meriam sebahagian dari kelengkapan perang.

Ada kesempatan ke Kota London bolehlah singgah dan melihat sendiri.
Kini Singora lebih di kenali sebagai Songkhla merupakan sebahagian dari wilayah di selatan negara Thailand.
Transliterasi Cap Tulisan Jawi di Meriam :
عَلَامَةُ صَاحِبِهِ
السُّلْطَان سُلَيْمَان شاه
مَلِكُ الْمُظَفَّر اِسْمُ لَقَبِهِ في هِجْرَة
ثَلَاثَ وَسِتُّون وَأَلْف في سَنَة
الأَليف وَأَرْبَع يَوْم مِنْ شَهْرِ
ذوالقعدة في يومِ
الإثنينتندا ڤميليكڽ
يأيت السلطان سليمان شاه
*مَلِكُ الْمُظَفَّر* نام ݢلرنڽ دالم هجرة
تيݢ دان انم ڤولوه دان سريبو دالم تاهون
*الأليف* دان امڤت هاري درڤد بولن
ذوالقعدة دالم هاري
إثنين
Senjata & Sejarah : Meriam Tembaga Singora di London - 1623

Itu adalah sebahagian dari koleksi foto-foto Meriam Tembaga dari Singora yang berjaya di rampas oleh Kolonial Inggeris dari Burma. Sebelum itu meriam ini merupakan harta rampasan perang Burma dari Singaro yang merupakan sebahagian dari jajahan Siam ketika berlakunya Perang Burma - Siam yang ketiga 1763-1767.

Dari terjemahan tulisan atas meriam: Meriam Tembaga ini dipercaya dbina untuk Sultan Sulaiman Shah, Singora pada tahun Hijrah 1623 (Masihi October 1887). Tulisan diukir oleh Tun Juma'at Abu Mendus iaitu pembina meriam, seorang anak Melayu Singgora, Tanah Melayu.

Kerajaan Inggeris di India menghadiahkan meriam ini kepada Royal Hospital di Chelsea London sebagai “ Burmese Trophy Gun”.

Nota dari London :
“The inscriptions record that the gun was made in Malaya in or about 1653, and engraved by Tun Juma' at Abu Mendus, who was a native of Singgora, a state on the east coast of the Malayan peninsula. It is possible that he was also the maker. The gun appears to have passed into the hands of the Siamese and then to have been captured by Burmese forces in the course of their successful invasion of Siam in 1763-7. The Sultan for whom the piece was made is at present unidentified.”

Kredit artikel meriam: Izmal Karim
Rujukan :
1.Malayan Weapon – Collections Royalarmouries Website.
2.The Siamese Brass Cannon in the figure Court of the Royal Hospital Chelsea, London – Journal of the Siam Society.

ILMU GAJAH ORANG MELAYUOrang Melayu zaman dahulu adalah sebuah masyarakat yang mempunyai keilmuan yang cukup tinggi dala...
13/12/2024

ILMU GAJAH ORANG MELAYU

Orang Melayu zaman dahulu adalah sebuah masyarakat yang mempunyai keilmuan yang cukup tinggi dalam pelbagai bidang. Jika disebutkan semuanya teramatlah banyak. Ini bukan dongeng ataupun rekaan semata ianya dibuktikan dengan pelbagai ilmu yang dimiliki dan dicatitkan di dalam pelbagai jenis Manuskrip /kitab samada dalam tulisan asli Melayu rencong atau jawi. Malah kepelbagaian ilmu yang dimiliki oleh bangsa Melayu ini mencangkupi semua aspek kehidupan. Sebab itulah penjajah dahulu bila menjajah Tanah Melayu dibawanya p**ang semua manuskrip tok nenek moyang kita ke negara mereka.

Diantara kepandaian orang melayu dahulu adalah memburu , memelihara , menjinakkan , merawat , mengawal dan mengarah GAJAH. Sejak ratusan tahun lampau khidmat orang melayu untuk menjinakkan gajah telah digunakan oleh beberapa kerajaan luar , Diantaranya adalah kerajaan di china.

Menurut E.H. Schafer (1957) terdapat catatan bahawa pada tahun 554, juak-juak Melayu telah ditugaskan Kerajaan Maharaja Fei dari Wei Barat (Cina) untuk mengembala dua ekor gajah perang dari Lingnan (kini Cina Selatan & Vietnam). Gajah-gajah tersebut dikatakan dilengkapi rengga kayu dan pedang gading. Menurut rekod Cina, kerajaan Melayu Langkasuka mempunyai hubungan diplomatik dan telah menghantar ufti ke Cina pada tahun 502-507, 511, 515, 518, 520, 531 dan 568. Taftitah ufti yang diutus termasuk gajah bersama-sama pengembalanya sekali. Dalam rekod Maharaja Ming (Ming Shi-lu) p**a, beberapa ekor gajah telah dibawa rombongan yang diketuai Laksamana Melaka dan telah dihadiahkan kepada Maharaja Ming pada 27.8.1481.

Ini membuktikan orang Melayu pada zaman dahulu sudah mencapai keilmuan di tahap tertinggi di dalam pelbagai bidang.Ini dibuktikan dengan pelbagai ilmu yang dimiliki dan dicatitkan tinggalan ilmu di dalam pelbagai jenis kitab terutamanya bertulisan jawi. Sejak dari ratusan tahun lampau malah sebelum zaman kerajaan Funan, Champa dan Kerajaan Melayu Melaka memang sinonim dengan gajah. Bagi orang Melayu zaman dahulu ianya bukan sekadar menjadi simbol kekuatan tetapi penggunaan gajah digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti peperangan, pembalakkan, hiburan, pengangkutan, perdagagangan , Majlis , Adat , pernikahan, Perutusan dan keselamatan.

Malah kepelbagaian ilmu yang dimiliki oleh bangsa Melayu ini mencangkupi semua aspek kehidupan seharian.Malah dalam ilmu pemeliharaan binatang liar juga turut dibukukan, supaya memudahkan rujukan pada masa hadapan.dan orang yang mahir pandai dengan ilmu di kenali sebagai pawang.

Ilmu pawang biasanya di perturunkan secara turun menurun iaitu di warisi daripada bapa ke pada anak atau daripada datuk kepada cucu.Ada pawang Gajah, pawang buaya, pawang ular dan pelbagai lagi.Kesemua cabang ilmu di kuasai oleh orang Melayu kerana faktor persekitaran dan dekat nya alam semulajadi dengan alam Melayu.

Berbalik kepada topik iaitu Kitab Gajah (Mantera Gajah), iaitu kitab ilmu pemeliharaan Gajah oleh Orang Melayu telah lama wujud.Ini berdasarkan kewujudan manuskrip lama berjudul 'Mantera Gajah' orang Melayu telah membuktikan tersangat mahir dengan cara-cara menunduk dan menjinakkan gajah secara turun temurun. Kitab manuskrip ini juga mengandungi cara-cara menjaga dan mengubati gajah yang sakit.

Bagi menjinakkan atau melatih gajah liar adalah bukan suatu pekara yang mudah. Perlatihan atau menjinakkan gajah liar ini perlu dikendalikan oleh orang yang mahir tentang gajah.

Bukan perkara yang mudah untuk mengendalikan gajah, yang terkenal sebagai haiwan yang memiliki kekuatan untuk menumbangkan pokok besar. Maka, para sultan yang memiliki gajah akan memiliki juga seorang penjinak/penjaga atau pawang gajah. Takrif pawang gajah menurut penulis adalah individu yang berkebolehan mengubati sakit-sakit gajah

Di dalam kitab Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) ada menceritakan tentang Seri Wak Raja, Tun Umar dan Maharaja Dewa Sura yang pandai menjinakkan gajah, dan terkenal dengan ilmu berkenaan gajah.

Haiwan gajah bagi orang Melayu zaman dahulu adalah simbol kemegahan dan kemewahan.Gajah, selain daripada haiwan tunggangan, gajah juga di gunakan di dalam majlis istiadat raja-raja Melayu.Malah gajah satu ketika dahulu merupakan binatang peliharaan yang wajib bagi raja-raja Melayu zaman dahulu.Gajah peliharaan ini akan di beri nama timangan seperti dalam di dalam kitab sejarah Melayu iaitu gajah sultan Muzaffar Shah di beri nama 'Juru Demang' dalam Hikayat Seri kelantan gajah milik Long Muhammad di beri nama timangan 'Titian Balai'.

Memiliki gajah serta memberi nama ‘timang-timangan’ kepada gajah adalah satu kemestian bagi para sultan dan pemerintah. Misalnya Sultan Idris Shah II (1963-1984) yang memiliki gajah dan diberi nama ‘Mek Cik’ dan ‘Awang Majlis’. Dengan ini boleh ditakrifkan para pemerintah, terutama raja-raja memiliki hubungan yang akrab dengan gajah.

Di dalam kitab Sulatus as-sulatin p**a
Misalnya seperti yang disuratkan dalam sejarah Melayu tentang peristiwa Maharaja Dewa Sura (Pemerintah Pahang) yang sangat mahir dengan ilmu gajah, kemudian beliau telah diserang dan ditawan oieh Sultan Mansur Shah Melaka akhirnya dipenjara.

Dalam satu episod lain di Melaka terdapat seorang hulubalang yang sangat arif dan banyak pengetahuan tentang ilmu gajah hingga digelar Panglima Gajah iaitau Seri Rama, Walau bagaimanapun, ketika gajah Sultan Mansur Shah yang bernama 'kacanci' melarikan diri lalu terperangkap dalam semak berduri Seri Rama gagal mengeluarkan "Kancanci" tersebut.

Oleh itu khidmat Maharaja Dewa Sura diperlukan menyelesaikan perkara ini,lalu beliau di arahkan di lepaskan dari penjara Masalah ini berjaya di sempurnakan Maharaja Dewa Sura kerana kemampuan dan kehandalannya dalam menguasai ilmu menawan gajah. Sebagai balasannya beliau dibebaskan dan perjara, di beri persalinan, dan diminta oleh Sultan Mansur Shah untuk beliau menurunkan ilmu menawan gajah kepada setiap hulubalang di Malaka.

Gajah perang khususnya dilatih agar tidak mudah gentar dengan bunyi bising hiruk-pikuk semasa peperangan, kerana gajah perang yang berada di luar kawal amat merbahaya kepada pihak lawan atau pasukan sendiri. Perkara yang tidak diingini ini pernah terjadi semasa Portugis menyerang Melaka pada 1511 di mana gajah Sultan Mahmud tidak dapat dikawal apabila ditikam tombak panjang infantri Portugis. Gajah Sultan Mahmud telah pusing kebelakang dan melanggar gajah-gajah lain di mana Sultan Mahmud telah terjatuh dari rengga gajah tersebut. Apabila gajah Sultan tidak dapat dikawal, gajah-gajah perang lain juga turut panik melanggar dan mendatangkan huru hara kepada pasukan pertahanan Kesultanan Melaka.

Orang Melayu zaman dahulu telah mencipta sebuah kitab lengkap ilmu pemeliharaan gajah ini. Malah kitab ini tidak hanya menumpukan pada ilmu penjagaan gajah sahaja tetapi seluruh aspek berkaitan gajah peliharaan ini. Hal termasuk rawatan penyakit, petua, azimat dan mantera berkaitan gajah peliharaan ini.

Kitab Gajah ini dikatakan berasal dari Hulu Perak. Menggunakan tulisan jawi sebagai bahasa pengantar nya. Kitab ini dahulunya dimiliki oleh Dato Seri Andika Raja atau dikenali sebagai Orang Kaya-Kaya Seri Andika Raja.Isi kandungan manuskrip mantra Gajah mengandungi 80 lebih mantra dan dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu;

1. Jampi serapah yang digunakan untuk melembutkan hati gajah serta menjinakkan gajah liar.

2. Pelbagai perkongsian dan jenis-jenis perubatan herba yang digunakan oleh pawang gajah untuk mengubati sakit-sakit gajah.

3. Petua-petua untuk memelihara gajah supaya sentiasa sihat, berani, gemuk serta memiliki gading yang cantik.

4. Ilmu serta petua untuk menghalau hantu jembalang rimba di dalam hutan (semasa proses untuk menangkap gajah).

Meskipun gajah dianggap sebagai haiwan
hidup di hutan yang kebal dan gagah, namun tetap juga tidak terlepas daripada gangguan penyakit seperti cirit-birit, gila, sakit kulit dan sakit mata, batu karang dan sebagainya.

Setiap penyakit yang dialami oleh gajah ini ada penawarnya, melalui akar kayu atau daun-daun ubat yang tertentu yang akan diberikan kepada gajah secara terus atau dicampur sekali bahan makanan mereka. Kemahiran perubatan tradisional untuk menyembuhkan gajah ini sangat diperlukan supaya gajah dapat diubati dan sembuh seperti sediakala. Antara cara untuk mengubati beberapa jenis penyakit gajah ada disuratkan dalam naskah Mantra gajah seperti berikut;

1.Bab ini ubat gajah sakit perut cirit;

Ambil kulit pauh dan buah asam jawa, dan kulit kebantong, dan kulitjambu air, dan kulit sena dan langkinang atau kulitnya, sekalian itu
ditumbuk lumat-lumat beri makan gajah itu serta dengan garam
Siam, afiat

2. Bab ini ubat gajah mata berair;

Maka ambil buah muting bakar hangus-hangus, maka asah dengan
air limau nipis, maka bubuh pada mata gajah itu.

4. Bab ini ubat gajahh bengkak kakinyo atou tubuhnya

Ambil halia dan kunyit dan limping dan kunyit terus. Maka gilinglumat-lumat bubuh garam Siam, maka hangatkan pada api,champurkan pada gajah itu barang tiga petang, afiat

5. Bab ini ubat gajah hendak gemuk:

Ambil patawali dan akar terung perat, dan akar terong pipit, danakar terong asam, dan akar mentajam, cincang lumat-lumat serta
garam Siam, rendam kepada bekas, maka beri minum gajah itu.

6. Petua mengenal Gajah bertuah;

Jika gajah itu gadingnya angkat sebelah kanan, gajah itu matanyaputih, gajah itu bertuah.

Untuk melatih Gajah P**a, tidak dapat dinafikan orang Melayu di zaman dahulu kala pandai memberi arahan lisan yang boleh difahami gajah. Ini dapat dibuktikan melalui kajian J. I. Miller (1927), di mana beliau mendapati beberapa perkataan asas yang dipertutur orang-orang Melayu dan difahami gajah-gajah di Kuala Kangsar dan sekitar Hulu Perak

Bahasa ini adalah arahan lisan universal yang digunakan oleh pengembala gajah dalam memberi arahan kepada gajah tunggangan mereka. Bahasa gajah ini dikatakan berasal dari perkataan-perkataan yang dipraktikkan pengembala gajah dari Patani. Ianya juga diguna pakai turun temurun oleh pengembala gajah lain di negeri-negeri utara Semenanjung Tanah Melayu yang merupakan kawasan jajahan Langkasuka suatu ketika dahulu.

Malah kehebatan orang Melayu dalam ilmu pemeliharaan gajah ini pernah dinyatakan dalam journal of the Strait Branch of the Royal Society bilangan 45, 1906 oleh Sir William George Maxwell yang merupakan Residen Perak ke 13 iaitu dari 1918 hingga 1920.

Apabila memerihalkan berkaitan ilmu gajah, tidak harus dilupakan tulisan Andaya dalam
bukunya Perak, The Abode of Grace yang menghuraikan beberapa keterangan melibatkan ilmu memelihara gajah ini.

Beliau telah mengkelaskan satu bahagian khas berkaitan gajah iaitu “The Art of
Elephant Hunting”. Melalui apa yang diperincikan oleh beliau dalam tulisannya ilmu gajah yang diamalkan oleh orang Melayu adalah merupakan satu kepandaian yang diistilahkan sebagai “the science
of elephants”. Istilah kepandaian ini merujuk kepada beberapa hal lain yang berkaitan seperti memelihara dan memburu gajah di hutan.

Sir Frank Swettenham di dalam bukunya “The Real Malay” menyentuh mengenai orang Melayu di negeri Perak dan menyatakan bahawa orang-orang Melayu pandai menjinak dan membela gajah. Berdasarkan kewujudan manuskrip lama berjudul 'Mantera Gajah' p**a, orang Melayu juga dibuktikan telah mahir dengan cara-cara menunduk dan menjinakkan gajah secara turun temurun.

Menurut Andaya lagi, amalan memburu gajah ini merupakan satu seni yang hanya dimiliki oleh golongan pemerintah dan bangsawan, misalnya Sultan Iskandar Thani dikatakan seorang yang sangat handal dalam urusan pemburuan gajah. ilmu gajah turut memperlihatkan tahap keintelektual orang Melayu itu sendiri.

Kemampuan orang Melayu menguasai ilmu gajah sehingga membolehkan gajah di jadikan haiwan pengangkutan elit oleh raja dan golongan bangsawan Melayu pada zaman silam.Ilmu, petua, mantra perubatan Dan ilmu mengenal gajah adalah bukti kehebatan Bangsa Melayu yang patut di banggakan generasi kini.


Kebanyakan orang melayu hari ini ramai yang membanggakan dan mengagumi bangsa luar , Sedangkan tok nenek moyang melayu lebih kehadapan dalam kepelbagaian aspek seperti perubatan , pembinaan , pertukangan , haiwan , perang , besi , dan masih banyak lagi bidang. Cuma mereka saja yang tidak mengenal dan mengkaji kehebatan orang melayu terdahulu. Cuba bayangkan jika kitab-kitab dan manuskrip melayu dahulu yang dirampas oleh penjajah dikumpulkan kesemuanya dan diberikan balik kepada kita , Maka tergamam lah mulut kalian melihat kepandaian dan ilmu-ilmu orang melayu terdahulu. Di belanda saja ada lebih kurang 30 ribu manuskrip yang dirampas dari Nusantara.

Alhamdulillah , Ada sebahagian ilmu orang-orang melayu terdahulu masih diteruskan dan disimpan oleh segelintir orang melayu yang mempunyai JATIDIRI sebagai anak melayu , Dalam masa puluhan tahun lagi nescaya ilmu itu akan hilang kerana anak-anak muda hari ini tiadalah minatnya untuk menuntut , mencari , menyimpan dan mengamalkannya. Bagaimana tidak ! Dengar saja petua , wirid , wafak dan sebagainya yang berkaitan MELAYU dikatakan SYIRIK DAN KHURAFAT ! Malah membakar kemenyan itu saja dikatogerikan sebagai KHURAFAT.. Apakan dayaku hanya mampu melihat , membaca dan mendengar segala tomahan karut marut dan fitnah yang dilemparkan kepada tok nenek moyang ku terdahulu , Maka lama kelamaan hilanglah segala Ilmu Warisan Bangsaku.

Sumber Credit: Tengku Daeng Mawelle
Of the World Military & Defence

Akhlak Timbangan Amalan Yang Paling Berat1. Sekiranya kita meneliti hadis-hadis Nabi, kita akan dapati bagaimana Rasulul...
01/11/2024

Akhlak Timbangan Amalan Yang Paling Berat

1. Sekiranya kita meneliti hadis-hadis Nabi, kita akan dapati bagaimana Rasulullah sangat menitik-beratkan keperibadian yang mulia. Rasulullah amat sayang kepada orang yang berakhlak mulia.

2. Rasulullah menegaskan bahawa timbangan amalan yang paling berat adalah terletak pada akhlak yang mulia. Sabda Rasulullah:

مَا مِنْ شَيءٍ فِي الِميزانِ أَثْقَلُ مِن حُسْنَ الخُلُقِ

Tiada suatu perkara yang lebih berat timbangan amalannya melainkan dari akhlak yang mulia. (HR al-Tirmizi)

3. Oleh yang demikian, jagalah adab dan akhlak kita setiap masa. Tidak perlu mencarut atau berakhlak buruk dihadapan manusia. Sampaikan mesej dengan adab yang baik. Rasulullah adalah sebaik-baik contoh teladan.

Semoga Allah membimbing kita.

‎إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْنInnalillahi wa inna ilaihi raji'un“Allahumma firlahu warhamhu waafihi wafu`anhu"”S...
20/06/2024

‎إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un

“Allahumma firlahu warhamhu waafihi wafu`anhu"

”Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman”

Aamiin YRA 🤲




Address

Gerik

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Gelanggang Pusat Pertubuhan Seni Silat Harimau Gayong Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Majlis Gelanggang Pusat Pertubuhan Seni Silat Harimau Gayong Malaysia:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram