Sang Ratu Legacy

Sang Ratu Legacy Terapi kesihatan
Barangan Keperluan Muslim

03/12/2018
Assalamualaikum...Berita baik kepada warga negeri sembilan.Jom sertai bengkel ni
22/10/2018

Assalamualaikum...
Berita baik kepada warga negeri sembilan.

Jom sertai bengkel ni


15/10/2018

Appointment Selangor KL dah buka..
19 - 21 Oktober 2018..
Pm/wassap/call/mesej
+601113372520.. Huda Rahman

14/07/2018

Orang KEDAH..
Aku balik kedah tgh bulan ni.. Appointment aku bukak dah..
Dari 16hb smpai 21hb Julai..
Nnt wassap ak tau.. 01113372520..

Masih Berbaki 6 SEAT je lgi utk PROMOSI YURAN WORKSHOP BEKAM   &  . 😍Lepas ni harga ASAL ya.. ☹️Tak dapet nak nolong dah...
01/07/2018

Masih Berbaki 6 SEAT je lgi utk PROMOSI YURAN WORKSHOP BEKAM & . 😍
Lepas ni harga ASAL ya.. ☹️
Tak dapet nak nolong dah...

01113372520-nurul

Bekam Profesional kini dibuka...
10/06/2018

Bekam Profesional kini dibuka...

04/06/2018




Muhasabah sejenak...
16/05/2018

Muhasabah sejenak...

D E L I M ABuah delima juga popular dalam bidang perubatan dan kecantikan kerana ia mempunyai kandungan nutrisi yang san...
07/03/2018

D E L I M A

Buah delima juga popular dalam bidang perubatan dan kecantikan kerana ia mempunyai kandungan nutrisi yang sangat baik untuk badan.

Perkara ini telah diamalkan sejak beribu tahun yang lalu!


FAKTA NUTRISI BUAH DELIMA

Berikut adalah beberapa senarai nutrisi yang terdapat dalam buah delima:

1- Buah delima sangat baik kepada kesihatan kerana ia mempunyai kandungan anti oksida yang lebih tinggi daripada beri asai (acai berry) ataupun teh hijau.

2- Buah delima mempunyai kadar Vitamin C yang tinggi, dalam 100ml mengadungi 16 peratus kadar keperluan harian seseorang.

3- Selain itu, buah delima juga mempunyai kadar Vitamin K yang tinggi, dimana boleh membantu kesihatan tulang. Tambahan lagi, buah delima mengandungi Vitamin B yang mana boleh membantu badan memproses protein, karbohidrat dan lemak.

4- Buah delima mengandungi manganese untuk membantu perbentukan struktur tulang semasa proses metabolik dan potasium yang boleh mengekalkan fungsi selular dan mengawal kadar bendalir dalam badan.

5- Buah ini juga mengandungi kadar fosforus, magnesium, kalsium, zink dan zat besi yang tinggi. Manakala, kandungan lemak dan kolestrol dalam buah ini sangat sedikit.

6- Buah ini hanya mempunyai 130-150 kalori, yang mana 105 kalori tersebut daripada biji (kita kebiasaannya tak makan biji tersebut).

7- Biji tersebut mempunyai kadar kalori sedemikian kerana mengadungi minyak tidak tepu, gula dan karbohidrat. Pada masa yang sama, biji tersebut mengandungi serat dan protein.


KEBAIKAN DAN KHASIAT BUAH DELIMA

Buah delima sudah digunakan dalam bidang perubatan di Timur Tengah sejak dahulu lagi. Pada masa itu, ia digunakan sebagai tonik untuk menyembuhkan penyakit ringan seperti ulser dan cirit-birit.

Jus buah delima mengandungi anti oksida seperti anthocyanin dan asid ellagik, gallic acids, dan flavanoids seperti quercetin yang mana boleh melindungi anda daripada kencing manis (diabetes), sakit jantung, osteoarthritis dan beberapa jenis kanser yang lain.

1. Khasiat Dari Sudut Kecantikan

● Pengembalikan Sel.

Buah delima boleh melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit, menolong pembentukan semula tisu-tisu badan, penyembuhan luka-luka dan memperbanyakkan peredaran darah ke kulit.

Minyak dalam biji buah delima juga memainkan peranan dalam menguatkan dan membantu lapisan epidermis kulit. Ha ini kerana bijinya juga mengandungi kadar nutrisi yang tinggi.

● Melindungi Daripada Cahaya Matahari.

Buah delima dapat melindungi kulit daripada sun burn dan merawat sebarang masalah kulit disebabkan terlalu kerap terdedah dengan cahaya matahari. Tambahan lagi, ia boleh melindungi kulit daripada radikal bebas matahari, yang boleb menyebabkan kanser. Minyak dalam buah delima mempunyai anti oksida yang boleh membantut perbentukan tumor dan barah kulit.

● Lambatkan Proses Penuaan.

Pemakanan buah delima boleh mengelakkan anda daripada hyper pigmentation, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, garis muka dan wrinkles yang biasanya disebabkan oleh pendedahan yang terlalu banyak kepada cahaya matahari.

● Mengekalkan Awet Muda.

Buah delima mempunyai kandungan yang boleh melembutkan kulit dan wajah. Pada masa yang sama menghasilkan elastin dan kolagen tambahan yang boleh mengembalikan keanjalan kulit.

● Memulihkan Kulit Yang Kering.

Buah delima ada kalanya dimuatkan dalam produk-produk kecantikan kerana ia mempunyai struktur molekul yang boleh masuk ke dalam lapisan kulit dan memberikan kelembapan tambahan.

Buah delima mengandungi punicic acid, satu bentuk omega 3 yang mengekalkan tahap kelembapan pada kulit.

● Merawat Muka Berminyak dan Berjerawat.

Buah delima sangat berguna kepada kulit yang berminyak dan berjerawat juga. Sapukan perahan buah delima pada permukaan kulit yang terjejas boleh mengurangkan pembentukan serum dan mengawal pembentukan jerawat. Tambahan lagi, buah ini juga boleh mengurangkan kesan parut disebabkan jerawat.

● Buah Delima Sebagai Face Mask.

Campurkan 1 sudu teh powdered green papaya, grape seed oil, dan grape seed extract dengan 2 sudu teh perahan delima. Kemudian sapukan pada muka. Biarkannya selama sejam dan bilas dengan air yang bersih.

● Merawat Keguguran Rambut.

Minum jus delima secara berkala boleh menguatkan akar rambut. Hal ini boleh mengelakkan masalah keguguran rambut, lantas memberikan anda rambut yang sihat.


2. Khasiat Dari Sudut Kesihatan

● Menghilangkan Radikal Bebas.

Delima mengandungi kadar anti oksida yang tinggi seperti hydrolysable tannis dan polyphenols yang mana boleh mengurangkan kesan radikal bebas dalam badan.

● Melindungi Kesihatan Jantung.

Delima membantu membuang plak pada saluran darah dan membuatkan arteri lebih fleksibel. Dengan ini, dapat mengurangkan masalah saluran darah. Pada masa yang sama mengurangkan risiko artherosclerosis, iaitu punca utama masalah jantung.

Dengan pengambilan jus buah delima boleh mengurangkan tahap kolestrol buruk (LDL) dan meningkatkan kolestrol baik (HDL), yang mana boleh meningkatkan tahap kesihatan jantung dan mengurangkan risiko masalah kardiovaskular (jantung).

● Melawan Kanser.

Buah delima mengandungi anti oksida yang mana sangat efektif dalam melawan beberapa jenis kanser, termasuklah kanser payu dara, prostat dan kulit. Selain itu, anti oksida juga memainkan peranan untuk melawan sesetengah penyakit yang lain.

Bahan anti oksida akan menyebabkan perbentukan sel darah merah untuk menyahtoksinkan badan dan membentuk sistem daya tahan badan lebih baik.

Delima juga dipercayai boleh memberikan apoptosis, satu proses di mana sel itu akan memusnahkan diri sendiri. Pengambilan segelas jus delima setiap hari boleh membantut perbentukan sel kanser dalam kanser prostat. Tambahan lagi, ia juga boleh menghalang aromatase, satu enzim yang memainkan peranan yang penting dalam pembentukan kanser payu dara.

● Membantu Sistem Penghadaman.

Delima membantu sistem badan mengeluarkan enzim dengan sifat anti-bakteria yang boleh membantu sistem penghadaman dan melawan pelbagai penyakit melalui makanan yang dimakan. Buah delima juga boleh merawat sembelit.

Cara pengambilannya adalah dengan mencampur 1 sudu teh madu dan 1 sudu teh perahan/jus buah delima ke dalam satu gelas.

● Meningkatkan Selera Makan.

Buah delima sangat sesuai untuk kanak-kanak yang tidak mempunyai selera makan. Ibu bapa digalakkan memberikan mereka minum segelas jus delima. Ini boleh membantu mereka untuk lebih berselera untuk makan.

● Menyembuhkan Anemia.

Anemia merupakan satu masalah kesihatan disebabkan oleh kekurangan sel darah merah dalam badan. Buah delima mempunyai kadar zat besi yang tinggi. Ini boleh meningkatkan kandungan hemoglobin dalam darah, dan lantas menyembuhkan penyakit anemia.

● Mengurangkan Inflamasi.

Delima mengandungi Vitamin C yang mana merupakan satu bahan anti-inflamasi. Ini boleh membantu anda mengawal dan mengurangkan penyakit asma, sakit tekat, batuk dan bersin.

● Membantu Peredaran Darah.

Buah delima juga sering digunakan untuk melegakan masalah darah tersumbat dalam saluran darah. Perkara ini boleh disebabkan oleh sesorang itu tidak mengamalkan pemakanan yang baik dan mungkin juga kerana merokok.

● Membantu Mengurangkan Berat Badan.

Kajian menunjukkan bahawa buah delima mempunyai khasiat semulajadi yang boleh mencuci badan dari dalam, detox dan membantu pembakaran lemak yang tidak digunakan. Oleh itu, buah delima sangat sesuai dijadikan satu makanan amalan setiap hari bagi sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan.

● Mengawal Kadar Gula Dalam Darah.

Walaupun buah delima mengandungi fruktos, ia tidak meningkatkan kadar gula dalam darah sepertimana buah-buah yang lain. Kajian menunjukkan bahawa tiada peningkatan gula dalam darah bagi pesakit kencing manis yang mengamalkan pemakanan/peminuman buah delima setiap hari selama 2 minggu.

● Mengawal Tekanan Darah.

Buah delima juga boleh mengurangkan tekanan darah tinggi. Jus buah tersebut boleh mengurangkan inflamasi pada saluran darah bagi pesakit masalah jantung. Ia merupakan aspirin semula jadi, yang mana boleh mengelakkan perbentukan gumpalan darah.

● Menghalang Pembentukan Plak.

Anda mungkin tidak percaya, namun jus buah delima boleh digunakan sebagai pembersih mulut, seperti mana yang dijual komersial di luar sana. Beberapa kandungan dalam buah tersebut mempunyai sifat anti plak yang tinggi.

Kajian menunjukkan bahawa buah delima boleh mengurangkan plak pada mulut (disebabkan oleh perbentukan organisma) sebanyak 84%.


3. Khasiat Tambahan Kepada Lelaki

● Mengurangkan Risiko Mati Pucuk.

Pemakanan dan peminuman buah delima secara berkala boleh mengurangkan risiko kanser prostat, mati pucuk ataupun atherosclerosis. Kandungan anti oksidanya yang tinggi boleh mengelakkan anda daripada risiko penyakit-penyakit tersebut.

● Merawat Kanser Prostat.

Kajian menunjukkan bahawa dengan pengambilan buah delima boleh mengurangkan dan dalam beberapa kes boleh menyembuhkan pesakit kanser prostat.


4. Khasiat Tambahan Kepada Perempuan

● Memberikan Kesihatan Ketika Mengandung.

Buah delima mengandungi niacin, asid folik, potassium, kalsium, vitamin c, zat besi dan serat yang tinggi. Kandungan ini boleh mengekalkan tahap kesihatan wanita yang sedang mengandung dan perkembangan bayi.

Sifat buah delima yang anti inflamasi mengekalkan peredaran darah, sangat baik untuk perkembangan fetus bayi. Selain itu, buah delima mempunyai potassium yang mana boleh mengelakkan kekejangan semasa mengandung. Pengambilan buah delima secara berkala oleh ibu yang mengandung boleh mengurangkan risiko kelahiran tak cukup bulan.

Pengambilan jus delima semasa mengandung boleh mengurangkan kekejangan dan masalah tidur yang biasanya dialami oleh wanita yang berbadan dua. Delima juga boleh meningkatkan kadar peredaran darah ke janin, yang mana boleh mengurangkan risiko kerosakan otak.

● Mengurangkan Risiko Kanser Payu Dara.

Kajian menunjukkan bahawa kandungan ellagitannins dalam buah delima boleh mengelakkan perkembangan sel kanser payu dara.


KAJIAN KES KE ATAS KHASIAT BUAH DELIMA

Sekiranya anda tertanya-tanya, betul ke buah ini mempunyai banyak khasiat ??

Percayalah bahawa sudah banyak kajian dilakukan terhadap buah ini, bahkan sejak zaman dahulu lagi. Berikut adalah salah satu daripadanya.

1. Kanser Prostat

Satu kajian pada 2006 telah menemui bahawa meminum 227ml jus buah delima setiap hari boleh melambatkan perkembangan kanser prostat lelaki. Namun, walaupun kajian tersebut dilakukan dengan penuh teliti, terdapat beberapa pihak yang tidak bersetuju dan meminta beberapa kajian tambahan untuk menyokong penemuan ini.

2. Arteri yang sempit (Carotid Artery Stenosis)

Satu kajian telah dilakukan pada 2004 tentang pesakit Carotid artery stenosis, mendapati bahawa pengambilan 50ml jus delima setiap hari selama 3 tahun boleh mengurangkan kesan buruk kolestrol kepada arteri sebanyak 50%, dan boleh menghalang perbentukan kolestrol dalam badan.

3. Masalah Jantung

Satu kajian telah dibuat pada 2005 ke atas 45 pesakit yang mempunyai masalah jantung. Mereka diberi minum 238ml jus delima selama 3 bulan dan hasilnya sangat memberansangkan. Peredaran darah mereka semakin baik dan risiko sakit jantung semakin berkurang.


Kesimpulan

● Untuk mendapatkan semua khasiat dan kebaikan daripada buah ini, anda digalakkan untuk meminum satu gelas jus buah delima setiap hari.

● Sekiranya anda ingin mendapatkan kesihatan yang baik berpanjangan, silalah masukkan buah delima dalam menu pemakanan harian anda.

Adakah anda mendapat manfaat dari artikel ini ??

Jika ya, kongsikanlah dengan ahli keluarga dan rakan-rakan agar mereka juga mendapat kebaikan yang sama seperti mana anda.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan dan cadangan tentang buah ini, silalah tinggalkan komen di bawah.


DAPATKAN JUS DELIMA AR RUMMAN HARI INI

● Jus Delima Ar Rumman 1liter
RM 150.00(free pos ke seluruh malaysia)

● Jus Delima Ar Rumman 300ml
RM49.90(RM10 kos pos ke seluruh semenanjung)

KANDUNGAN GULA:  MANIPULASI FAKTA YANG HINA DAN MENJIJIKKAN.------------------------------------------------------------...
10/02/2018

KANDUNGAN GULA: MANIPULASI FAKTA YANG HINA DAN MENJIJIKKAN.
-----------------------------------------------------------------------------

Saya jarang komen isu panas, risau ada yang tersinggung..
Tapi kalau penipuan terang-terang tak sanggup saya tengok saja..

Cubaan memperbodohkan minda kita.

Kejahilan bakal meracun anak-anak kita dengan minuman JUNKFOOD ini.

Obesiti, penyakit jantung, penyakit kanser semua berkait dengan gula berlebiham.

ISU MILO TINGGI GULA
----------------------------------

- Ketika mendedahkan kandungan Milo adalah 40% gula, Encik Vishen mahu memberitahu kita
bahawa HAMPIR SEPARUH minuman ini adalah GULA.

-Beliau mahu menekankan milo adalah minuman tinggi gula! Separuh banyak tu..
Susu segar, air teh, jus buah fresh gula tak tinggi pun.

- Lalu pakar pemakanan Syarikat Nestle menjelaskan, itu kerana MILO adalah minuman pati, kena tambah air.
Bila tambah air 200ml, kandungan gula hanya 6% Sikit je...kan?

Ini adalah satu manipulasi minda yang sangat HINA dan MENJIJIKKAN.

PENJELASAN.
--------------------

- Berapa ml air yang ditambah, 200ml ke...1 liter ke...20 gelen ke..

KANDUNGAN GULA MASIH SAMA.

-FAKTANYA tidak menafikan MILO masih merupakan minuman tinggi gula.

Nestle kata cadangan guna 6 gram gula? Betul ke 6 gram? 6 gram tu lebih sikit satu sudu kecil je gula..

- Korang buat MILO pakai berapa SUDU BESAR?

Kejap kejap...Milo cyberdefender of the universe toksah cepat sangat salahkan masyarakat..

Berapa banyak dalam Milo 3-in-1 Protomalt yang dikatakan berkhasiat tu?


Satu peket MENGANDUNGI 15 GRAM tuan-tuan dan puan-puan ...atau cadangan Nestle minum separuh peket je?

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan WHO menyarankan hanya:

25 gram gula tambahan sehari untuk dewasa
12 gram gula tambahan sehari untuk kanak-kanak
0 gram gula tambahan untuk anak-anak bawah 2 tahun.

- Sudah-sudah lah salahkan masyarakat tambah susu lah, tambah gula extra lah..

Itu memang kes**aan industri makanan juga..

Mereka memang dah study masyarakat kita yang memang dah KETAGIH gula ni..

Gula HFCS bagus gula buah..
Gula maltose bagus sebab gula malt..
Gula susu bagus sebab semulajadi maa..

GULA IS GULA..Dan yang paling teruk ialah 50% gula di dalam milo itu..gula paling ketagih..

Mereka racun anak-anak kita dengan pelbagai lagi makanan manis-manis yang mereka label sebagai

"MAKANAN SIHAT"

Di kala makanan dan minuman manis lain diharamkan, minuman manis ini masih dijual di kantin sekolah..

Mereka masih berleluasa anjurkan ceramah pemakanan sihat oleh pakar nutrisi di sekolah-sekolah..

Pada akhir program mereka beri hadiah hamper cereal, megi, air kotak kepada anak-anak kita..

# Truestory


Teruskan salah diri sendiri dan keluarga yang tambahkan gula dan susu..

Teruskan dengan pemikiran bahawa cereal sihat..milo "makanan padat nutrisi" sebab vitamin banyak..

Teruskan ditipu kerana kejahilan kita..

Teruskan meracun diri sendiri..anak-anak kita..

Lepas tu salahkan genetik dan kurang bersenam bila dapat obesiti, alahan dan kanser.

Masyarakat perlu tahu...

Kita dah kena cuci otak apa makanan sihat..apa makanan tak sihat..

Ketahui lah...

Makan gula banyak-banyak lepas tu bersenam kalau nak kurus bolehlah..

kalau nak sihat boleh mimpilah..

BANTU RAKAN DAN KELUARGA KITA keluar daripada terus dimanipulasi oleh industri kapitalis ini..

SHARE supaya ramai sedar penipuan mereka yang jijik ini..Besar kemungkinan mereka tahu argumen penjelasan mereka lemah..

Tapi mereka masih buat juga press statement sebab cakupan (reach) mereka lebih luas sebab masuk dalam media perdana. Mereka gunakan Persatuan Pengguna ISLAM yang jadi tonggak kebanggaan melayu untuk backup mereka 😠


FOLLOW dan set SEE FIRST..

Saya akan jelaskan satu persatu manipulasi industri pemakanan ini. Semoga meningkatkan kesedaran masyarakat kita.. Semoga Allah melindungi keluarga kita..

Ikhlas,

Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-

Gambar sumber blog: https://ahlammiera.blogspot.my/2015/12/jom-check-kandungan-gula-dalam-minuman.html

Rajinkan diri tengok kandungan gula dalam minuman kegemaran anak-anak kita..bukan milo saja tinggi gula ya :)

Assalamualaikum... korang s**a tak minum minuman ringan??? mesti s**a kan... Ahlam s**a minum air yogurt macam bliss dan lain2... tapi ...

30/09/2017

*Mengenal Tulang Belakang*

Tubuh manusia terdiri dari pelbagai sistem. Salah satu sistem tubuh yang dimiliki manusia adalah *Skelaton* @ *Rangka Tubuh*. Rangka berfungsi sebagai penyangga tubuh, memberi bentuk dan perlindungan, serta berperanan sebagai tempat melekatnya otot sehingga tubuh boleh bergerak.

Salah satu bahagian yang penting dari rangka tubuh ialah 'Vertebral Coloumn' @ lebih dikenali dengan 'Ruas Belakang'. Panjangnya lebih kurang 57-67 cm untuk ukuran orang dewasa. Kesemuanya ada 33 ruas tulang. 24 buah adalah tulang-tulang yang terpisah dan 9 ruas sisanya bergabung membentuk 2 tulang

Fungsi Vertebral Coloumn
- menyangga tubuh
- melindungi bahagian otak
- bahagian cakram membantu melindungi bahagian tubuh yang sensitif daripada gegaran
- menyediakan permukaan untuk otot
- memikul berat badan.

*Bahagian Vertebra* :

- 7 ruas tulang leher (cervicale)
- 12 ruas tulang punggung (thorac)
- 5 ruas tulang pinggang (lumbar)
- 4 ruas tulang ekor (coccyx)

*Pembentukan Ruas Tulang Belakang* :

- Ruas tulang belakang mulai terbentuk lebih kurang pada minggu ke 3 kehamilan

- Bentuk ruas tulang belakang seorang bayi yang baru lahir sama seperti ikan iaitu berbentuk lurus

- Ketika bayi mulai duduk, bahagian bawah ruas tulang lumbar berkembang membentuk sebuah lengkungan/kurva seperti ruas tulang belakang mamalia

- Saat mulai merangkak, bayi akan mengangkat kepala, mendongak, memaling kiri dan kanan. Pada saat ini ruas tulang cervical berkembang membentuk lengkungan/kurva ke arah depan.

- Ketika bayi boleh berdiri dan berjalan, ruas tulang lumbar (pinggang) berkembang, membentuk lengkungan/kurva ke depan sehingga terbentuklah lengkungan/kurva fisiologis ruas tulang belakang manusia yang berbentuk 'S'

26/09/2017

Stroke/ Angin Ahmar

Stroke pada awal sebenarnya yang mungkin tidak dihiraukan oleh ramai jika terkena kerana ia hanya sekejap dan pulih selepas itu. Oleh itu ada sedikit ulasan tentang penyakit ini, moga2 ia memberi sedikit pengetahuan, kesedaran dan ilmu kepada orang ramai agar lebih cakna ttg penyakit ini.

Stroke atau penyakit angin ahmar adalah merupakan suatu penyakit yang berbahaya. Ia boleh berlaku secara tiba2 terhadap sesiapa sahaja terutamanya terhadap golongan yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, masalah degupan jantung tak menentu (atrial fibrillation) dan juga masalah kolestrol dalam darah.

Terdapat 2 jenis stroke iaitu sumbatan salur darah atau cerebral infarction dan pendarahan pada otak atau hemorrhagic stroke. Secara umumnya, kedua2 jenis stroke ini akan menyebabkan bekalan darah ke kawasan otak tertentu terputus dan ini akan menyebabkan kerosakan otak seandainya rawatan segera tidak diberikan.

Untuk membezakan dua jenis stroke ini secara pasti adalah melalui CT scan otak. Justeru itu CT scan adalah mandatori di dalam diagnosis setiap pesakit stroke supaya strategi rawatan yg betul dapat diberikan.

Lebih cepat rawatan diberikan lebih tinggi peluang pesakit mengurangkan komplikasi jangka panjang stroke serta lebih tinggi peluang mereka untuk pulih. Stroke adalah penyakit yang sensitif terhadap masa (time sensitive) dan oleh itu segeralah pergi ke hospital.

Namun, apakah tanda2 anda atau waris anda berkemungkinan sedang mengalami stroke?
Jika anda berdepan dgn salah satu atau lebih dari tanda2 di bawah, anda mungkin sedang berhadapan dgn stroke.

1. Kebas atau lemah pada muka, lengan dan kaki terutamanya pada sebelah badan.

2. Kekeliruan secara tiba2 atau kepayahan memahami pertuturan orang lain.

3. Masalah untuk bercakap secara tiba2 atau pertuturan yang pelat tiba2.

4. Masalah penglihatan mata secara tiba2 (sebelah atau kedua2 mata)

5. Masalah berjalan, hilang imbangan badan dan hilang koordinasi secara tiba2.

6. Sakit kepala secara tiba2 disertai muntah2 secara tiba2.

Tanda2 di atas boleh berlaku secara tiba2 dan kekal atau mungkin juga boleh hilang setelah beberapa minit. Hilangnya tanda2 tersebut bukanlah bermakna anda telah pulih, tetapi ia lebih merupakan satu serangan stroke awal yg dikenali sebagai Transient Ischemic Stroke (TIA) sebelum serangan full blown berlaku pada bila2 masa. Ramai yg tidak ambil peduli tentang serangan awal ini dan akhirnya cuma sedar mereka mengalami stroke setelah serangan berskala bom atom menimpa mereka. πŸ˜…

Seandainya anda atau salah seorang waris anda mengalami salah satu dari gejala di atas, anda boleh melakukan ujian ringkas dan mudah ini untuk mendiagnosis awal stroke.
Ujian ini dikenali sebagai FAST test.

F- Face (suruh pesakit senyum. Jika senyumannya senget atau terherot sebelah ia mungkin adalah stroke).

A- Arm (suruh pesakit mengangkat kedua2 tangannya. Adakah mereka mengalami kes**aran mengangkat sebelah tangan atau sebelah tangan lebih tinggi dari yang lain? Jika ya, mereka mungkin sedang mengalami stroke.

S- Speech (Pertuturan. Cuba bercakap dengan mereka dan minta mereka memberitahu alamat penuh rumah mereka misalannya. Seandainya mereka mempunyai masalah pertuturan yg kurang jelas atau pelat, mereka mungkin sedang stroke).

T- Time (masa- rekodkan masa bermulanya gejala2 ini untuk diberitahu kepada doktor secara tepat. Ini adalah kerana kaedah/strategi rawatan adalah berbeza bergantung kepada tempoh masa serangan stroke.

Jika anda memperoleh keputusan positif dari mana2 satu ujian FAST di atas, anda berkemungkinan sedang mengalami stroke.

Address

Gopeng

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

01113372520

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sang Ratu Legacy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Sang Ratu Legacy:

Share

Category