Thobib Megat

Thobib Megat Menyediakan perkhidmatan rawatan alam melayu alternatif&holistik(fizikal&mistik)

-Urutan
-Bekam su

RAHSIA AIR SEJUK DAN AISOleh: Fadilatus Syeikh Prof. Abd Majid Az-Zindani Hafizohullah.Air sejuk dan ais mempunyai rahsi...
07/03/2022

RAHSIA AIR SEJUK DAN AIS

Oleh: Fadilatus Syeikh Prof. Abd Majid Az-Zindani Hafizohullah.

Air sejuk dan ais mempunyai rahsia yang sangat menakjubkan dan dikira juga sebagai I'jazul Ilmi (Saintifik Al- Quran), ianya dapat membunuh dan mengusir syaitan, sihir yang telah sebati dalam tubuh manusia dan bahkan, akan menyebabkan syaitan lari keluar daripada badan manusia, kemudian pesakit itu akan mendapat kesihatan yang baik(insya Allah). Ada satu benda tetapi banyak penyakit dalaman dan luaran dapat disembuhkan, iaitu air sejuk bersama ais.

Air bersama ais adalah ubat (dengan izin Allah) bagi penyakit yang berkaitan dengan jiwa dan fizikal manusia seperti:
1. Was- was
2. Ketakutan
3. Perasaan bimbang
4. Kesedihan
5. Kegusaran
6. Kemurungan
7. Kejahatan diri
8. Panas baran
Iaitu dengan mandi air ais dan minum air ais.

Bahkan ianya merupakan ubat yang berkesan bagi penyakit yang berkaitan dengan Rheumatology, sakit sendi(saraf), iaitu dengan meminum air bersama ais walaupun di musim sejuk dan walaupun ketika dijangkiti dengan influenza, selsema dan batuk yang sangat teruk.

Untuk penyakit rheumatology, sakit kepala, pening yang teruk adalah caranya dengan kita minum air bersama ais dan mandi dengan air ais.

Sekiranya ada sebahagian anggota badan yang sakit, perkara yang kita perlu buat adalah dengan ambil seketul ais dan meletakkan ais dikawasan anggota yang kita sakit dengan mengurut anggota itu dengan ais.

Amalkanlah amalan ini setiap hari dan mandi dengan air ais, terutama ketika kita marah dan kecewa, ketika musim panas atau musim sejuk.

Ini adalah kerana syaitan berjalan didalam saluran darah manusia dan akan menyebabkan juga kesakitan dan kita tak mampu memadam syaitan melainkan dengan air ais, kerana syaitan dan jin adalah dua makhluk yang diciptakan dari api(moga- moga Allah melindungi kita dari mereka). Air sejuk dapat menyakitkan dan menghalau syaitan dari tubuh manusia.

Dan ada sekelompok wanita yang menghadiri ceramah Prof. Syeikh Abd Majid Azzindani HafizohULLAH ketika itu, menyatakan kami bersumpah dengan nama Allah!, bahawa kami telah mengamalkan perkara ini kerana mengikuti nasihat kamu pada tahun lepas wahai Syeikh dan hari ini, kami dapat lihat perbezaan yang sangat besar dan mendapat kesembuhan daripada banyak penyakit.

Firman Allah:

وَاذْكُرْ عَبْدَنَا أَيُّوبَ إِذْ نَادَى رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الشَّيْطَانُ بِنُصْبٍ وَعَذَابٍ (41) ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ (42) .

Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: " Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)". (41)

(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): " Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): " Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ". (42).

Dan sebagaimana doa Rasulullah SAW:

اللهم اغسلني عن الذنوب والخطايا بالماء والثلج والبرد

Ya Allah bersihkanlah diri aku daripada dosa, kesalahan dengan air, salji dan (air) sejuk.

Maha Suci Allah!!!

Kebaikan- kebaikan mandi dengan air sejuk terlalu banyak sehinggakan Allah Azza Wa Jalla telah berfirman kepada hambanya yang soleh iaitu Nabi Ayub A.S, ketika Allah mengkhendaki kesembuhan bagi hambaNya daripada penyakit,

ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ (42) .

Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): " Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ". (42).

Kebaikan- kebaikan air sejuk sangat banyak yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang dan tidak ramai yang mengamalkannya. Bagi kami, cukuplah kisah Nabi Ayub A.S yang sembuh menggunakan air sejuk.

Kesan dan kebaikan air sejuk keatas tubuh manusia adalah:
1. Mengurangkan pembengkakan anggota
2. Menegangkan kulit dan mencegah kedutan kulit
3. Membaik pulih sistem pernafasan manusia
4. Mencergaskan badan dan tekanan otot jantung
5. Menguatkan antibodi badan dan melawan penyakit
6. Mencergaskan kelenjar tiroid dan melambatkan keletihan badan.
7. Meningkatkan sistem nervosum, yang membantu kecepatan tindak balas manusia
8. Mencergaskan otot jantung manusia dan meningkatkan daya tahan manusia untuk menerima berita- berita yang tidak baik.
9. Mengaktifkan kelenjar pankreas dan ianya akan menghasilkan hormon insulin yang akan mempercepatkan pemprosesan gula dalam darah. Oleh sebab itu kita melihat ramai orang- orang tua yang sihat di negara besar seperti china kerana mereka sentiasa mandi secara beramai- ramai di tasik- tasik yang sejuk, yang suhunya mencapai kepada tahap sejuk beku. Dengan cara ini, ia akan meningkatkan antibodi badan dan membaiki sistem organ dalaman manusia. Oleh kerana itu, janganlah kita mengabaikan penggunaan air sejuk ketika kita mandi.
10. Bagi mereka yang ada masalah was- was juga dinasihatkan untuk menggunakan air sejuk kerana ianya dapat memusnahkan sihir dan gangguan. Sebagaimana firman Allah:

وَاذْكُرْ عَبْدَنَا أَيُّوبَ إِذْ نَادَى رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الشَّيْطَانُ بِنُصْبٍ وَعَذَابٍ

Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: " Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)".

Maka ketika itu, Allah menyembuhkan nabi Ayub dengan memerintahkan hambaNya mandi dengan air sejuk.

Adapun mandi dengan air panas, Ibnu Sina menyebut:
"Air panas dapat menghasilkan kecerdasan fizikal dan tenaga manusia".
Ini adalah bagi mereka yang takut untuk mandi menggunakan air sejuk. Tetapi pada hakikatnya ketika kita sudah mandi, kita akan merasakan kesegaran badan dan saraf.

Frekuensi??Seluruh alam semesta ini terdiri daripada susunan molekul atom yang bergetar di dalam ruang dan masa.Dari per...
05/03/2022

Frekuensi??

Seluruh alam semesta ini terdiri daripada susunan molekul atom yang bergetar di dalam ruang dan masa.

Dari perspektif tenaga atau energi, setiap atom itu sendiri mempunyai gelombang frekuensi tersendiri. Begitu juga dengan tubuh badan manusia yang mempunyai gelombang frekuensi tenaganya yang spesifik.

Kelancaran setiap fungsi tubuh badan manusia berada pada tahap yang cantik dan berfungsi sepenuhnya apabila jasad berada pada frekuensi yang tinggi. Semakin gelombang frekuensi ini menurun rendah ke arah statik, jasad semakin terdedah kepada risiko penyakit.

Tokoh saintis besar dunia Nikola Tesla pernah berkata :

"If you could eliminate certain outside frequencies that interfered with our bodies, we would have greater resistance toward disease"

Tesla yang pakar gelombang frekuensi telah mengkaji bahawa badan manusia juga boleh sembuh daripada penyakit sekiranya tahu untuk control wave-frequency yang ada di sekeliling kita.

Ini telah terbukti banyak kajian quantum energi sebelum ini yang menunjukkan gelombang frekuensi bagi tubuh badan yang sihat adalah dalam lingkungan 62-78 MHz. Dalam lingkungan frekuensi ini, sistem imun termasuk antibody berada pada tahap terbaik.

Sebarang penyakit, virus dan kuman tidak dapat bertahan didalam badan yang mempunyai gelombang frekuensi yang tinggi.

Sebaliknya apabila gelombang frekuensi badan semakin rendah, sistem antibodi tubuh badan menjadi semakin lemah dan terganggu.

Selepas gelombang frekuensi jasad seseorang turun kepada 58 MHz dan kebawah, virus dan kuman dapat menjadikan badan sebagai perumah (host). Badan juga semakin terdedah kepada kecacatan pertumbuhan DNA yang menjadi punca pada pelbagai risiko penyakit.

Menurut Dr. Royal R. Rife, setiap penyakit mempunyai frekuensi tersendiri. Beliau menekankan sesetengah jenis gelombang frekuensi dapat mencegah pertumbuhan penyakit dan beberapa jenis gelombang frekuensi lagi dapat memusnahkan beberapa penyakit secara total. Kerana setiap penyakit terhasil daripada gelombang frekuensi yang rendah dan dapat dihapuskan dengan gelombang frekuensi yang tinggi.

Rahsia frekuensi ini sebenarnya telah ditemui lebih awal tamadun Islam termasuk tokoh seperti al-Farabi yang menggunakan frekuensi alat muzik sebagai terapi penyakit.

Dulu tamadun Islam mempunyai tempat rawatan pesakit dikenali sebagai "bimaristan" dan kini diambil barat menjadi "hospital". Konsep rawatan frekuensi ini digunakan al-Farabi untuk merawat banyak penyakit termasuk demam, penyakit berjangkit, masalah mental maupun kanser menggunakan frekuensi bunyian, melody maupun ritma yang spesifik.

Dalam ilmu quantum hikmah kami bawakan kembali rahsia self-healing natural semulajadi tanpa sebarang ubatan dan jimat kos perubatan di hospital.

Salah 1 contoh seperti Grounding WHM method untuk energized cells.

Melalui disiplin ilmu grounding yang mempunyai rahsia quantum energy dapat memberi manfaat kuasa self-healing semulajadi lebih berkesan..

Grounding yang betul dapat merasai ketenangan frekuensi alami bumi pada 7.83 hertz skala Schumann resonance yang sebenarnya menghampiri kiraan gelombang alpha brainwave 8 hertz ke atas bagi memperolehi kuasa minda subconscious level.

Memanfaatkan kelebihan quantum diri dapat merubah chemistry molecule cell daripada acidity kepada alkalinity yang mampu memusnahkan pathogen virus atau bakteria jahat dalam badan.

Manakala manfaat grounding + breathing juga sebagai pencetus frequency alpha brainwave adalah gerbang ilmu, ilham, idea dan imaginasi hebat yang boleh 'diprogramkan' segala impian, hasrat, cita-cita yang anda mahukan ke dalam subsconscious mind level.

Kelajuan subconscious mind 400 billion bit information per second yang membolehkan minda kita akses frequency halus yang telah Allah sediakan di dalam alam penuh daya energi ini.

Frekuensi kekayaan, kebahagian, kejayaan malah apa jua yang anda inginkan semuanya sudah tersedia. Pilih saja channel yang anda mahukan. Your thoughts become reality!

Dunia ini ditempati oleh berbagai makhluk ciptaan Allah Subhanahu wa ta'ala diantaranya makhluk yang berjasad, makhluk h...
04/03/2022

Dunia ini ditempati oleh berbagai makhluk ciptaan Allah Subhanahu wa ta'ala diantaranya makhluk yang berjasad, makhluk halus, makhluk yang berakal, makhluk hewani, nabati dan lain sebagainya1. Makhluk halus atau bisa dikatakan makhluk ghaib merupakan alam yang sulit untuk dijangkau oleh nalar manusia. Alam ghaib ini tidak dapat diketahui bentuk wujudnya, jauh berbeda dengan segala bentuk makhluk yang kita kenal. Di alam ghaib hidup jin dan malaikat, hal ini dapat dilihat dari firman Allah QS. Al A’raf : 27 :
إِنَّهُ يَ َرا ُك ْم ُه َو َوقَبِيلُهُ ِم ْن َح ْي ُث َلَ تَ َر ْونَ ُه ْم

“Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka.”

Alam jin telah diyakini oleh majoriti umat muslim, sebagaimana yang dikatakan Ibnu Taimiyah dalam buku Majmu Al-Fatwa :19/10, “bahwa tiada satupun dari golongan-golongan islam yang tidak percaya atau mengingkari keberadaan jin.” Ibnu Taimiyah menjelaskan dalam kitabnya Fatawa Ibnu Taimiyah, Asal usul keberadaan jin secara jelas telah ada dalam Al-Quran dan Hadits serta kesepakatan para ulama dalam bidangnya.
Kejadian masuknya jin kedalam tubuh manusia telah dijelaskan oleh para Imam ahlu sunnah dan pada problematika ini termasuk problematika yang bisa dilihat dan dirasakan oleh orang yang mau menelaahnya. Jin akan masuk pada raga orang yang ia ingin rasuki lalu orang tersebut akan berbicara dengan Bahasa atau pembicaraan yang belum pernah ia pahami dan pelajari ketika seseorang mengalami keras**an,

Keras**an terjadi karena adanya gangguan jin pada diri manusia sehingga manusia tersebut dapat hilang kendali atau tidak sadar. Akan tetapi tidak semua jin yang menjadi penyebab keras**an pada diri manusia karena jin memiliki beberapa golongan, seperti3 ; jin muslim, jin kafir, jin laki-laki, jin perempuan, jin anak-anak dan jin yang dapat menguasi manusia. Jin muslim memiliki keimanan kepada Allah Subhanahu wa ta'ala sehingga tidak akan menganggu manusia maupun merasuki.4
Jin yang sering menganggu manusia biasanya dari golongan jin kafir yang senantiasa menjerumuskan manusia kepada keburukan. Jin kafir merupakan jin yang jahat dan golongan yang telah dikutuk oleh Allah Subhanahu wa ta'ala dikarenakan kesombongan dan kedurhakaan terhadap Allah Subhanahu wa ta'ala sehingga jin kafir berserta bala tentara memiliki suatu tanggung jawab untuk selalu menganggu bahkan merasuki manusia untuk menunjukkan betapa tinggi derajatnya dibandingkan manusia.
Keras**an pada diri manusia setidaknya ada dua penyebab masuknya jin kedalam tubuh manusia yaitu, syahwat atau cinta, dua hal ini ada pada diri jin sebagaimana ada pada diri manusia, sangat bisa sekali jika yang menyebabkan masuknya jin adalah kebencian atau sebagai ajang balas dendam jin atas tindakan yang menyakiti bangsanya seperti menumpahkan air panas sembarangan baik disengaja ataupun tidak dan gangguan jin pada manusia bisa disebabkan karena perbuatan jahat jin atau hanya sekedar usil saja.Wallahualam bissawab

https://wa.me/%2B60189776845?text=Nak%20Buat%20Rawatan

Sistem Perubatan Tradisional MelayuPerubatan tradisional Melayu adalah melalui amalan petua yang terdiri daripada dua as...
03/03/2022

Sistem Perubatan Tradisional Melayu

Perubatan tradisional Melayu adalah melalui amalan petua yang terdiri daripada dua aspek, iaitu amalan suruhan dan amalan tegahan.Amalan suruhan banyak berhubung dengan pemakanan daripada segi jenis, kuantiti, dan khasiat yang terdapat di dalam tumbuhan. Ia bertujuan untuk mendapatkan keseimbangan serta mengelakkan sebarang serangan penyakit dan keuzuran. Amalan tegahan p**a bertujuan untuk menghalang pesakit daripada memakan makanan tertentu sewaktu dalam tempoh rawatan sebagai pantang larang. Ia bertujuan untuk memeliharakan kesihatan manusia dalam keadaan baik secara berterusan atau bagi mempercepatkan penyembuhan penyakit.

Kebanyakan pengamal perubatan tradisional Melayu mengkategorikan punca penyakit kepada yang bersangkutan dengan darah dan yang bersangkutan dengan angin. Darah perlu 'panas' tetapi tidak boleh berlebihan.Angin disalurkan melalui urat di dalam badan. Namun jika terdapat terlalu banyak angin, ia akan menyekatkan perjalanan darah lalu mengganggu kesihatan. Justeru, darah dan angin merupakan dua unsur utama dalam tubuh seseorang. Jika kedua-dua darah dan angin berkeadaan baik, maka individu yang berkenaan itu akan sihat. Sehubungan dengan itu, kaedah pengurutan juga dilakukan bagi menolak 'angin' dan merangsang perjalanan darah dan urat. Pengurutan biasanya dilakukan pada bahagian-bahagian badan yang terlibat dalam kerja berat, seperti tangan, kaki, dan belakang tubuh. Ia dilakukan dengan menggunakan minyak urut atau minyak angin yang diperbuat daripada minyak kelapa dan beberapa jenis tumbuhan yang mempunyai khasiat 'panas'. Tumpuan utama pengurutan adalah untuk merawat perempuan lepas bersalin. Di samping itu, mereka juga digalakkan mengambil ramuan tumbuhan untuk dimakan dan disapu pada badan bagi mengeluarkan angin dari urat.

Kitab perubatan Melayu silam dinamakan kitab Tib dan Perpustakaan Negara Malaysia telah mencetak semula kajian mengenai kitab tib seperti judul Kitab Tib Ilmu Perubatan Melayu untuk kajian dan rujukan mengenai kesusteraan bahasa Melayu.

Dalam perubatan tradisional Melayu, penggunaan tumbuh-tumbuhan adalah amat meluas. Kebanyakan pengamal perubatan tradisional Melayu berpendapat khasiat perubatan terletak terutama pada akar tumbuhan dan bagi tumbuhan yang berubi, ia terletak pada ubinya. Pengamal perubatan tradisional Melayu biasa mengkategorikan zat tumbuhan kepada tiga Zat besi untuk menguatkan darah,Zat kawi untuk menstabilkan perjalanan fungsi tubuh,dan Zat kapur untuk menyejukkan badan.

https://wa.me/%2B60189776845?text=Nak%20Buat%20Rawatan

KENAPA KITA PERLU BERBEKAM?Apabila semakin banyak toksin didalam badan, oksigen akan bertambah kurang. Ini menyebabkan o...
02/03/2022

KENAPA KITA PERLU BERBEKAM?

Apabila semakin banyak toksin didalam badan, oksigen akan bertambah kurang. Ini menyebabkan orang yang sakit akan bertambah-tambah sakit sekiranya sel-sel dalam badan tidak mendapat nutrien dan oksigen yang cukup,”

Apa yang membezakan setiap pesakit ialah tempat-tempat toksin itu berkumpul hingga menyebabkan pelbagai penyakit datang seperti gout, kencing manis, jantung, darah tinggi dan buah pinggang.

Jika toksin banyak berkumpul di kepala, sakit kepala akan mudah datang. Anda akan merasa cepat mengantuk, tumpuan akan hilang, susah untuk tidur dan pelupa hingga menyebabkan darah tinggi dan akhirnya ia mendatangkan penyakit strok. “

Cara untuk membuang toksin ini adalah dengan cara membuang darah kotor yang terkumpul dalam badan anda. Semakin banyak darah kotor yang dibuang semakin lancar dan bersih darah yang tinggal dan penghantaran oksigen serta pemakanan dalam tubuh akan berjalan lancar

Ramai yang menyatakan toksin dalam badan diperoleh melalui pemakanan dan minuman. Ia mungkin satu daripada puncanya. Namun punca sebenar toksin terkumpul dalam tubuh kerana terganggunya sistem buah pinggang dan hati yang bertindak sebagai penapis terbaik di dunia.

Buah pinggang yang sihat bekerja sebagai penapis darah daripada segala kekotoran yang akan dikeluarkan melalui air kencing, manakala hati p**a bertindak sebagai penapis bahan-bahan kimia yang masuk ke dalam tubuh badan.

Apabila seseorang itu alami penyakit kronik, fungsi hati dan buah pinggang yang akan terganggu terlebih dahulu.

“Tidak akan berlakunya penyakit kronik kepada diri individu sebelum menurunnya fungsi kedua-dua organ ini. Selama buah pinggang dan hati seseorang itu sihat, dia akan sihat,”

Cara perubatan dan penyembuhannya ialah dengan menyihatkan kedua-duanya kerana selagi organ utama ini tidak sihat, penyakit dihadapi tidak akan sembuh.

Bekam untuk pesakit kronik

Ada yang menyatakan bahawa pesakit kronik seperti kencing manis tidak boleh menjalani rawatan bekam kerana dibimbangi menyebabkan luka s**ar untuk disembuhkan. Pendapat itu adalah tidak benar, kerana sebelum ini terdapat pengamal rawatan berkam sendiri telah merawat pesakit kencing manis kronik melalui bekam dan pesakit telah menunjukkan kesan yang positif melalui kaedah itu.

Menurutnya, seseorang pesakit kencing manis s**ar sembuh pada luka yang terdapat di kakinya kerana kandungan gula dalam darah telah menyumbat pembuluh darah hingga menyebabkan kaki menjadi kebas, saraf tidak dapat berfungsi kerana darah tidak dapat dihantar ke kawasan itu.

Yang akan menyembuhkan luka itu ialah antibodi yang terdapat di dalam darah bersih dan apabila pengaliran darah telah tersumbat, ia tidak dapat sampai ke tempat yang luka.
"Perlu dikeluarkan toksin itu dan secara perlahan-lahan darah bersih akan mengalir ke kawasan luka, yang akan menjadi antibodi terbaik berbanding antibiotik untuk menyembuhkannya. “

Dengan berbekam akan membuka laluan-laluan darah tersebut jika dilakukan dengan betul,” katanya.
Untuk pesakit kronik, bekam harus dilakukan secara teratur melalui konsultasi yang betul bagi menyembuhkannya. Ia berbeza bagi setiap individu. Manakala bagi yang tidak mempunyai penyakit kronik digalakkan melakukan rawatan bekam sekurang-kurangnya tiga bulan sekali bagi membuang darah kotor untuk melancarkan pengaliran darah bersih.

“Perawatan ini tidak perlu diragukan lagi kerana berdasarkan hadis-hadis yang banyak menerangkan kebaikan bagi orang yang mengamalkan bekam ini. Nabi Muhammad SAW merupakan insan pertama yang dibekam para Malaikat dengan perintah Allah SWT sebelum Isra dan Mi'raj.”

https://wa.me/%2B60189776845?text=Nak%20Buat%20Rawatan

01/03/2022

Allah mencipta nafsu ammarah, syaitan dan Dajal agar hamba berjuang membersihkan diri dgn Tauhid dan akhlak , berjuang membawa dunia kpd Kekuasaan Allah hingga dunia penuh rahmatan, dgn perjuangan itu hambaNya dapat mencapai kewalian dan mati dalam golongan Syuhada..

Jika tiada Syaitan dan Dajal, bagaimana mahu mengetahui kebenaran Iman dan perjuangan

Segala apa yg Allah cipta pasti ada hikmah pd hambaNya walaupun pada zahir dilihat tidak baik spt nafsu ammarah, syaitan,Dajal, Covid, bala, kesakitan, kelaparan, perperangan dll,

Fahami kisah Nabi khidir as dan Nabi Musa alahi wasallam dlm surah al khafi bahwa disebalik perbuatan Nabi khidir as yg dilihat tidak baik oleh Nabi Musa alahi wasallam tetapi hakikatnya ia adalah kebaikan,

Begitulah Allah kiaskan pd hambaNya agar tidak banyak bertanya knp dan knp Allah cipta dan dtgkan ujian, Kita hanya dituntut redha dan sabar dlm hadapinya, ia pasti ada kebaikan pd hambaNya, Maha suci Allah Bersifat zalim pd hambaNya.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

كُتِبَ عَلَيْکُمُ الْقِتَا لُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّـكُمْ ۚ وَعَسٰۤى اَنْ تَكْرَهُوْا شَيْــئًا وَّهُوَ خَيْرٌ لَّـکُمْ ۚ وَعَسٰۤى اَنْ تُحِبُّوْا شَيْــئًا وَّهُوَ شَرٌّ لَّـكُمْ ۗ وَا للّٰهُ يَعْلَمُ وَاَ نْـتُمْ لَا تَعْلَمُوْنَ
kutiba 'alaikumul-qitaalu wa huwa kur-hul lakum, wa 'asaaa ang takrohuu syai-aw wa huwa khoirul lakum, wa 'asaaa ang tuhibbuu syai-aw wa huwa syarrul lakum, wallohu ya'lamu wa angtum laa ta'lamuun

"Kamu diwajibkan berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu s**a kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 216)

https://wa.me/%2B60189776845?text=Nak%20Buat%20Rawatan

9 prinsip Gerakan Wali Songo1.Kalimasada senjatane ( Senjatanya adalah Iman, Islam dan Ihsan yang terkandung dalam Syaha...
01/03/2022

9 prinsip Gerakan Wali Songo

1.Kalimasada senjatane ( Senjatanya adalah Iman, Islam dan Ihsan yang terkandung dalam Syahadat) Ertinya : selalu mendakwahkan iman, Islam, Ihsan. Mengajak umat untuk kembali kepada Allah dan setia pada Rasulullah.

2. Becik ketitik, Olo ketoro (Kebenaran akan selalu menang, dan kemungkaran akan lenyap binasa). Ertinya: Dakwah Wali Songo adalah dakwah dalam kebenaran dengan cara damai. Dan Allah pasti akan menolongnya.

3. Sugih tanpa banda (Kaya tanpa modal harta).Ertinya : Jangan rakus pada harta….kebahagiaan adalah ketika kita mampu mendakwahkan agama, dakwah jangan bergantung pada harta.

4. Nglurug tanpa bala (Menyerbu tanpa banyak orang/tentara).Ertinya : jangan terhijab dan terpesona dengan banyaknya jumlah kita,…..karena kemenangan berasal dari pertolongan Allah. Bukan karena banyaknya pengikut.

5. Menang tanpa ngasorake (Menang/unggul tanpa merendahkan orang). Ertinya : Berdakwah harus dengan cinta, damai dan lemah lembut, jangan menganggap hina musuh-musuh kita….kita pasti unggul dengan sikap tawadhu’…..jangan merendahkan orang lain (jangan sombong).

6. Mulya tanpa punggawa (Mulia tanpa anak buah). Ertinya : kemuliaan hanya dalam iman, takwa, akhlak dan pengamalan Islam secara Kaaffah, bukan karena banyaknya pengikut

7. Mletik tanpa sutang (Melompat jauh tanpa galah/tongkat panjang).Ertinya : Niat untuk berdakwah ke seluruh penjuru alam adalah berkat pertolongan Allah, bukan karena sebab-sebab yang lain.

8. Mabur tanpa lara (Terbang tanpa sayap). Ertinya : kita bergerak untuk berdakwah menjumpai umat di mana pun berada.

9. Menang tanpa tanding (Menang tanpa berperang). Ertinya : Berdakwah adalah dengan hikmah, cinta, kasih, damai, kata-kata yang sopan, akhlaq yang mulia dan doa-doa yang selalu dipanjatkan kepada Allah agar umat seluruh alam mendapatkan hidayah dari Allah. Bukan dakwah dengan kekerasan atau anarkis.

Oleh:
Asy-Syaikh As-Sayyid KH.Shohibul Faroji Azmatkhan Ba’alawi al-Husaini
(Peneliti Sejarah & Nasab Wali Songo, Mursyid Thariqah Wali Songo dan Pimpinan Majelis Dakwah Wali Songo

https://wa.me/%2B60189776845?text=Nak%20Buat%20Rawatan

28/02/2022

Pasti bergetar rasa rindu Rohani apabila berselawat pada Rasulullah ﷺ lantaran dirinya dicipta dari percikan Nur Rasulullah ﷺ.

Semakin kuat Selawat maka semakin mendalam kerinduan pada Bapa Rohaninya, jauh lebih hebat dari kerinduan pada ibu dan bapanya kerana ibu bapa hanya hubungan tubuh kasar, sedangkan dengan Rasulullah ﷺ adalah hubungan rohani..

Rohani adalah diri kita yang sebenar, sedangkan tubuh kasar hanyalah sarung bagi diri kita berjalan di alam kasar untuk bermakrifat dan beribadah pada الله.

Walid almalik

28/02/2022

Duhai saudara ku

Berdagu bawah para guru rohani secara faqir dan adab, jangan memandang ringan pembelajaran ilmu penyucian Qalbu yakni tasawwuf, hanya dengan jalan ini cermin Qalbu mu dapat menangkap tajalli Nur Muhamad membuka Makrifat mu dengan Allah, dengannya lahir sifat khusyu', asyik, cinta, rindu, muraqabah dan musyahadah pada Qalbu, tanpa sifat tersebut amal syariat mu bagaikan tubuh yang indah tetapi tiada bernyawa.

Sesungguhnya para Aulia Allah adalah seorang yang Alim tentang Allah, mereka adalah ulama yang mampu membawa diri mu benar Makrifat pada Allah dan berakhlak dengan Syariat Muhammadiah penuh damai, indah dan kelembutan..

Mereka para Aulia sentiasa ada namun kadangkala tiada dihargai dan dicari lantaran umat hari ini lebih mengejar ilmu dilihat hebat pad asisi syariat dan manusia walaupun Qalbunya sudah berbau busuk dan hanyir serta buta, pekak dan bisu disisi Allah.

Aku hanya insan daif yang menyeru kepada cintai pembersihan Qalbu dan mencari Guru sejati pewaris Nabi di wilayah masing-masing, berdoa dan banyak berselawat pada Rasulullah ﷺ agar ditemui, jika sudah bertemu maka genggam mereka jangan dilepaskan walaupun tangan mu hangus terbakar.

Hanya dengan Wasilah mereka, Nur Muhamad dalam Qalbu mu akan memancar dan membuka tirai-tirai mu dengan Allah.

Walid al Malik

Address

Persiaran Saujana Putra, Bandar Saujana Putra

42610

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Thobib Megat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram