03/03/2023
10 MAKANAN YG DAPAT MENAMBAHKAN SUSU BADAN IBU
1. Buah Kurma
Kandungan zat besi, kalsium dan nutrien tryptophan yang terdapat di dalam buah kurma menggalakkan penghasilan susu badan yang berkualiti. Nutrien tryptophan sangat diperlukan dalam badan untuk membina protein.
2. Sayuran Hijau
Sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan sawi adalah amat baik untuk kesihatan menyeluruh terutama buat mama yang sedang menyusukan bayi. Ini kerana sayuran berdaun hijau diperkaya dengan vitamin A, C dan juga zat besi.
3. Bijirin Oat
Bijirin oat kaya dengan zat besi, serat, vitamin & asid folik yang sangat penting untuk tumbesaran bayi agar mereka sentiasa sihat. Jadi, ini adalah satu kebaikan untuk bayi yang menyusu badan!
4. Kekacang
Dari sudut kesihatan, kekacang seperti badam, gajus dan kacang kuda amat baik untuk dijadikan snek berkhasiat dalam diet ibu berpantang. Ini kerana ia adalah salah satu makanan untuk menambahkan susu ibu dan merupakan sumber protein yang baik dengan kandungan lemak semulajadinya yang bagus untuk kesihatan.
5. Bawang Putih
Ia berfungsi untuk memulihkan luka dalam dan membuang angin dalam badan & juga mempunyai khasiat dalam menambahkan penghasilan susu badan ibu.
6. Ikan Salmon
Ikan salmon sangat baik untuk pemakanan ibu berpantang kerana kandungan DHA iaitu lemak omega 3 semulajadi sihat yang amat tinggi.
7. Buah Avocado
Buah Avokado ialah antara makanan terbaik bagi ibu menyusu yang sibuk kerana ia mengandungi 80% lemak berkhasiat yang dapat membuatkan seseorang rasa kenyang pada jangka masa yang lebih lama.
8. Sayuran Berwarna Merah dan Jingga
Sayuran jenis ini mempunyai kandungan phytoestrogen yang tinggi. Kandungan phytoestrogen ini dipercayai dapat membantu dalam penghasilan susu.
9. Halba (fenugreek)
Antara manfaat halba ialah dapat meningkatkan pengeluaran susu yang dikatakan berpunca daripada keupayaannya untuk merangsang kelenjar peluh. Kelenjar susu itu sendiri adalah daripada kelenjar peluh, jadi dengan mengambil halba ianya boleh dirangsang.
10. Sumber Protein
Sumber protein mampu membekalkan zat besi mencukupi untuk penghasilan susu.
Sumber : Mama Choice