12/01/2024
𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗙𝗟𝗘𝗫 𝟭.𝟬
Pada 12 Januari 2024, Klinik Kesihatan Bandar Jerantut (KKBJ) telah mengadakan satu program perasmian pengurusan berat badan - FLEX 1.0 (Fitness, Limitless, Endurance, X-factor) terbuka kepada anggota kesihatan KKBJ. Program ini telah dirasmikan oleh Dr A. Khalek bin Abd Rahman (Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga, Gred Khas JUSA C, KKBJ). Ini merupakan permulaan kepada program yang akan berlangsung selama 6 bulan, padat dengan pelbagai aktiviti yang mencabar fizikal peserta.
Antara objektif program ini ialah untuk memastikan anggota kesihatan KKBJ dapat mengekalkan tubuh badan yang sihat secara langsung menjadi contoh kepada masyarakat awam. Kesihatan anggota juga penting dalam memastikan perkhidmatan KKBJ dalam keadaan optima.
Dalam masa yang sama, setiap peserta dikehendaki melengkapkan ujian kecergasan fizikal dan ujian 'InBody' (mengambil kira BMI, peratusan otot dan lemak) sebagai "baseline" yang akan dibandingkan di penutupan program ini pada bulan Jun 2024.
Semoga berjaya buat semua peserta FLEX 1.0! Kearah tubuh badan ideal dan lebih sihat.
"Jadilah lebih kuat daripada alasan-alasanmu."
Foto oleh : AmirMRO